020 - Dakwah cara Nabi

Bagaimana Rasulullah membentuk keimanan para sahabat?

Setelah menelaah beberapa kitab dan mendengar kuliyah dari al-Ustadz Armen Halim Naro rahimahullah dan Ustadz Abdul Hakim Amir Abdat, membuatkan ana terfikir, bagaimana caranya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam membina iman dan mengajar kepada umat islam terdahulu (sabiqun al-awwalun)?

Kemudian membandingkan dengan keadaan zaman sekarang ini, ternyata dihadapan ana jutaan gaya dan rentak dakwah yang wujud dalam rangka membina iman dan mengajarkan Islam kepada umat.

Ada yang meng-claim caranya itulah yang benar dan yang selainnya itu adalah cara yang salah. Terdengar juga ada sebilangan manusia yang mengeluarkan pernyataan bahawa salah seorang dari anggota aktivisnya (anggota jemaah) yang bermimpi berjumpa nabi dan kemudian Nabi memuji cara dakwah mereka (sedangakan pendiri jamaah mereka tidak memahami aqidah islam sehingga terjebak dengan kesyirikan dan khurafat).

Ada juga yang mengambil jalan untuk mensucikan hati dengan cara berzikir dengan zikir-zikir yang tidak diajarkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan begitulah claim setiap manusia bahawa merekalah yang terbaik.

Ana hanya mahu merincikan pada permasalahan bagaimana caranya Nabi berdakwah? Dan apakah setiap yang meng-claim kita perlu menerima?

Firman Allahu Ta'ala : "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (QS. al-Israa' 17:36)

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. " (QS. Al-Hujurat 49:6)

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Cukuplah seseorang itu dianggap berdusta apabila dia menceritakan sesuatu yang dia dengar.” (Hadits Sahih riwayat Muslim 1/8, Abu Dawud no. 4992)

Islam telah menerangkan segala-galanya sehinggakan kaedah dalam menerima claim iaitu berdasarkan kepada nash di atas. Pertama, janganlah kita men-claim dan menerima sesuatu yang kita tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Kedua, sesuatu fakta dan kenyataan yang datang kepada kita hendaklah diperiksa dahulu, apakah ia benar atau tidak.

Kedua hal tersebut tidaklah dapat diketahui oleh sesiapapun melainkan hal ini dikembalikan kepada al-Quran dan Sunnah. Kerana al-quran dan Sunnah lah kebenaran yang hakiki dan sebagai pemutus (hakim) terhadap sesuatu hal dan sedangkan setiap pernyataan , kata-kata dan claim bisa tepat dan bisa salah. Kerana itu Nabi bersabda :

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang dengan keduanya, kitabullah dan sunnah Nabi-Nya. (Sahih : riwayat Imam Malik no. 1395 dan no. 5248 Sahih wa Dha'if Jami'ush Shaghir -lafaz ini di dalam riwayat Imam Malik)

Jadi, segala-galanya perlu dikembalikan kepada al-Quran dan Sunnah sebelum kita memutuskan apakah sesuatu itu benar atau tidak, sesat atau petunjuk, dosa atau pahala, selagi mana ia terangkum di dalam dua sumber tersebut, pastinya tidak akan binasa dan menyimpang.

Sedangkan Nabi
Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menyebutkan bahawa :

قد تركتكم على البيضاء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها بعدي إلا هالك

"Telah aku tinggalkan kamu di atas (jalan/manhaj/ajaran) yang terang, malamnya seperti siangnya. Tidaklah menyimpang kecuali orang-orang yang celaka." (Sahih : Riwayat Imam Ibnu Majah n0. 43, al-Hakim 1/96 dll, al-Imam Muhaddits Syaikh Albani menyebutkan sanadnya sahih di dalam silsilah ahadits Sahihah no.937)

Sekali lagi ana terangkan, bahawa ajaran islam segala-galanya adalah jelas dan tidak diabaikan walaupun dalam masalah membuang air apatah lagi dalam masalah dakwah. Jadi berkaitan dengan hal bagaimana caranya nabi membina iman para sahabat, ana membawakan dalil dari Firman Allah di dalam SUrah Yusuf ayat 108 :

"Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (QS. Yusuf 12:108)

Imam Ibnu Katsir menaafsirkan ayat di atas, katanya : iaitu thoriq (jalan)/ cara dan perilaku, iaitu dakwah/seruan kepada persaksian bahawasanya tidak ada Ilah yang berhak disembah kecuali Allah dan tidak ada baginya suatupun sekutu. Dakwah/seruan kepada Allah dengan berdasarkan bashirah (ilmu), keyakinan, dan bukti (burhan). Dan semuanya itu adalah dengan cara mengikutinya (petunjuk Muhammad), iaitu seruan yang dibawakan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam di atas bashirah, keyakinan dan pembuktian (burhan) dari segi syari'e dan juga aqal. (Tafsir al-Quranil 'Azhim 4/422 -Maktabah Syamilah)

Jadi pokok asas dakwah itu adalah apa yang dibawa oleh nabi berdasarkan kepada ilmu dan keyakinan, iaitu al-Quran dan Sunnah. Perkara pertama yang diserukan adalah tauhid kepada Allah. Dan tidak mennyekutukan-Nya. Lihat saja dikeliling kita, ramai lagi umat manusia yang tidak mengenal erti tauhid dan syirik. Masih lagi kelihatan di akhbar-akhbar gejala kesyirikan seperti kes bomoh dan ajaran sesat.

Dakwah berdasarkan al-quran dan Sunnah, bukan dengan dongengan dan omongan kosong. Bukan pula lolucon (lawak jenaka) yang meleret (bertele-tele) dan selainnya yang tidak ada dasarnya dari syariat ini. Seperti orang-orang yang mendakwakan jika berterusan berhujah dengan ayat al-Quran, makanya umat akan lesu dan kebosanan mendengar. Subhanallah!! Lihatlah ketebalan kedunguan manusia ini, apakah dia ini majnun (gila)? Bukankah Nabi telah memperlihatkan kepada kita bahawasanya dakwah kepada Allah dengan menggunakan al-Quran dan wahyu akan membuatkan manusia terkesan di hatinya.


Lihatlah sejarah bagaimana para sahabat nabi menanti-nanti saat turunnya wahyu. Bukankah ayat Quran itu merupakan ubat yang mujarab bagi hati, ubat yang dapat menyembuhkan penyakit syubhat dan syahwat. Penyakit Syirik, maksiat, dan lain-lain. Jika kita menyerukan selain dari wahyu (al-Quran dan Sunnah/hadits), apakah kita boleh menjamin dengan dakwah selain dari dua hal tadi dapat melembutkan hati??

Di sini juga menuntut kita untuk berilmu terlebih dahulu sebelum menyampaikan. Bukannya berdakwah dengan cara menukil dari orang-orang yang jahil tentang agama ini, sebagaimana yang dilakukan oleh sekelompok orang yang mendakwa mengikut sunnah nabi dan kemudian meng-claim Nabi memuji gerak kerja mereka. Sedangkan kelompok mereka ini adalah kelompok yang jahil diantara banyak kelompok. Lihat sahaja mereka tidak dapat membezakan mana yang ushul dan mana yang furu'. Sunnah mu'akkad dan Sunnah adat, yang mana Sunnah dan bid'ah.

Petunjuk yang telah Nabi contohkan itu (dalam hal dakwah) telah membentuk generasi terbaik , Khoirunnas dan juga sabiqun al-Awwalun iaitu para sahabat. Merekalah orang yang menerima dakwah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, petunjuk Nabi dan seruan yang fitrah. Dan mereka inilah yang kita diminta untuk ikuti jejak langkah mereka. Firman Allah : "Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar. " (QS. at-Taubah 9:100)

Maka apakah orang yang mendakwahkan selain dari apa yang dicontohkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam boleh menjamin mereka dapat membina generasi terbaik? Ataupun mereka dapat membina generasi yang paling jelek!!??

Allahu A'lam

Disediakan oleh
Abu Hurairah al-Atsary
Kota Kinabalu
6.06pm 20 Rabi'ul Awal









Comments :

0 comments to “020 - Dakwah cara Nabi”