050 - Merancang Pernikahan

Merancang Pernikahan

Menikah adalah fitrah semula jadi yang telah Allah tetapkan di dalam diri setian insan. Perasaan ingin menyintai, berkasih sayang, melepaskan nafsu syahwat, semuanya itu ada pada diri setiap anak Adam.

Islam adalah agama yng turun dari langit, datang dari Tuhan yang menciptakan segala bentuk termasuklah perasaan cinta, nafsu yang semuanya itu hanya layak dilakukan pada jalan pernikahan.

Bagi setiap diri seorang muslim, perkara yang sebegini urgent harus dikembalikan kepada pembuat syariat dalam menentukan/merancang pernikahan kerana ia adalah satu bentuk kepasrahan yang tidak ada penyesalan apabila dia menyerahkan segala urusannya kepada Allah Dzat yang maha mengetahui kebaikan-kebaikan maslahat yang terdapat pada hamba-Nya terkhusus dalam penikahan.
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (QS. an-Nisaa 4:65)
Anda iginkan rumah tangga yang bahagia, pasangan hidup yang sentiasa menceriakan hari-hari anda, melihat saja wajahnya membuatkan anda senang hati. Hidup anda tidak kosong dari senyuman semenjak mulai anda menikahinya sehinggalah suatu masa yang telah ditetapkan Allah iaitu mati.
Anda inginkan pasangan hidup anda seorang yang taat, mendengar kata-kata anda, antara anda dan si dia saling hormat menghormati. Apabila berdepan dengan masalah, anda berdua duduk bersama-sama membincangkan jalan penyelesaiannya. Anda inginkan pasangan yang beriman, guru kepada zuriat anda yang bakal lahir nanti menjadi anak yang soleh dan solehah.

Apabila anda pulang setelah penat bekerja, si dia menunggu di hadapan pintu sambil melemparkan senyuman manisnya menyambut kepulangan anda lalu ucapan “bagaimana kerja hari ini ya habibi, semoga Allah memeberkahi rezki yang engkau cari pada hari ini” sambil menguhulurkan tangannya yang lembut menyambut kepulangan anda.

Subhanallah, seolah-olah rumah yang anda duduki saat itu merupakan syurga dunia buat anda. Ditemani oleh sang isteri merangkap bidadari yang melayani anda, ucapan salam dan perkataan yang enak didengar, sering kedengaran antara sang suami dan isteri. Anggota keluarga yang menetap di rumah itu adalah orang-orang yang soleh dan solehah. Semua ini merupakan pentanda awal kebahagiaan dunia dan akhirat anda.

Tidak ada manusia yang inginkan pasangan yang dinikahinya tidak mempunyai akhlaq, kuat membantah, tidak hormat dan paling kedekut untuk mengasihi. Tidak pula yang jahil terhadap agama, tuntutan-tuntutannya, kewajipan bagi dirinya sebagai isteri atau suami. Seolah-olah rumah tangga yang telah dibina nanti merupakan neraka bagi anda. Wallahi tidak ada manusia yang inginkan sebegini.

Jika anda mempunyai plan atau rancangan terhadap karier anda, anda ingin menjadi akauntan, jurutera, bisnesman, dan lain-lainnya lalu bagaimana dengan plan pernikahan anda? Anda berfikir panjang untuk merancang karier anda agar masa depan yang anda impikan akan membuahkan kebahagiaan, begitu juga dengan pernikahan. Pernikahan yang bakal anda jalani, pastilah sepanjang perjalanan hidup berumah tangga hanya kebahagiaan yang senantiasa hadir.

Untuk mendapatkan pasangan yang akan mengemudi bahtera rumah tangga yang bahagia, semuanya berpangkal pada awal pernikahan mulai dari langkah mencari pasangan. Anda perlu tahu dari mana anda ingin mendapatkan isteri yang solehah dan suami yang soleh, anda perlu tahu apa ciri-ciri soleh dan solehah. Suami atau isteri yang solehah tidak akan kita jumpai di tepi-tepi jalan, melepak atau bergaul yang tidak ada batasan, tidak menjaga auratnya dan malas menunaikan ibadah, apalagi yang malas menuntut ilmu agama.

Pendek kata, anda perlu mempunyai ilmu sebelum anda mendirikan rumah tangga. Ilmu tentang kewajipan sebagai suami atau isteri, ilmu untuk mencari isteri yang solehah atau suami yang soleh yang semuanya itu bersumber dari al-Kitab dan as-sunnah. Apabila benar kefahaman anda tentang selok belok rumah tangga yang telah anda kerahkan seluruh tenaga anda untuk mencarinya, barulah anda mencapai kebagiaan untuk dunia anda. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
“Tiga perkara termasuk kebahagiaan seorang anak Adam dan tiga perkara yang termasuk keburukan baginya. Termasuk kebahagiaan seorang bani Adam adalah memiliki isteri yang solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik. Dan termasuk keburukan bagi seorang bani Adam adalah memiliki isteri yang buruk, tempat tinggal yang buruk dan kenderaan yang buruk.” (HR Ahmad dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqash)
Anda tidak akan mendapat suami atau isteri yang soleh jika anda sendiri tidak soleh. Begitu juga anda tidak akan mengenal erti soleh kalau anda sendiri tidak belajar apa ertinya soleh. Anda inginkan isteri yang soleh, makanya anda terlebih dahulu yang perlu menjadi soleh, bertaqwa..barulah nanti Allah tetapkan untuk anda pasangan yang sepadan yang sama-sama saling memperingati untuk bertaqwa kepada Allah.

Allahu ta’ala A’lam


Comments :

0 comments to “050 - Merancang Pernikahan”