Memaparkan catatan dengan label akhlaq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akhlaq. Papar semua catatan

053 - Indah

Indah


Semua orang ingin memiliki keindahan. Tidak ada manusia yang mau menolak keindahan. Keindahan paras rupa, penampilan, harta yang dimiliki dan segala sesuatu yang menjadi hak kita maka kita inginkan ia menjadi indah.

Tidak kira samada indah pada pandangan mata kepala sendiri atau orang lain. Ada orang yang cuba mengekalkan keindahan rupa parasnya dengan menjaga wajahnya dari jerawat, bintik-bintik hitam, parut dan sebagainya, maka mereka merawat wajah mereka dengan losyen, atau pencuci muka supaya wajahnya kelihatan indah. Mereka membuat jadual rutin supaya mereka mempunyai masa untuk melakukan koreksi (pembetulan), mengkaji punca-punca yang dapat mencacatkan keindahan rupa parasnya. Begitulah keadaan setiap manusia, mereka ingin dilihat indah dan merasakan terus keindahan tersebut di dalam diri mereka.

Namun bagaimana dengan keindahan akhlak? Sudahkah kita menjaga, merawat dan membuat jadual khas? Jika dibandingkan keindahan rupa paras atau harta dengan akhlak yang baik, di antara dua benda ini mana yang dapat memuliakan darjat kita di sisi Allah. Bukankah Allah telah berfirman

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.” (QS. al-Hujurat 49:13)

Maka pasti jawapannya adalah keindahan akhlak.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang mempunyai akhlaq yang indah. Tidak ada orang yang bertaqwa itu terdiri dari orang yang jelek akhlaknya. Akan tetapi mereka memiliki keindahan akhlak kerana itu mereka mulia di sisi Allah.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta kalian, akan tetapi Dia melihat hati dan amal kalian” (HR Muslim dari sahabat Abu Hurairah, no. 2564)

Hati yang baik lahir dari akhlak yang indah, itulah yang menjadi perhitungan di sisi Allah. Bukannya banyak harta dan rupa paras yang elok. Akan tetapi hal ini tidaklah dicela jika kita mempunyai wajah dan harta selagi mana ia masih dalam aturan syariat Allah.

Keindahan dan kemuliaan adalah 2 perkara yang saling terkait. Satu dengan yang lain saling memerlukan. Apabila indah sesuatu itu, maka sudah pasti ia akan dimuliakan.

Anda ingin nampak indah di mata sendiri dan juga orang lain, namun sejauh mana anda indah di sisi Allah?



042 - Realiti Manusia

Realiti Manusia

Seorang peniaga, akan berusaha agar perniagaannya tidak merosot walau sedikit. Dia sentiasa memantau perjalanan bisnesnya pada setiap keadaan, waktu, hari, pendek kata setiap masa dia peruntukkan untuk memerhatikan perniagaannya agar tidak merosot. Kerana apabila bisnesnya merosot, maka duit atau hasil yang sepatutnya dia raih akan berkurangan dan boleh jadi juga dia akan mengalami kerugian.

Bagi seseorang yang mementingkan kesihatan dirinya, dia sentiasa mencuba untuk memastikan agar tidak ada penyakit yang terjangkit olehnya. Dia memastikan 100% makanan yang masuk ke dalam perutnya itu adalah makanan yang bersih, kandungan lemak, mineral, vitamin yang sepatutnya dia hadam semuanya berada di dalam kuantiti yang ideal yang sepatutnya dia hadamkan. Tidak ada ruang baginya untuk mencuba makanan-makanan yang enak, kerana baginya makanan seperti itu adalah makanan yang merosakkan badan, luaran sahaja yang memukau akan tetapi kandungan zatnya boleh membunuh sel-sel dan dirinya.

2 keadaan di atas merupakan contoh bagi manusia yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap hal yang bermanfaat baginya, bagi seorang peniaga, keuntungan adalah segala-galanya lalu dia memilih untuk memastikan keuntungannya tidak merosot. Begitu juga dengan manusia yang lain, bagi hal-hal yang bermanfaat untuknya maka dia akan mengerahkan seluruh tenaga dan usaha agar manfaat yang dia harapkan akan dia peroleh sepenuhnya.

Namun, berapa ramai peniaga yang sedar bahawa iman di dalam dirinya adalah sesuatu yang bermanfaat bagi dunia dan akhiratnya? Berapa ramai orang yang menjaga kesihatan dirinya sedar akan iman yang sepatutnya menerima zat-zat mineral yang dapat memastikan iman itu terus sihat dan tidak terjangkit oleh penyakit?

Tidak ramai manusia yang sedar akan hal ini. Sedikit dari mereka yang sedar dan ramai dari mereka yang lalai. Inilah realiti manusia zaman ini.

038 - jagalah akhlaqmu wahai ustat

jagalah akhlaqmu wahai ustat

ustat? siapa yang layak dilabelkan sebagai ustat? dan siapa yang memberi label ustat pada dirinya?
apa dia sendiri atau orang lain?
apa benar peletakan label ustat pada dirinya? antum yakin yang antum benar?

kita biasa melihat gaya seorang ustat. berkopiah berserban janggut atau kumis, bergamis atau lainnya yg menampakkan ciri-ciri islamik.
tapi yang sebetulnya dengan ini saja tidak menunjukkan peribadi seorang ustat.

jika ada orang mengatakan "kemaren ada saya lihat ustat itu nyolong ikan di toko sana", lantas dijawab oleh si pembela sang ustat ini, "gak mungkin, dia kan ustat, lihat dirinya. gak ada lagak kaye seorang maling? lebih2 lagi ustat ini pandai kok bahasa arabnya. gak mungkin ustat ini pantas mau mencuri"

yang sebetulnya, zahir manusia tidak menyatakan yang dia itu maksum. apa dia seorang ustat, kiyai, atau lainnya. tidak ada ayat Allah di dalam al-Quran yang menyatakan orang yang pandai bahasa arab makanya dia ahli syurga dan maksum dari dosa.

begitu juga setiap manusia keseluruhannya tidak ada yang terlepas dari dosa, baik besar maupun kecil. namun sebaik-baik orang yang tersilap/berdosa adalah orang yang bertaubat.

begitu juga tadi, sang ustat tidak semestinya maksum, bebas dari penyakit riya', kibr, 'ujub. bisa aja Allah uji dia dengan kehebatan bahasa arabnya. apa dengan anugerah Allah ke atasnya dia berlagak di hadapan manusia "woi manusia, aku ini pandai arab, kamu ni jahil tidak mengerti mazhab bahasa dll"

itu omongan sang ustat ini yang bertele-tele. mau dipamerkan keahliannya, dialah yang bijak, pandai, cerdas..lagaknya ini membuatkan orang rimas dengannya.

mungkin sebagian orang perasan lagak si ustat ini, namun ingin ditegur "ishhh...apa-apaan sih, dia kan lagi ustat".
si ustat, sedar atau tidak. terkadang menjerit hati kecilnya "apa pantas aku mengucapkan ayat ini?"
lalu berbisik pula suara di sudut hatinya yang lain "gak apa-apa kok, bocah kecil seperti ini memang pantas dilayan kaye gini. biar dia rasakan, bukan dia
paham bahasa arab.apa yang aku lakukan ini, moga-moga bisa membungkam mulutnya"..si ustat bersangka baik dengan amalnya.
suara yang baru muncul tadi adalah penyejuk kegelisahan hatinya. saat hatinya gelisah "apa aku telah berbuat riya', takabbur dengan kata-kataku?
apa kata-kataku tadi merupakan satu bentuk perlecehan terhadap saudaraku?"
kata-kata penyedap hatinya menguburkan amalnya beserta akhlaq mulia seorang ustat.
hilang kemuliaan, diganti dengan kehinaan. hina di mata manusia, teman maupun musuh. hilang pula rahmat dari Allah.
saat Allah menguji hamba-Nya dengan nikmat yang diberi.
wa iyya dzubillah

sekali lagi, setiap manusia itu ada
silapnya dan setiap orang yang silap yang terbaik adalah orang yang bertaubat kepada Allah.

Syair yang digubah, milik asal Imam Syafie

"Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku
Toh, diamku dari orang hina adalah suatu jawaban
Bukanlah artinya aku tidak punya jawaban, tetapi
Tidak pantas bagi seorang manusia meladeni seekor beruk"