018 - Projek Melahirkan Generasi Al-Quran Seperti Nabi Dan Para Sahabat. -Siri 3-

Akibat dari melalaikan al-Quran.

Ia adalah merupakan kebalikan (lawan) kepada kepentingan memahami dan mentadabburi al-Quran. Jika dengan memahami al-Quran dapat menjadi peringatan, rahmat, petunjuk, berkah, maka dengan melalaikan al-Quran dapat menghilangkan segala kelebihan yang didapati tatkala memahami al-Quran.

Dengan al-Quran seseorang mengenal tauhid, maka melalaikan al-Quran akan mengakibatkan mereka terjerumus kepada kesyirikan lantas kerana kebodohan mereka tentang tauhid uluhiyah, rububiyah dan asma’ wa sifat.

Dengan al-Quran dapat menaikkan dan mengembangkan iman, maka melalaikan al-Quran menjadikan iman rendah dan mengecut. Apa yang ditakuti ialah kekerasan dan dikunci mati hati kita kerana melalaikan al-Quran.

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?”(QS. Muhammad 47:24)

“Sesungguhnya ayat-ayatKu (Al Quran) selalu dibacakan kepada kamu sekalian, maka kamu selalu berpaling ke belakang, dengan menyombongkan diri terhadap Al Quran itu dan mengucapkan perkataan-perkataan keji terhadapnya di waktu kamu bercakap-cakap di malam hari. Maka apakah mereka tidak memperhatikan perkataan (Kami), atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu?” (QS. al-Mu’minun 23:66-68)

Nabi shallallhu ‘alahi wa sallam bersabda:
Jagalah al-Quran ini, kerana sesungguhnya ia lebih mudah lepas dari seekor unta dalam ikatannya. (Shahih : Riwayat Bukhari di dalam Shahih nya no. 4645)

Para mufassirin menafsirkan firman Allah di dalam surah Muhammad pada ayat 24, sebahagian mereka berkata :

"Hati tidak dapat memahaminya."

Berkata Shab dari negeri Yaman : “akan tetapi pada hati mereka ada kunci, sehinggalah Allah azza wa jalla membuka dan melepaskan kunci tersebut pada hati mereka.” (Tafsir at-Thabari 22/180, Ibnu Jarir at-Thabari)

Awal permulaan perbuatan mereka melalaikan al-Quran adalah dengan meninggalkan melazimi membaca al-Quran. Kemudian kemalasan anggota badan mereka untuk memahami dan menuntut ilmu al-Quran (ilmu tauhid, fiqh dll). Dan akhirnya mereka tidak dapat memahami al-Quran, walaupun dibaca kepada mereka berkali-kali.

Kemudian timbul sikap menentang terhadap al-Quran dan tidak ada usaha untuk kembali memahami serta tadabbur. Kerana Allah telah mengunci mati hati mereka, mereka selamanya dalam keadaan begitu (tidak memahami al-Quran dan lalai), sehinggalah Allah mengeluarkan mereka dari keadaan itu dan membuka hati mereka untuk Islam. Itulah natijah yang didapati pada orang yang berpaling dari al-Quran. Sedangkan al-Quran wahyu, di dalamnya terkandung terkandung ilmu tentang Allah, agama ini, hari kebangkitan dan segala hal yang besar yang tidak dapat dibicarakan oleh aqal manusia sesuka hati.

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalamDia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (QS. al-‘Alaq 96:1-5)

Kerana itu seorang muslim perlu memerhatikan keadaan dirinya supaya tidak terjerumus di dalam kelalaian. Ia merupakan satu bentuk tipu daya syaitan supaya seorang muslim itu leka dan terjerumus dalam talbisnya (perangkap) yang sentiasa dinanti oleh mereka, bila agaknya seorang muslim dapat tertipu olehnya. Akibat buruk daripada sikap lalai telah pun kami bahaskan sebelum ini.


017 - Pelajaran Seputar Peristiwa Pembantaian Kaum Muslimin

Pelajaran Seputar Peristiwa Pembantaian Kaum Muslimin

Peristiwa yang sama berulang lagi. Pembantaian umat islam di Palestin. Begitulah keadaannya hingga saat kini. Sering saja kita dengar berita-berita mengenainya, yang berulang-ulang, setiap tahun. Seolah-olah ia adalah peristiwa tahunan, dan kemudian masyarakat dunia berdemonstrasi, memboikot, dan begitulah seterusnya. Tidak ada kesudahannya.

Persoalannya, sampai bila lagi umat Islam di Palestin akan ditindas? Sampai bila lagi peristiwa ini akan terus berulang? Di mana perginya manusia seperti Umar al-Khattab raiyallahu ‘anh yang membebaskan Palestin? Ke mana lagi kita hendak mencari manusia seperti ini? Di mana insan seperti Salehuddin al-Ayyubi?

Itulah permandangan yang kita lihat, apabila berlaku krisis di Palestin, pasti akan ada seruan memboikot, demonstrasi, tulisan-tulisan yang membangkitkan semangat. Dan juga bantuan kewangan, perubatan dan segala hal yang dapat memenuhi keperluan mereka. Dan alhamdulillah, setakat ini, cara ini (memberi bekalan) sahaja yang dapat menutup kesedihan mereka di sana, juga sokongan moral dari kaum muslimin seluruh dunia seperti doa Qunut Nazilah. Dah berlalu beberapa peristiwa, tapi masih lagi demikian (berterusan pembantaian ke atas mereka).

Peristiwa Syabrah Syatila, tidak membawa akibat dan mengesan kepada kaum muslimin, begitu juga tragedi setelahnya, tidak ada yang dapat membuatkan mereka sedar apa yang mujarab bagi mereka untuk memperbaiki umat. Sedangkan banyaknya para aktivis dakwah yang menyeru kepada pembebasan Palestin, namun tidak tergerak walau satu sentimeter sesuatu yang membuatkan rakyat Palestin lega dan tenang. Dan tidak kelihatan satu anjakan.

Sedarlah akhi, bahawa ini adalah kehinaan terhadap umat Islam. Kehinaan yang Allah telah timpakan terhadap umat Islam, lihat di sekeliling kita. Umat Islam di Iraq, Kashmir, Chechnya dan selainnya yang mengalami pergolakan, mereka dipijak, di rampas harta mereka, dipisahkan antara ibu dan anak, suami dan isteri, abang dengan adik dan seterusnya.

Lihatlah perlakuan kaum Kuffar yang memusuhi Islam, mereka tidak henti-henti mencurahkan idea untuk melemahkan, menghinakan Islam. Tidak ada lagi rasa takut di hati mereka terhadap umat islam. Sebagaimana rasa takut yang di alami oleh orang-orang kafir di zaman Rasulullah ketika mereka berhadapan dengan tentera Islam.

Inilah yang dikatakan kehinaan yang Allah timpakan ke atas umat Islam kerana dosa mereka sendiri, kerana rusaknya majoriti umat Islam. Tidak ada jalan keluar dari kemelut ini melainkan jika kita merujuk kembali kepada al-Quran dan As-Sunnah. Kerana al-Quran dan Sunnah merupakan jalan terbaik, wahyu yang mustajab untuk mengubati penyakit yang di alami oleh umat Islam, yang Allah turunkan supaya umat merujuk apa pengajaran dan perintah yang perlu dilaksanakan di saat ini.

Sebab-Sebab Kenapa Umat Islam Dihinakan.

1) Kerana Kejahilan
2) Mencari hilah untuk menghalalkan yang haram dan berlebihan dengan hal dunia sehingga melalaikan kewajipan.

Di sini kami utarakan sekelumit solusi yang telah kami ambil dari tulisan Syaikhuna, al-Imam Ibn Baaz rahimahullah mengenai Kelemahan Kaum Muslimin Di mata-Mata Musuhnya.

Sebelum kita mengenal apa solusi yang perlu dilaksanakan oleh setiap kaum muslimin, wajib ke atas kita untuk mengetahui apa punca yang menyebabkan umat islam menjadi hina. Syaikh menyatakan bahawa, dengan satu sebab ini, ia dapat menghasilkan sebab-sebab yang lain. Yang membawa kepada kerusakan yang berupa kelemahan kaum muslimin dan penindasan kaum kufar kepada kaum muslimin. Sebab yang dimaksudkan itu ialah kejahilan.

Sebab Pertama :

Syaikh Ibnu Baaz rahimahullah berkata :
“Faktor-faktor penyebab kelemahan, ketertinggalan dan berkuasanya musuh-musuh islam atas kaum muslimin, semuanya bersebab pada satu sebab dan faktor utama yang darinya tumbuh faktor-faktor yang lain. Sebab atau faktor tersebut adalah jahil (tidak tahu) akan hakikat Allah dan ajaran syariat Islam, serta tidak tahu-menahu akan kenyataan yang sedang dialami oleh majoriti umat islam. Sehingga ilmu menjadi sedikit dan kebodohan bermaharajalela.” [1]

Dan di antara akibat dari kejahilan ini, maka ia menimbulkan kerusakan yang lain, iaitu cinta dunia, takut mati, melalaikan kewajipan yang disyariatkan dan lain-lain.

Syaikh Ibn Baaz berkata :
“Dari kejahilan inilah muncul beberapa kesan ataupun akibat yang lain seperti,

• Cinta dunia dan takut mati,
• Lalai dengan kewajipan solat dan menuruti hawa nafsu,
• Tidak memiliki persiapan untuk menghadapi musuh serta rela menelan keperluan yang diperlukan oleh umat Islam daripada musuh-musuh Islam,
• Juga tidak adanya semangat yang tinggi untuk menghasilkan keperluan sendiri, dari negeri-negeri sendiri dan dengan harta kekayaan mereka sendiri,
• Dari sini juga muncul perpecahan dan perselisihan. Hilangnya persatuan dan semangat untuk saling tolong-menolong.

Berdasarkan kepada hadis Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :
“Hampir saja para musuh berkumpul menyantap kalian sebagaimana orang-orang yang siap untuk memakan akan hidangannya. Ada yang berkata: apakah kerana jumlah kami yang sedikit ya Rasulullah? Nabi Menjawab: Tidak, akan tetapi kalian seperti buih yang ada di lautan, rasa takut terhadap kalian telah hilang dari hati para musuh, dan telah ada di hati kalian penyakit wahn”
Para Sahabat bertanya: apakah wahn tersebut? Beliau menjawap, cinta dunia dan takut mati.”[2]

Berkaitan dengan hadis ini, al-Imam Ibn Baaz berkata berkaitan dengan hadis ini:
“Al-Wahn (cinta dunia dan takut mati) yang disebutkan di hadis di atas tidaklah muncul kecuali disebabkan kejahilan yang menjadikan mereka laksana buih yang ada di lautan. Mereka tidak lagi memiliki pengetahuan akan kewajipan atas mereka. Sehingga keadaan mereka pun menjadi sampai seperti ini kerana kejahilan tersebut.

Al-wahn tersebut telah menguasai mereka, kukuh di dalam hati, hingga mereka tidak mampu bergerak untuk menggapai kedudukan yang tinggi dan juga tidak mampu untuk berjihad di jalan Allah demi menegakkan agama-Nya. Kerana kecintaan mereka terhadap dunia, nafsu syahwat, pakaian, minuman dan sebagainya telah melalaikan mereka dari keinginan untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi. Dan juga mereka juga melalaikan dari berjihad di jalan Allah.

Kejahilan sangatlah besar bahayanya. Akibat demi akibat yang ditimbulkannya pun begitu buruk. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menerangkan hal tersebut ynag di antara lain, kaum muslimin menjadi hina di hadapan musuh-musuhnya. Beliau juga menerangkan bahawa sifat mereka seperti buih ombak yang ada di lautan.

Sebab-sebab dari semua ini adalah dicabutnya rasa takut yang ada dalam hati-hati para musuh kepada kaum muslimin yakni musuh tidak lagi merasa ketakutan dan mahu menghargai umat Islam. Semuanya diakibatkan kerana kebodohan yang ada pada mereka, juga kerana sikap condong dan kesibukan mereka terhadap kehidupan dunia.”[3]

Di sini, Syaikh mengisyaratkan bahawa kerana kebodohan, kejahilan umat Islam mereka mementingkan kehidupan dunia sehinggakan Allah menghinakan mereka. Mereka di kuasai oleh kaum kufar dan musuh-musuh mereka.

Apa yang dikatakan kejahilan itu? Kejahilan mereka dari apa? Jawapnnya, kejahilan mereka terhadap syariat Islam. Sebagaimana yang diisyaratkan oleh Syaikh.

Dan kami utarakan juga di sini, pandangan ulama’ pembela syariat yang hidup di zaman ini yang melihat realiti keadaan umat di zaman ini yang ditimpa kelemahan dan kehinaan iaitu Al-Muhaddits al-Mujaddid Syaikh Albani rahimahullah yang telah menguraikan salah satu sebab kelemahan umat Islam di dalam bukunya.

Sebab Kedua

Ia merupakan sebab yang kedua mengapa kaum muslimin ditimpa kelemahan dan kehinaan berdasarkan hadits ini yang telah dijelaskan oleh Syaikh Albani rahimahullah:

Sabda Nabi shallallahu ‘laih wa sallam:
“Apabila kalian berjual beli dengan cara ‘inah, bersenang-lenang dalam memegangi ekor-ekor sapi (terlena oleh ternak-ternak kalian) dan bangga dengan perkebunan (cucuk tanam) kalian, serta kalian meninggalkan jihad, maka Allah akan menimpakan ke atas kalian kehinaan. Dan Allah tidak akan mencabut kehinaan tersebut sebelum kalian kembali kepada agama kalian.”[4]

Kemudian beliau mensyarahkan hadis tersebut :
"Pada hadits di atas kita dapati penyakit yang telah melanda dan merebak di kalangan kaum muslimin. Di dalam hadits tersebut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan dua macam penyakit. Dan ini hanya sebahagian kecil saja untuk menyebut satu contoh dari sekian banyak contoh penyakit yang melanda kaum muslimin.

Adapun dua macam penyakit itu:

1. Melakukan perbuatan yang haram dengan mencari pembenaran sehingga terlihat halal.
Tidak sedikit kaum muslimin terjatuh di dalam perbuatan-perbuatan haram, sementara mereka menyangka bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah perbuatan halal atau bahkan mereka terkadang mencari-cari pembenaran (hilah) untuk menghalalkan apa yang mereka lakukan. Hal ini tersirat salam sabda beliau “apabila kalian berjual beli dengan cara ‘inah”.

2. Berlebih-lebihan dalam sesuatu hal hingga melupakan kewajipan syariat.
Penyakit kaum muslimin lainnya adalah kebanyakan kaum muslimin terlalu berlebihan dalam melakukan sesuatu (misalnya usaha penternakan atau pertanian), sehingga melupakan kewajipan syariat. Hal ni tersirat dalam sabda beliau. “jika kalian selalu memegang ekor sapi-sapi (terbuai bersama ternak, dan bangga dengan tanam-tanaman)”.

Maksudnya mereka disibukkan oleh usaha yang berupa penternakan, pertanian, perkebunan, perdagangan dan lain-lain dengan alasan Allah memerintahkan kaum muslimin untuk mencari rezki. Namun mereka sangat berlebihan dalam melakukan hal ini sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan syariat yang telah diwajipkan Allah kepada kaum muslimin seperti jihad, zakat, haji dan seterusnya.”[5]

Jadi di sini kita mengetahui sebab-sebab yang mengundang kepada kehinaan terhadap umat Islam. Ia tidak lari daripada kesalahan umat Islam sendiri. Syaikh Albani mengatakan bahawa hadits ini merupakan antara tanda kenabian Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Jika kita lihat sekarang ini, memang perkara yang dikhabarkan beliau telah berlaku ke atas umat Islam pada hari ini.

Ubat/Penyelesaian kepada kehinaan yang melanda Umat.

1) Tafaqquh fid in (kefahaman agama).
2) Kembali kepada ajaran agama.

Penyelesaian pertama:

Nabi telah menggariskan jalan keluar dan juga ubat bagi mengubati kondisi umat yang ditimpa penyakit ini. Berdasarkan kepada sebab pertama (sebagaiman yang dinytakan oleh Syaikh Ibn Baaz), jalan keluar dan ubat itu adalah dengan memahami agama. Kerana dengan memahami agama sahaja akan membawa kepada kebaikan.

Syaikh Ibn Baaz berkata:

Sabda Nabi :
"Barangsiapa yang Allah berkehendak kan kepadanya kebaikan, maka akan diberikan kepadanya kefahaman dalam agama." (Muttafaq ‘alaihi)

Hadist di atas menunjukkan di antara tanda-tanda kebaikan dan kebahagiaan bagi individu, rakyat dan negara adalah tafaqquh fiddin (mendalami ilmu agama). Kerana kemauan untuk belajar dan mendalami ilmu agama dan berusaha untuk melihat apa-apa yang menjadi kewajipan kepada Allah yang paling utama. Dan di sinilah Allah azza wa jalla inginkan kebaikan pada mereka. Hal tersebut (selain persiapan untuk melawan musuh) antara lain :

• Melaksanakan kewajipan-kewajipan Allah, menyudahi diri dari apa-apa yang diharamkan, dan berhenti tepat pada batasan-batasan-Nya.
• Di antaranya juga, adanya keahlian, persiapan dan kekuatan di negeri-negeri kaum muslimin sesuai kemampuan setiap individu dengan berbagai macam cara. Sehingga keperluan mereka tidak lagi tergantung pada musuh. Begitu pula agar para musuh mengetahui persiapan kaum muslimin, dan sejauh mana persiapan yang mereka miliki. Sehingga pun musuh mereka pun merasa takut, mahu berlaku adil dan memberi hak-haknya. Dan mereka juga mahu berhenti pada batasannya.

Sehingga akan diperoleh persiapan tenaga tanpa adanya kemewahan-kemewahan yang dapat melemahkan kekuatan dan hati dari keberanian untuk memerangi musuh, hingga mereka menjadi semakin kuat dan siap untuk kembali berjihad.” [6]

Dan selain dari ini, ringkasnya tafaqquh fiddin memberikan impak yang besar kepada umat Islam. Di sini kami gariskan secara ringkas dari apa yang telah Syaikh nyatakan mengenai mnafaat tafaqquh fiddin :

• Memberikan maklumat yang cukup tentang akhirat. Mereka merasa takut terhadap azab akhirat, merasa cinta dan ringan untuk mendapatkan kenikmatan syurga. Mengetahui balasan yang layak bagi seorang hamba. Dengan itu dia menjadi zuhud dari dunia dan akan mempersiapkan diri menghadapi musuh tegar untuk berjihad dan mengharapkan mati syahid dijalan Allah.

• Memberikan rasa semangat yang sempurna kepada rakyat dan pemimpin dalam segala urusan yang Allah cintai dan redhai dan rasa semangat untuk menjauhi apa-apa yang Allah benci.

• Tafaqquh fiddin akan menyatukan persatuan kaum muslimin, mereka akan bekerjasama untuk melawan musuh demi menegakkan perintah Allah, berhukum dengan syariat-Nya, juga berhenti pada batasan-batasan-Nya. Maka Allah akan menolong mereka, memberikan hak-hak mereka.

• Dengan tafaqquh fiddin, mereka akan saling tolong-menolong , saling nasihat-menasihati dalam kebaikan. Mereka menjadi semakin rindu kepada kehidupan akhirat, tidak takut mati dan mereka berjihad di jalan Allah serta berusaha keras untuk meninggikan kalimat Allah.

Mereka akan menolong kaum muslimin dari kekuasaan musuh dan melepaskan mereka dari beragam gangguan yang menimpa mereka. Tapi semua itu tidak akan kita temui andai kejahilan bertebaran di merata diri kaum muslimin.

• Semua itu terungkap dalam satu bait syair

Musuh akan begitu mudah mengalahkan si bodoh
Sesuai dengan tingkat kebodohan yang ada pada dirinya. [7]

Kemudian Syaikh memberi nasihat berupa satu aturan yang cantik bagi setiap muslim, baik dia rakyat maupun pemerintah tentang apa yng mereka perlu lakukan. Ini lah nasihatnya.
Untuk mencapai hal itu (kemuliaan Islam) semua itu dapat dicapai dengan cara dan jalan tersebut.

1. Menuntut ilmu yang bermanfaat dan mendalami ilmu agama.

2. Mengutamakan keredhaan Allah dan menjauhi kemurkaan-Nya.

3. Perhatian terhadap kewajipan-kewajipan Allah dan meninggalkan segala hal yang haram.

4. Bertaubat kepada Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah lalu dengan taubat yang sebenar-sebenarnya.

5. Saling tolong-menolong antara rakyat (dan pemerintah) dalam hal ketaatan kepada Allah dan Rasulullah.

6. Dan menahan diri dari hal yang diharamkan serta mempersiapkan diri/bekal dengan matang sebagaimana firman Allah “dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi’ (QS. al-Anfal 8:60)

Maka harus mempersiapkan bekal fizik, harta dan segala macam bekalan dari segala sisi. Sehingga kita merasa cukup dengan apa yang Allah berikan kepada kita tatkala sedang berhadapan dengan musuh. Kerana memerangi musuh dengan persiapan senjata seperti yang mereka miliki sangat sulit sekali untuk mendapatkannya.

Apalagi kalau musuh menahan senjata dari kamu, dengan apa kamu dapat memeranginya? Sementara mata hati lemah dan bekal ilmu kamu sedikit. Oleh kerana itu perlu mempersiapkan diri dengan sekuat kemampuan. Dan kemampuan tersebut akan terasa cukup apabila kaum muslimin tidak lagi mengambil keperluan mereka dari musuh-musuh, mahu melaksanakan jhad dan merebut kembali negeri-negeri mereka dengan tujuan menegakkan perintah Allah di pelusuk negeri-Nya. Begitu pula dengan tujuan akhirat dengan sekuat tenaga. Kerana Allah berfirman

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi” (QS. al-Anfal 8:60)

Dan Dia tidak berfirman

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka seperti kekuatan yang mereka miliki..”
Kerana hal tersebut terkadang sulit untuk diwujudkan.

Maka seandainya kaum muslimin mahu bersungguh-sungguh, saling bahu-membahu, mahu mempersiapkan bekal tenaga untuk melawan musuh dengan sekuat kemampuan dan mahu menolong agama Allah, nescaya Allah Yang Maha Esa akan menolong mereka. Dan menjadikan mereka teguh di hadapan musuh dan di atas para musuh, bukan di bawah mereka.

Firman Allah :

“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (QS. Muhammad 47:7) [8]

Jadi setiap muslim perlu mengambil peranan dalam meninggikan kembali kalimat Islam sebagaimana umat terdahulu, para sahabat yang membantu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk meninggikan dan memenangkan Islam. Namun, malangnya di zaman ini, sangat sedikit sekali mereka yang mengambil peranan ini. Sedangkan ia merupakan satu perniagaan yang Allah ibaratkan dalam al-Quran.

Firman Allah Ta’ala:
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (Qs. Shaff 61:10-11)

Mengapa mereka tidak mengetahui tentang ini (perniagaan yang menguntungkan)? Jawapannya kerana mereka tidak memiliki ilmu dan kerana mereka tidak mengenang akan kehidupan akhirat. Andai kata mereka memiliki ilmu, pasti mereka akan berpusu-pusu untuk menyertai perniagaan ini.

Jadi tugas para du’at itu adalah menanamkan benih ilmu yang benar dalam diri setiap muslim untuk mengembalikan semula orang-orang yang benar iman, tawakkal, dan pengharapan mereka pada Allah. Mereka-mereka inilah yang akan mengembangkan islam dan meninggikannya, bukannya orang yang rosak ilmu dan amalnya.

Kerana apabila rosak ilmu,maka amal, I’tiqad akan rosak. Tawakkal mereka juga akan merusak. Sebagaimana ada sebahagian cerita, bahawa ada orang yang menggelar dirinya sebagai mujahid, namun masih lagi menggantungkan tangkal di pinggang agar menjadi kebal!! Adakah mujahid ini yang Allah akan tolong? Tentang hal ini, Syaikh Ibn Baaz ada membahasnya berkaitan dengan pelajaran yang dapat diambil dari kisah perang Badar.

Pelajaran disebalik perang Badar.

Berkata Syaikh Ibn Baaz rahimahullah :
“Jumlah kaum muslimin pada perang Badar hanyalah tiga ratus lebih sedikit. Persenjataan mereka juga sedikit, haiwan tunggangan mereka juga sedikit. Dan yang masyhur dari kisah perang Badar, unta kaum muslimin berjumlah tujuh puluh ekor. Dan mereka saling bergantian dalam menungganginya. Senjata mereka pun sedikit, sementara kuda yang mereka bawa, dalam kisah yang masyhur hanya dua ekor sahaja. Sedangkan pasukan kafir Quraisy pada waktu itu berjumlah sekitar seribu.

Mereka (orang kafir) mempunyai kekuatan yang besar, modal senjata pun banyak. Akan tetapi Allah berkehendak lain. Allah hadiahkan kepada mereka kekalahan, sehingga kekuatan dan bala tentera mereka tidak berguna lagi. Allah telah mengalahkan seribu pasukan dan kekuatan yang besar yang mereka miliki hanya dengan tiga ratus lebih pasukan dari kaum muslimin yang berbekal dengan kekuatan yang lemah.

Akan tetapi dengan kemudahan, pertolongan, dan bantuan yang Allah berikan, mereka mampu mengalahkan musuh, berhasil menang, dan berjaya menawan tujuh puluh orang kafir serta berhasil membunuh tujuh puluh yang lainnya. Adapun sisanya, mereka telah kalah dan kabur melarikan diri, tidak dapat lagi mereka saling menunggu satu sama lain. Itulah tanda-tanda kekuasaan Allah dan pertolongan-Nya.”[9]

Selanjutnya beliau menyatakan apa yang dapat diambil dari kisah tersebut.
“ Maksud dari kisah di atas, bahawasanya kemenangan itu datang dari sisi Allah. Allah-lah yang menolong semua hamba. Akan tetapi dia memerintahkan untuk mengambil sebab, di mana sebab yang paling agung adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan di antara ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya adalah mempelajari ilmu agama dan syariat-Nya untuk dirimu sendiri dan orang lain. Juga untuk berjihad melawan musuhmu.

Anda mampu mempersiapkan bekalan untuk itu. Anda juga akan mampu menahan diri dari apa-apa yang Allah haramkan, mampu melakukan kewajipan-kewajipan Allah, dapat menahan diri pada batasan-batasan-Nya, saling tolong-menolong dengan saudaramu kaum muslimin, dan rela mempersembahkan jiwa dan ragamu yang berharga serta hartamu yang mahal untuk berjihad di jalan Allah, jalan menolong agama Allah dan meninggikan kalimat-Nya, bukannya di jalan pembelaan terhadap tanah air suatu negeri ataupun suatu golongan.

Inilah jalannya, inilah solusinya, solusi untuk mendapatkan kemenangan atas musuh-musuh Islam, iaitu dengan mengajarkan ilmu syarie kepada para pemimpin dan rakyat, baik yang besar maupun yang kecil. Mendalami ilmu agama kemudian mengamalkan tuntunannya serta meninggalkan apa-apa yang haram yang pernah kita lakukan dahulu.

Allah berfirman “Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (QS. ar-Ra’du 13:11)
Oleh kerana itu barang siapa menginginkan dari Allah suatu pertolongan, pembelaan dan ingin meninggikan kalimat-Nya, wajib baginya untuk berusaha merubah kemaksiatan-kemaksiatan dan keburukan-keburukan pada dirinya terlebih dahulu. Rabb-mu telah berfirman:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang shalih bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”(QS. an-Nur 24:55)

Inilah sebab-sebab (kemenangan) dan syaratnya. Inilah tunjangnya tempat berputarnya semua itu. Barangsiapa yang mampu untuk istiqomah (komitmmen dan lurus) di atas agama, maka baginya kekuatan dan kekuasaan di muka bumi ini, dan baginya juga kemenangan terhadap musuh islam.

Namun sebaliknya, bagi sesiapa yang meninggalkan semua itu, kemenangan tidak dapat dijamin baginya, tidak juga keselamatan dan kekuatan. Tetapi bisa saja orang kafir yang menang, atau bahkan orang yang sering berbuat maksiatlah yang akan mendapat kemenangan dan ada kalanya orang munafik yang tertolong.

Akan tetapi kemenangan yang dijamin oleh Allah bagi hamba-Nya yang beriman atas musuh-musuh-Nya hanya bisa digapai dengan syarat-syarat dan sifat-sifat yang telah Allah jelaskan di atas yakni dengan keimanan yang benar dan amal yang shalih. Dan di antara hal tersebut adalah dengan menolong agama Allah.

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, (yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. (QS. al-Hajj 22:40-41) [10]

Adakah orang yang bodoh tentang syariat bisa menggapai iman seperti Umar al-Khattab yang dahulu mampu membebaskan Palestin? Adakah orang yang mensyirikkan Allah akan diberi pertolongan oleh Allah tatkala dia berhadapan dengan musuh? Dan adakah ini yang dikatakan sebagai iman yang benar dan amal shalih yang akan diberi bantuan oleh Allah?

Adakah orang-orang yang merubah petunjuk Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam itu dikatakan orang yang beriman kepada Kerasulan Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam? Adakah tepat iman orang seperti ini, sedangkan Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam telah mengkhabarkan bahawa
Setiap umatku akan masuk Surga, kecuali orang yang enggan,” Para sahabat bertanya, ‘Ya Rasulallah, siapakah orang yang enggan itu?’ Rasulullah menjawab, “Barangsiapa mentaatiku akan masuk Surga dan barangsiapa yang mendurhakaiku dialah yang enggan”. (HR.Bukhari dalam kitab al-I’tisham, no. 6851).

Sedangkan menyelisihi perintah Nabi merupakan satu kedurhakaan.
Barang siapa yang mengada-adakan sesuatu (amalan) dalam urusan (agama) kami yang bukan dari kami, maka (amalan) itu tertolak.” (HR. Bukhari no. 2249 dan Muslim 3242). Dan dalam riwayat Muslim: “Barangsiapa melakukan suatu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami, maka itu tertolak.”

Dan lihatlah di sekeliling kita wahai akhi, masih ramai orang yang bermaksiat, orang yang melalaikan tuntutan solat, orang yang mengubah ajaran Islam dan menggantikannya dengan falsafah dan aqal mereka. Adakah kita ini golongan yang benar iman dan amal shalih yang akan Allah turunkan bantuan? Sangat amat mustahil sekali akhi.

Penyelesaian kedua :

Dan solusi kedua, Syaikh Albani menerangkan jawapannya.
“Hadits di atas merupakan salah satu tanda dari tanda-tanda kenabian. Terbukti sekarang kita menyaksikan betapa kaum muslimin saat ini betul-betul tertimpa kehinaan. Namun apabila kita memerhatikan pada hadits tersebut juga terdapat satu ubat penawar untuk penyakit yang melanda kaum muslimin sekarang ini. Dengan kata lain, kita akan menemukan jalan keluar dari permasalahan yang selama ini mengepung kaum muslimin. Jalan tersebut sebagaimana sabda nabi,” Allah tidak akan mengangkatnya sehingga kamu kembali kepada agama kamu.”

Jalan keluar itu hanya ada satu. Iaitu kembali kepada ajaran agama. Akan tetapi permasalahannya adalah bagaimana kita kembali kepada agama? Sudah barang tentu sekian kaum muslimin telah mengetahui hadits Rasul di atas, yakni “sebelum, kalian kembali kepada agama kalian”. Mereka menyangka bahawa kembali kepada agama adalah suatu perkara yang mudah. Adapun dalam pandanganku untuk kembali kepada agama memerlukan kepada usaha yang keras.

Hal ini disebabkan oleh adanya sebahagian pengkaburan dan tipu daya yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga melencengkan (memesongkan) ajaran Islam dari hakikat aslinya. Di antara mereka telah berhasil memutarbalikkan sebahagian ajaran Islam baik dalam masalah aqidah mahupun fiqh.

Dan sangat disayangkan adalah tidak semua orang menyedari atau mengerti akan adanya pemutarbalikkan terhadap ajaran Islam ini. Akhirnya tidak sedikit dari kaum muslimin yang sibuk mengerjakan suatu amalan atau meyakini suatu keyakinan yang ternyata semuanya itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.

Sebagai contoh adalah apa yang terdapat dalam hadits di atas, yakni ‘inah. Dalam masalah ‘inah ini banyak sekali kaum muslimin yang tidak tahu bahawa jual beli seperti itu haram hukumnya. Bahkan tidak sedikit ulama di negeri-negeri Islam yang masih berfatwa bahawa jual beli dengan cara ‘inah adalah halal. Padahal jual beli seperti ini jelas-jelas cara untuk menghalalkan riba.

Inilah salah satu contoh di antara sekian banyak contoh perbuatan haram yang dilakukan oleh kaum muslimin dan mereka menganggap perbuatan tu halal. Sebenarnya hal ini mudah difahami oleh orang-orang yang menyibukkan diri mereka dengan mempelajari ilmu fiqh.”[11]

Memang benar apa yang dinyatakan oleh Syaikh Albani, pemesongan terhadap ajaran Islam telah bermaharajalela. Dalam bidang fiqh dan aqidah. Adakah umat yang menganut aqidah dan fiqh yang salah akan Allah bantu? Sedangkan iman dan amal shalih sahaja syarat untuk Allah membuatkan manusia berkuasa.

Contoh-contoh kerusakan dalam bidang fiqh

Contoh penyelewengan dalam bidang fiqh, jihad yang telah disalah ertikan. Maka dengan pemahaman yang merusak ini, maka makin besar keburukan dan Islam itu dihinakan. Lihat saja Islam dilabel terrrorist, kerana apa? Kerana mereka yang mengaku mujahidin tidak memahami erti jihad, sedangkan jihad memerlukan kepada syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Dan bukannya membunuh orang tanpa hak, itu dipanggil sebagai jihad. Dan banyak lagi penyelewengan yang tidak akan disentuh di tulisan ini.

Renungilah kembali hal ini wahai akhi, apakah persiapan yang perlu kita buat untuk mengembalikan Islam kepada kemuliaan. Adakah kita akan mulakan dengan revolusi? Pemberontakan? Atau kita mempelajari agama dari sumber yang shahih? Dan kemudian, mana yang akan mewujudkan diri dan masyarakat yang beriman dan amal shalih? Maka dari situlah Allah akan memberi kemenangan kepada umat ini.

Allahu ta’ala A’lam

Penyusun :
Abu Hurairah al-Atsary
Kota Kinabalu Sabah

Footnote :
[1] Kelemahan Kaum Muslimin Di Mata Musuh oleh Syaikh Ibn Baaz ms. 10.
[2]. Hadist Shahih Ligharihi menurut Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali, riwayat Abu Daud no. 4297. Takhrij penuh hadits ini boleh dirujuk di kitab Syaikh Salim, Limadza Ikhtatrtu Manhajis Salaf.
[3] Kelemahan Kaum Muslimin Di Mata Musuh ms. 12.
[4] Hadits Shahih menurut Syaikh Albani, riwayat Abu Daud no. 3003, silsilah Ahadits Shahihah no. 11.
[5] Tashfiyah Wa Tarbiyah oleh Syaikh Albani ms. 7.
[6] Kelemahan Kaum Muslimin Di Mata Musuh oleh Syaikh Ibn Baaz ms. 16.
[7] Ibid ms. 18-19.
[8] Ibid ms. 28-31.
[9] Ibid 34-35.
[10] Ibid ms. 37-41.
[11] Tashfiyah Wa Tarbiyah oleh Syaikh Albani ms. 15-17.

Rujukan :
1) Kelemahan Kaum Muslimin Di Mata Musuh oleh Syaikh Ibn Baaz. Judul asli Ahlu Sunnah Zhahiruna Ila yaumis Sa’ah. (artikel PDF)
2) Tashfiyah wa tarbiyah oleh Syaikh Albani. Judul asli Tashfiyah wa tarbiyahWa hajjatu Muslimin Ilaihima. (artikel PDF)

016 - Projek Melahirkan Generasi Al-Quran Seperti Nabi Dan Para Sahabat. -Siri 2-

Adakah kita telah mentadabburi al-Quran atau kita tidak mahu mentadabburi al-Quran?

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?”(QS. Muhammad 47:24

Inilah persoalan pokok bagi setiap muslim. Sewajarnya mereka bertanya kepada diri mereka sendiri. Mengapa aku perlu membaca al-Quran? Apa yang aku dapat dengan al-Quran? Persoalan begini sebenarnya merupakan tempelak bagi mereka. Agar mereka sedar dan mengerti bahawa mereka dicipta dan hidup bukan hanya untuk bersenang-lenang. Mereka ada misi dan tujuan yang lebih besar dari usaha yang mereka lakukan bagi memenuhkan perut dan nafsu mereka. Iaitu mentauhidkan Allah dan menjauhi thagut. Kerana apabila mereka memerhatikan al-Quran, mereka akan mengenal Allah. Mengenal syariat dan perintah-Nya, dan dengan al-Quran mereka tahu bahawa tidak ada kebenaran melainkan apa yang telah termaktub di dalam al-Quran.

Dan dari situ mereka akan meninggalkan segala bentuk penyembahan kepada selain Allah dan mewujudkan hakikat (kebenaran) 'ubudiyah kepada Allah. Semua itu bermula dengan usaha mereka mempelajari al-Quran dan mentadabburinya.

Sebab-sebab mengapa kita perlu memahami/mentadabburi al-Quran

1)Sebagai Petunjuk, Rahmat, Penawar, Pelajaran.

Syaikh Abdur Razzaq al-‘Abbad ketika menghuraikan sebab-sebab faedah hasil perenungan terhadap al-Quran, beliau mengatakan :

Allah telah menurunkan Kitab-Nya yang nyata kepada hamba-Nya sebagai petunjuk, rahmat, pelita, cahaya, kabar gembira dan peringatan bagi orang yang mengambil pelajaran.
Allah ta’ala berfirman :

“Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya…”(QS. al-An’am 6:92)


“Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat.”(QS. al-An’am 6:155)

“Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al Quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami; menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”(QS. al-A’raf 7:52)

“....Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.”(QS. al-Nahl 16:89)

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.”(QS. Shad 38:29)

“Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar,”(QS. al-Isra’ 17:9)

“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”(QS. al-Isra’ 17:82)

“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.”(QS. Qaff 50:37)

Ayat-ayat yang mulia ini menjelaskan keutamaan al-Quranul Karim, Kitab Rabb semesta alam. Allah menjadikannya penuh dengan keberkahan dan sebagai petunjuk bagi semesta alam. Allah menjadikan ubat di dalamnya untuk berbagai macam penyakit, terutama penyakit hati berupa syubhat dan syahwat.

Allah menjadikannya sebagai kabar gembira dan rahmat bagi semesta alam, juga sebagai peringatan bagi orang-orang yang selalu mengambil pelajaran. Allah menjadikannya sebagai petunjuk kepada jalan yang lurus. Di dalamnya mengungkapkan tanda-tanda kekuasaan-Nya juga ancaman-ancaman-Nya agar mereka selalu bertaqwa dan beringat. [1]

Dengan begini jelas dalil yang diutarakan, adakah kita masih lagi kabur tentang kepentingan memahami al-Quran? Tidak ada cara pintas untuk kita memahami al-Quran melainkan kita mulakan dengan membacanya, kemudian melihat tafsir-tafsirnya dari para Mufassirin (pakar tafsir). Inilah cara terbaik untuk mentadabburi dan memahami al-Quran.

2)Al-Quran memiliki perintah mentauhidkan Allah

Ibnul Qayyim berkata :

"Bahawasanya seluruh ayat dalam al-Quran terkandung padanya Tauhid, yang mempersaksikan dan selalu menyeru kepadanya. Kerana kandungan al-Quran, kalau tidak berisi pemberitaan tentang Allah, nama-nama, Sifat-Sifat serta perbuatan-Nya dan ini adalah tauhid ilmi wal khabari (ilmu dan pemberitaan), maka isinya adalah dakwah kepada peribadahan hanya untuk Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya dan meninggalkan semua yang disembah selain Allah dan ini adalah tauhid al-irodiy wa at-tholabiy (kehendak dan tuntutan) .

Selain itu, isi al-Quran kalau bukan berupa perintah, larangan dan kewajipan untuk mentaati Allah dalam larangan dan perintahnya – dan ini adalah hak-hak tauhid dan penyempurnanya-, maka isinya adalah pemberitaan tentang karomah Allah terhadap orang-orang yang bertauhid dan yang taat kepada-Nya, dan apa-apa yang ditentukan baginya di dunia dan perkara-perkara yang menyebabkan mereka mulia di akhirat dan ini adalah balasan mentauhidkan Allah.

Al-Quran juga mengandung pemberitaan tentang pelak kesyirikan dan apa-apa yang Allah tentukan baginya di dunia serta berbagai balasan di dunia yang menyengsarakan mereka, dan apa saja yang akan menimpa mereka kelak dari berbagai azab, ini merupakan pemberitaan mengenai orang-orang yang keluar dari ketentuan hukum tauhid. Maka seluruh al-Quran mengandungi perkara tauhid, hak-haknya dan balasannya. Begitu juga perkara syirik, pelakunya serta balasan untuk mereka.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (QS. al-Fatihah 1:1-7) [2]

Tidak kah kamu memerhatikan wahai saudaraku, betapa tingginya nilai tauhid apabila kita merenungi al-Quran. Dan inilah jawapan bagi peroalan di atas, kita perlu memahami al-Quran kerana kewajipan kita merealisasikan ‘ubudiyah pada Allah berupa Tauhid dan Taqwa. Dan perkara ini tidak tercapai dengan angan-angan, namun dengan usaha.

Mulakan langkahmu dengan belajar memahami al-Quran. Nescaya kamu akan mengetahui bagaimana Nabi dan para sahabat nya layak diredhai oleh Allah. Dan dari situ kamu akan menjadi sebahagian dari mereka. Kepada Allah kita memohon taufiq.

3) Kandungan al-Quran mengembang dan menaikkan iman.

Jika dilihat, para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, mereka sentiasa berlumba-lumba untuk menaikkan iman mereka. Mereka menekuni untuk membaca al-Quran dengan kadar tadabbur yang paling tinggi. Kerana mereka mengerti, mereka akan mengenal Tuhan mereka andai kata mereka meneliti al-Quran. Semakin mereka mengenal Tuhan mereka, semakin bertambah iman mereka. Kemudian melahirkan rasa takut kepada Pencipta mereka. Merasa betapa kerdilnya diri. Itulah orang mukmin yang telah diceritakan oleh Allah dalam al-Quran, dan mukmin yang dimaksudkan, tidak lain mereka adalah Para Sahabat ridhwanallah 'alaihim jamii'an.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”(QS. al-Anfal 8:2)

Berkata Ibnul Qayyim rahimahullah :
Seorang hamba akan sentiasa mengambil manfaat hasil dari tadabbur mereka pada kitabullah. Hatinya akan terasa bahawa di dalamnya terkandung banyak ilmu yang dapat menambahkan keimanan dan memperkuatkannya. Bagaimana tidak ? Sementara di dalamnya dia bertemu Raja Yang Agung, Maha Pengasih, dermawan dan Indah.

Demikianlah adanya. Dia akan mencintainya dan berlumba-lumba untuk mendekatkan diri pada-Nya, menginfakkan nafasnya di dalam mencintai-Nya. Allah akan ia cintai dari yang lain. Dia akan mementingkan redha-Nya dari keredhaan yang lain.

Ia akan gemar berzikir kepada-Nya, mencintai-Nya, merindukan-Nya dan merasa tidak tertahan dengan-Nya. Zikir adalah makanannya, kekuatannya dan ubatnya. Jika zikir itu rosak, maka ia akan rosak dan hancur dan tidak dapat mengambil manfaat dari kehidupannya. [3]

Berkata al-Ajurri rahimahullah :
Dan barangsiapa yang merenungi kalam-Nya, nescaya dia akan mengenal Rabb-nya, mengetahui besarnya kerajaan dan kekuasaannya, mengetahui besarnya kurnia yang diberikan kepada orang-orang yang beriman, mengetahui ibadah yang diwajibkan kepadanya sehingga ia akibat dari manfaat tadi, dia menjauhi segala hal yang dialrang oleh kekasihnya Yang Mulia. Dia akan mencintai segala hal yang dicintai oleh kekasihnya.
Barangsiapa yang memiliki sifat seperti itu ketika membaca al-Quran dan ketika mendengarnya dari orang lain, maka al-Quran merupakan ubat baginya, sehingga dia merasa kaya walaupun tidak memiliki harta, dia akan merasa mulia walau tidak memiliki keluarga.

Ia akan merasa tahan dengan apa yang orang lain takuti. Pertanyaan yang sering dia fikirkan ketika membaca al-Quran adalah, ”bilakah aku dapat mengambil manfaat dari bacaan Quran ku ini?”. bukannya ”bilakah aku dapat menghabiskan bacaan ku ini?”. Aku bertekad untuk dapat memahami memetik faedah dari bacaan darinya. Kerana ibadah bacaan al-Quran tidak dapat dilakukan dalam keadaan lalai. Hanya Allah-lah yang dapat memberi pertolongan dalam semua itu. [4]

Kerana itulah Allah memerintahkan orang-orang supaya merenungi kandungan al-Quran dan mendorong mereka. Firman Allah ta’ala:

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.”(QS. an-Nisa’ 4:82)

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?”(QS. Muhammad 47:24)

Dan Allah telah mengkhabarkan bahawa al-Quran diturunkan supaya direnungi dan di tadabburi.

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.”(QS. Shaad 38:29) [5]

Ana bertanya, apa yang paling bernilai selain iman wahai akhi? Kita sering bercerita tentang generasi al-Quran yang unik, namun kita kosong dari usaha seperti mereka. Jika kita melihat sirah mereka, kita dapat melihat iman mereka bertambah dengan bacaan, tadabbur mereka terhadap al-Quran. Sangat sedikit sekali orang seperti mereka di zaman ini yang merenungi al-Quran, apatah lagi tersentuh dengan bacaan al-Quran.

Iman bertambah dengan ketaatan, dan berkurang kerana maksiat. Membaca, mentadabburi al-Quran merupakan ketaatan. Tapi kita tidak hanya dituntut membaca kerana di sana ada lagi tuntutan utama yang InsyaAllah akan dibahas nanti.

Seterusnya, Ibnul Qayyim menyimpulkan akibat dari usaha membaca, memahami, mentadabburi al-Quran. Beliau berkata :

"Kesimpulannya tidak ada yang lebih bermanfaat bagi hati daripada membaca al-Quran dengan penuh perenungan dan penghayatan, kerana sesungguhnya al-Quran telah mengumpulkan semua kedudukan orang-orang yang menempuh kebaikan, keadaan orang-orang yang selalu menempuh kebaikan, dan kedudukan orang-orang yang arif (tahu).

Al-Quran lah yang dapat menimbulkan rasa cinta, kerinduan, takut, pengharapan, kembali, tawakkal, penyerahan, syukur, bersabar dan semua keadaan yang dengannya hati menjadi hidup lagi sempurna. Al-Quran pun dapat menjauhkan seseorang dari segala sifat dan perbuatan yang tercela yang menjadi sumber keursakan dan bencana bagi hati".[6]

Ana katakan, jika kita hendak menjadi baik, al-Quran telah menerangkan caranya. Maka renungilah! Jika ingin mengetahui apa yang dianugerahkan kepada orang-orang yang muhsinin (yang berbuat baik)? Maka renungilah al-Quran nescaya kita ingin seperti mereka.

“agar Allah akan menutupi (mengampuni) bagi mereka perbuatan yang paling buruk yang mereka kerjakan dan membalas mereka dengan upah yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”(QS. az-Zumar 39:35)

Selanjutnya Ibnul Qayyim berkata :
Seandainya mausia mengetahui manfaat yang didapati tatkala membaca al-Quran dengan penuh penghayatan, nescaya dia akan menyibukkan dirinya dengannya dari yang lain. Jika dia membacanya dengan penghayatan, maka ketika ia melalui suatu ayat yang diharapkan/diperlukan untuk mengubati hatinya, ia akan mengulang-ngulangnya seratus kali atau menghabiskan satu malam.

Membaca satu ayat dengan penuh penghayatan dan pemahaman makna. Merenungkan bacaan al-Quran lebih bermanfaat bagi hati dan lebih berpotensi untuk meningkatkan keimanan dan merasakan manisnya al-Quran. [7]

Dengan membaca al-Quran, dapat menaikkan iman kita, dengan membaca al-Quran kita mengenal Allah, dengan membaca merenungi al-Quran kita mendapat rahmat, petunjuk. Lalu di mana usaha kita untuk mendapatkannya? Bersegeralah kepada kebaikan. Kerana Allah akan membimbing kita apabila kita ingin mengenal-Nya, mendekat diri pada-Nya.

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”(QS. al-Ankabut 29:69)

4) Sebab-sebab lain

Syaikh Abdur Razzaq telah membahas secara tuntas (dengan detail) bab ini dalam bukunya Asbabul Ziyaadatu Iman Wa Nuqshabihi, beliau menukil dari Syaikh Muhammad Rasyid Redha :
"Dan ketahuilah sesungguhnya kekuatan agama dan kesempurnaan iman juga keyakinan , keduanya tidak akan bisa dihasilkan kecuali dengan banyak membaca al-Quran dan mendengarkannya, disertai tadabbur dengan niat untuk mengambil petunjuk juga mengamalkan perintah dan menjauhi larangannya.

Maka keimanan yang penuh dengan ketundukan yang benar akan bertambah, semakin kuat, berkembang dan menimbulkan pengaruh berupa amal-amal shalih. Tidak hanya itu, ia juga meninggalkan kemaksiatan dan kerusakan sesuai dengan kadar penghayatan al-Quran yang dilakukannya. Iman akan berkurang dan melemah ketika seseorang tidak mentadabburi al-Quran."[8]

Dengan beberapa poin yang diutarakan di atas, semoga ia dapat membantu dan memotivasi diri kita untuk menekuni membaca al-Quran. Dan inilah yang dilalui oleh generasi terbaik umat ini, mereka telah terlebih dahulu mendahului kita dalam beramal.

Footnote :
[1]
Kitab Duduklah Sejenak Bersama Kami Untuk Menambah Iman, Syaikh Abdur Razzaq Abdul Muhsin al-‘Abbad terbitan Pustaka Ibnu Katsir.

[2] Madarijus Salikin 3/449-450 oleh Ibnu Qayyim, dinukil dari kitab Syaikh Abdur Razzaq al-‘Abbad, Mengapa Tauhid Dibagi Menjadi Tiga.

[3] Ibnul Qayyim, al-Fawaaid
, dinukil dari kitab Kitab Duduklah Sejenak Bersama Kami Untuk Menambah Iman, Syaikh Abdur Razzaq Abdul Muhsin al-‘Abbad terbitan Pustaka Ibnu Katsir.

[4] ibid, al-Ajurri, Akhlaq Hamaalati Quran.


[5] Ibid.

[6] Ibid,
Miftah Daris Sa’adah hlmn 204, Ibnul Qayyim.

[7] Ibid.

[8]
Ibid, Mukhtasar tafsir al-Manaar 2/170.

Rujukan :
[1]
Duduklah Sejenak Bersama Kami Untuk Menambah Iman, Syaikh Abdur Razzaq Abdul Muhsin al-‘Abbad terbitan Pustaka Ibnu Katsir.

[2] Mengapa Tauhid Dibagi Menjadi Tiga oleh Syaikh Abdur Razzaq al-‘Abbad
.






015 - Modal Untuk Kembali Menang (2)

Masalah Ketiga:

Permasalahan selanjutnya adalah adanya perbedaan hati. Inilah sebab terbesar yang membuat umat Islam semakin rendah. Mereka semakin lemah di hadapan musuh-musuh mereka. Kekuatan mereka pun sirna, begitu pula dengan kekuasaan mereka pun hilang. Hal ini sebagaimana difirmankan oleh Allah Ta’ala,

وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ

“Dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu.” (QS. al-Anfal 8:46)

Jika engkau melihat umat Islam saat ini di berbagai penjuru dunia, mereka menyembunyikan permusuhan dan kebencian satu dan lainnya, namun senyatanya keramahan yang ada pada mereka hanyalah pura-pura saja. Mereka mungkin terlihat saling ramah, namun dalam hati mereka sebenarnya terdapat perselisihan.

Allah Ta’ala telah menerangkan hal ini dalam Surat al-Hasyr bahawa sebab penyakit perpecahan di tengah-tengah umat ini terjadi kerana kurangnya akal. Allah Ta’ala berfirman,

تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى

“Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah.”

Kemudian setelah itu, Allah menyebutkan sebab kenapa hati mereka bisa terpecah (berselisih) yaitu dalam firman-Nya,

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ

“Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti.” (QS. al-Hasyr 59:14)

Telah kita ketahui bersama bahwa penyakit lemahnya akal yang menimpa kaum muslimin, membuat mereka menjadi lemah dalam memahami hakikat, juga sulit membezakan antara yang benar dan yang batil, yang manfaat dan yang membahayakan, serta membedakan antara yang baik dan yang buruk. Tidak ada ubat untuk penyakit ini selain cahaya wahyu. Cahaya wahyu inilah yang nanti akan menghidupkan hati-hati yang mati dan menerangi jalan jika berpegang dengannya. Akhirnya dengan cahaya wahyu seseorang akan terbuka matanya, sehingga dia dapat melihat yang benar itu nampak benar, yang keliru itu nampak keliru, yang bermanfaat itu nampak bermanfaat, yang bahaya itu akan nampak berbahaya.

Allah Ta’ala berfirman,

أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا

“Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya?” (QS. al-An’am 6:122)

Allah Ta’ala juga berfirman,

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آَمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ

“Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman).” (QS. al-Baqarah 2:257)

Barangsiapa keluar dari kegelapan menuju cahaya, maka dia akan melihat kebenaran. Kerana cahaya inilah yang akan membuat seseorang melihat kenyataan sehingga dia dapat mengetahui yang benar itu benar dan yang batil itu batil.

Allah Ta’ala berfirman,

أَفَمَنْ يَمْشِي مُكِبًّا عَلَى وَجْهِهِ أَهْدَى أَمْ مَنْ يَمْشِي سَوِيًّا عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Maka apakah orang yang berjalan terjungkal di atas mukanya itu lebih banyak mendapatkan petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?” (QS. al-Mulk 67:22)

وَمَا يَسْتَوِي الْأَعْمَى وَالْبَصِيرُ (19) وَلَا الظُّلُمَاتُ وَلَا النُّورُ (20) وَلَا الظِّلُّ وَلَا الْحَرُورُ (21) وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلَا الْأَمْوَاتُ

“Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat. dan tidak (pula) sama gelap gulita dengan cahaya, dan tidak (pula) sama yang teduh dengan yang panas, dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati.” (QS. Fathir 35:19-22)

مَثَلُ الْفَرِيقَيْنِ كَالْأَعْمَى وَالْأَصَمِّ وَالْبَصِيرِ وَالسَّمِيعِ هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلًا

“Dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati.” (QS. Hud 11:24)

Masih banyak ayat lainnya yang menunjukkan bahwa dengan iman, seseorang bisa memperoleh kehidupan sebagai ganti dari kematian dan bisa memperoleh cahaya sebagai ganti dari kegelapan. [1]

Selanjutnya komentar dan penjelasan mengenai permusuhan Yahudi dan kaum muslimin di Palestina, kami sampaikan dalam beberapa point berikut ini:

Pertama: Marilah seluruh kaum muslimin kembali kepada agama mereka, menyerahkan setiap urusan kepada Allah, menghilangkan perselisihan dan mendo’akan mereka kaum muslimin, juga menolong mereka sesuai dengan kemampuan dengan harta dan obat-obatan. Inilah ajakan yang lebih tepat yang ada dalam Al Qur’an dan ajaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana sebab-sebab tadi disebabkan oleh maksiat.

Kedua: Ajakan yang serampangan yang diarahkan pada kepentingan-kepentingan Yahudi di dunia ini tidak ragu lagi adalah ajakan yang tidak bertanggung jawab yang muncul dari orang-orang yang tidak memiliki hikmah dan tidak tahu aturan. Bahkan terkadang perbuatan semacam ini berakibat buruk kepada kaum muslimin khususnya di Saudi Arabia. Akhirnya berbaliklah tuduhan yang tidak menyenangkan dari negara yang berkuasa besar dengan tuduhan teroris, yang negeri Saudi sendiri telah terselamat dari tuduhan semacam ini selama beberapa tahun yang silam.

Seruan-seruan tadi tidaklah jauh dari seruan-seruan yang ingin memecah belah Ahlus Sunnah dan menginginkan Ahlus Sunnah seperti saat ini. Seruan taktik semacam ini sebenarnya kerana tidak faham dengan tujuan-tujuan syari’at dan kaedah syariat yang umum.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Orang yang berani bukanlah dengan kuatnya tubuh badan (memiliki kekuatan). Boleh jadi seseorang kuat badannya, namun hatinya lemah. Orang yang berani adalah yang kuat dan kukuh hatinya. Kekuatan dalam peperangan adalah dengan kuatnya badan dan kemampuan untuk berperang, juga kuatnya, disertai pula dengan pengalaman.

Yang terpuji di antara orang yang kuat hatinya dan yang kuat badannya tadi adalah orang yang berada di atas ilmu, bukan orang yang sering lalai yang tidak mau berpikir manakah perkara yang terpuji dan tercela. Oleh kerana itu, orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah. Orang seperti ini akan melakukan perkara yang baik baginya bukan yang membahayakannya. Orang yang tidak mampu menahan kemarahannya bukanlah orang yang berani dan bukanlah orang yang kuat.” [2]

Ketiga: Ajakan yang diserukan kepada pemerintah Saudi untuk mengeluarkan Yahudi dari Palestina adalah ajakan yang terburu-buru dan jauh dari memahami kenyataan kaum muslimin dalam agama maupun strategi, juga kerana tidak mengetahui kedudukan orang yang dihadapi yang begitu kuat.

Akhirnya, saya mengajak kepada saudaraku para da’i dan juga para penuntut ilmu, marilah kita tertarik untuk mengkaji Al Kitab dan As Sunnah serta melihat jalan hidup salafush-shalih. Dan ketahuilah bahwa di alam ini, Allah memiliki ketetapan (sunnah) yang tidak mungkin berubah dan tergantikan sebagaimana yang terjadi pada ketetapan kauniyah (sunnah kauniyah),

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (QS. ar-Ra’du 13:11).

Hendaklah kita mengambil pelajaran dari kajian-kajian yang telah lalu, kemudian fahamilah.

Perlu diketahui pula bahwa syari’at ini datang untuk mendatangkan berbagai macam maslahat (kebaikan) dan menolak berbagai macam bahaya atau menguranginya sesuai dengan kemampuan. Saya akan menjelaskan pula pada kalian mengenai kaedah syariat ini, bagaimana jika ada maslahat yang bertentangan, atau ada mafsadat (keburukan) yang saling bertentangan atau bagaimana jika ada maslahat dan mafsadat saling bertentangan.

Ketahuilah bahwa kebaikan dan keburukan itu bertingkat-tingkat. Orang yang berakal pasti akan menolak kejelekan yang lebih besar dengan kejelekan yang lebih sedikit dan akan merasa puas jika mendapatkan kebaikan yang sedikit dan tidak mendapatkan kebaikan yang banyak. Kalau tidak memperhatikan hal ini pasti kita akan menderita peperangan yang lebih besar.

Semoga Allah memperbaiki keadaan kaum muslimin, menyatukan hati-hati mereka di atas petunjuk, tauhid dan sunnah. Semoga Allah melindungi kaum muslimin dari tipu daya dan kejelekan orang kafir dan munafik sebagai musuh-musuh mereka. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan seluruh sahabatnya.

***

Itulah fatwa dari Syaikh Abdullah Al Ubailan. Inti dari penjelasan beliau adalah:

Kaum muslimin –termasuk yang berada di Palestina- bisa menang dalam peperangan, jika mereka memiliki keimanan yang kukuh. Sebab lemahnya kaum muslimin saat ini adalah kerana imannya yang lemah dan lebih senang berbuat maksiat dan mendurhakai Allah.

Lihatlah di Perang Uhud, kerana kedurhakaan kepada Allah dan Rasul-Nya, kaum muslimin menjadi kalah.

Seorang alim mengatakan:
“Siapakah yang mengatakan bahwa batu bisa menghancurkan kereta-kereta kebal? Siapa yang mengatakan bahwa lastik bisa mengalahkan roket, sedangkan Engkau dan musuhmu sama-sama berbuat maksiat kepada Allah Ta’ala?”

Alim tersebut menceritakan bahawa ada seseorang mengunjungi para mangsa perang yang terluka. Orang tadi mengatakan bahawa dari 32 orang yang dia temui, 30 orang di antara mereka tidak shalat. Orang yang terluka tersebut mengatakan: Siapa saja yang ikut revolusi maka dia pasti syahid. Biarpun orang tersebut berbuat syirik, berzina dan sering mabuk-mabukan, asalkan dia ikut revolusi, pasti dia mati syahid.

Palestina tidak akan menang hanya dengan angan-angan. Palestina tidak akan bebas hanya dengan slogan-slogan. Modal utama untuk meraih kemenangan tersebut adalah dengan iman dan bukan dengan bermaksiat pada Allah.

Marilah saat ini kita memperbaiki keimanan, memperbaiki aqidah kita dan marilah kita bersatu di atas aqidah yang benar sehingga hati dan badan kita pun benar-benar bersatu.

Semoga dengan petunjuk Allah, kita dapat dikembalikan kepada agama kita dengan baik dan semoga berbagai kehinaan diangkat dari kita. Semoga Allah menolong kaum muslimin di berbagai negeri atas musuh-musuhnya.

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihat.

Pangukan, Sleman, 11 Muharram 1430 H
Yang selalu mengharapkan ampunan dan rahmat Rabbnya
Muhammad Abduh Tuasikal, S.T.

***

Oleh: Syaikh Abdullah Al ‘Ubailan hafizhohullah
Diterjemahkan oleh: Muhammad Abduh Tuasikal, S.T.

Footnote :

[1] Lihat Adhwaul Bayan, 3/54, oleh Syaikh Amin asy-Syinqithi.

[2] Al Istiqomah, 2/271

Sumber: http://www.islamancient.com/fatawa
Disalin oleh Abu Hurairah al-Atsary dari Artikel www.muslim.or.id