Realiti Manusia
Seorang peniaga, akan berusaha agar perniagaannya tidak merosot walau sedikit. Dia sentiasa memantau perjalanan bisnesnya pada setiap keadaan, waktu, hari, pendek kata setiap masa dia peruntukkan untuk memerhatikan perniagaannya agar tidak merosot. Kerana apabila bisnesnya merosot, maka duit atau hasil yang sepatutnya dia raih akan berkurangan dan boleh jadi juga dia akan mengalami kerugian.
Bagi seseorang yang mementingkan kesihatan dirinya, dia sentiasa mencuba untuk memastikan agar tidak ada penyakit yang terjangkit olehnya. Dia memastikan 100% makanan yang masuk ke dalam perutnya itu adalah makanan yang bersih, kandungan lemak, mineral, vitamin yang sepatutnya dia hadam semuanya berada di dalam kuantiti yang ideal yang sepatutnya dia hadamkan. Tidak ada ruang baginya untuk mencuba makanan-makanan yang enak, kerana baginya makanan seperti itu adalah makanan yang merosakkan badan, luaran sahaja yang memukau akan tetapi kandungan zatnya boleh membunuh sel-sel dan dirinya.
2 keadaan di atas merupakan contoh bagi manusia yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap hal yang bermanfaat baginya, bagi seorang peniaga, keuntungan adalah segala-galanya lalu dia memilih untuk memastikan keuntungannya tidak merosot. Begitu juga dengan manusia yang lain, bagi hal-hal yang bermanfaat untuknya maka dia akan mengerahkan seluruh tenaga dan usaha agar manfaat yang dia harapkan akan dia peroleh sepenuhnya.
Namun, berapa ramai peniaga yang sedar bahawa iman di dalam dirinya adalah sesuatu yang bermanfaat bagi dunia dan akhiratnya? Berapa ramai orang yang menjaga kesihatan dirinya sedar akan iman yang sepatutnya menerima zat-zat mineral yang dapat memastikan iman itu terus sihat dan tidak terjangkit oleh penyakit?
Tidak ramai manusia yang sedar akan hal ini. Sedikit dari mereka yang sedar dan ramai dari mereka yang lalai. Inilah realiti manusia zaman ini.

Comments :
Catat Ulasan