Definisi Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
Menurut Bahasa
Sunnah Menurut Bahasa diambil dari kata sanna yasinnu, yasunnu sunnan, fahuwa masnun ( فهو مسنون, يسن سنا, سن يسن)
Dan sanna al-Amru (سن الامر ) ertinya al-bayyinah ( البينة ) –menjelaskan-.
Sunnah adalah jalan dan prilaku, baik terpuji maupun yang tercela. Dan di antara sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ
Sunnguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah umat-umat sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, dan sehasta demi sehasta. (Shahih : riwayat al-Bukhari no. 3197)Yang dikatakan dengan sunnah di sini ialah mengenai jalan agama dan keduniaan.
Dan sabda beliau :
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَة
Barangsiapa yang menunjukkan satu sunnah yang baik dalam Islam, maka ia akan mendapatkan pahalanya dan pahala siapa yang melakukannya setelahnya tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa yang membuat satu sunnah yang buruk…(HR Muslim no.1691)
Yang dikatakan dengan sunnah di sini ialah perilaku. [Lihat kamus-kamus bahasa arab, Lisaanul Arab, Mukhtarush Shihaah, al-Qamus al-Muhith dalam bab sunnah]
Sunnah menurut Istilah.
Sunnah adalah jalan yang ditempuh oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, dan para sahabatnya, baik ilmu, keyakinan ucapan, perbuatan maupun taqrir (diamnya beliau sebagai tanda persetujuan). Sunnah juga dimutlakkan pada sunnah-sunnah ibadah dan keyakinan-keyakinan.
Lawan kepada Sunnah adalah bid’ah.
Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ
Sesungguhnya barangsiapa diantara kalian yang hidup selepas peninggalanku, maka dia akan melihat perselisihan yang sangat banyak, maka berpeganglah dengan sunnah ku dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin al-Mahdiyin. (Shahih : riwayat Abu Daud no. 3991, at-Tirmidzi no. 2600, Ibnu Baththah dalam al-Ibanah Kubra no. 148. Syaikh Albani men-shahih kan hadis ini di dalam Shahih Targhib wa Tarhib no. 37. Shahih wa Dhaif Sunnan Abu Daud no. 4607, Shahih Wa Dhaif Sunnan Timidzi no. 2676)
Al-Jama’ah dari segi bahasa diambil dari kata الجمع iaitu menghimpun sesuatu dengan mendekatkan sebahagiannya dari sebahagian yang lain. Dikatakan jama’atuhu fajtama’a (aku menghimpun sehingga berhimpun).
Dan diambil dari kata ijtima’ (berkumpul) iaitu lawan dari kata tafaaraq (berpecah, bercerai-berai) dan lawan dari kata farquhu (berpisah).
Al-Jama’ah adalah jumlah manusia yang besar. Jamaah juga bererti segolongan manusia yang dihimpun dalam tujuan yang sama.
Al-Jama’ah adalah kaum yang berkumpul (bersepakat) dalam perkara tertentu. [sama]
Jama’ah Menurut Istilah
Jama’ah menurut istilah ialah Jama’atul Muslimin, iaitu salaf umat ini dari kalangan sahabat, Tabi’in dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat, yang bersepakat di atas al-quran dan as-Sunnah, serta berjalan di atas jalan yang ditempuh oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam baik yang zahir maupun yang batin.
Allah subhanahu wa Ta'ala memerintahkan kepada hamba-hambanya yang beriman agar berjama’ah, bersatu dan tolong menolong, serta melarang mereka bercerai berai, berselisih dan bermusuhan melalui firman-Nya:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, (ali-Imran 3:103)
وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ
Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka (ali-Imran 105)Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
إِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ
Sesungguhnya millah ini akan terpecah menjadi 73 golongan, 72 ke neraka dan satu yang ke syurga, iaitu al-Jama’ah. (Shahih : diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 3981, Imam Ahmad dalam al-Musnad no. 16329, Shahih Wa Dhaif Sunnan Abu Daud no. 4597)
عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُرْقَةَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ وَهُوَ مِنْ الِاثْنَيْنِ أَبْعَدُ مَنْ أَرَادَ بُحْبُوحَةَ الْجَنَّةِ فَلْيَلْزَمْ الْجَمَاعَةَ
Tetaplah berjamaah, janganlah berpecah, kerana sesungguhnya syaitan bersama orang ynag sendirian, sedangkan ia lebih jauh dari 2 orang. Barangsiapa yang meninginkan kenikmatan syurrga, maka tetaplah berjamaah. (Shahih : riwayat at-Tirmidzi no. 2091, Ibnu Abi ‘Ashim dalam as-Sunnah no. 76, Shahih Wa Dhaif Sunnan at-Tirmidzi no.2165)
Sahabat yang mulia Abdullah bin Mas’ud radiyallahu 'anhu mengatakan :
الجماعة ما وافق الحق وإن كنت وحدك
Jama’ah adalah apa (siapa) yang selaras dengan kebenaran, meskipun Engkau seorang diri. (HR al-Lalikaie dalam Syarh ushul I’tiqad Ahlu Sunnah Wal Jama’ah)Jadi, Ahlu Sunnah adalah orang-orang yang bepegang teguh dengan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka, menempuh jalan mereka dengan keyakinan, ucapan dan perbuatan,serta orang-orang yang istiqamah di atas ittiba’ dan menjauhi bid’ah. Mereka tetap muncul dan diberi pertolongan hingga hari kiamat. Mengikuti mereka adalah petunjuk dan menyelisihi mereka adalah kesesatan.
[Dipetik dari Kitab Panduan ’Aqidah Lengkap Disajikan Singkat dan Padat Menurut al-Quran dan as-Sunnah Yang Shahih oleh ‘Abdullah Abdil Hamid al-Atsary]
Comments :
Catat Ulasan