Makluman
Assalamualaikum, untuk makluman, kami telah berpindah ke http://maktabahonline.wordpress.com/, harap maklum.
055 - Berpindah
Abu Hurairah,055 - Belajar aqidah susah?
Abu Hurairah,Belajar aqidah susah?
“Apa ni belajar aqidah? Takde topik lain ke, asyik-asyik aqidah?, susahlah belajar aqidah!!” (Petikan kata-kata dari orang ramai)
Rasanya jika nak di-listkan seluruh subjek agama seperti fiqh, tafsir, hadis, aqidah, dakwah dan kemudian kita membuat undi antara banyak-banyak subjek di atas, mana yang paling susah nak faham, pastinya ramai yang memilih AQIDAH.
Betul ke belajar aqidah susah?
Adakah susah belajar untuk mengenal Allah? Kalau pun susah, apa yang kita akan lakukan jika sesuatu yang berharga itu hanya boleh didapati dengan menempuh jalan yang susah?
Baiklah, kita ‘terima’ dulu pendapat orang-orang yang mengatakan belajar aqidah susah. Semoga dengan beberapa dalil yang dikemukan dapat meringankan kesusahan mereka untuk belajar aqidah, insyaAllah.
Mari kita lihat dahulu definisi aqidah :
Iaitu perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram kerananya sehingga menjadi suatu keyakinan yang teguh dan kukuh yang tidak dicampuri dengan keraguan dan kebimbangan. (Intisari Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah ms. 34)
Keyakinan yang dimaksudkan di sini adalah keyakinan dengan Ketuhanan Allah (Rububiyah), Wajib menyembah Allah (Uluhiyah), dan nama dan sifat-sifat Allah (Asma Wa Sifat). Juga segala khabar yang datang dari al-Quran dan melalui lisan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Para sahabat Nabi dahulu, belajar aqidah dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam selama 23 tahun. Dari mula dakwah Nabi sehingga Nabi wafat. Setelah itu mereka mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan, Rabb yang mentadbir alam, yang menghidupkan dan mematikan, yang memberikan rezeki, makan dan minum kepada makhluk-Nya dan Dia pula yang berhak untuk ditakuti, berhak untuk diagungkan, dan berhak untuk mendapat pujian sebagai Ilaah (yang berhak disembah). Disebabkan semua ini mereka sanggup berjuang dengan Nabi sehinggakan sebahagian dari mereka syahid, mati di jalan Allah.
Inilah teladan generasi terbaik yakni para sahabat. Apa yang membuatkan mereka termotivasi sedemikian? Jawapannya kerana pengetahuan (makrifat) mereka terhadap Allah terlalu tinggi, keyakinan mereka terhadap kebenaran al-Quran, keyakinan mereka terhadap Islam, keyakinan mereka terhadap janji-janji Allah semuanya itu membuatkan mereka menempuh jalan ‘kesusahan’. Sehingga Allah memasukkan ke dalam hati mereka kecintaan pada iman dan kebencian pada kekufuran dan maksiat. Sebagaimana firman Allah :
“tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,” (QS. al-Hujurat 49:7)
Imam al-Baghawi berkata di dalam tafsirnya ayat:
menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan: yakni Allah menjadikan kamu cinta kepada agama,
menjadikan keimanan itu indah: yakni memperelokkan (iman),
indah di dalam hatimu: sehingga kamu memilihnya dan kamu mentaati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. (Tafsir al-Baghawi 7/339)
Jika benarlah sedemikian susahnya belajar ilmu aqidah ini, maka saya memilih jalan yang susah ini untuk mencapai derajat seperti para sahabat radiyallahu ‘anhum ajma’in -bi iznillahi ta'ala-.
Syaikh Abdul Hamid al-atsary berkata : Ayat-ayat al-Quran yang turun di Makkah selama 13 tahun menerangkan tentang permasalahan yang sama tidak lagi berubah, yaitu masalah aqidah dan tauhid kepada Allah Ta’ala serta ibadah kepada-Nya. Berangkat dari aqidah dan kepentingannya, maka Nabi di Makkah tidak menyeru kecuali hanya kepadanya, dan senantiasa mendidik para sahabatnya di atas aqidah tersebut. (Intisari Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah ms. 63)
Oleh kerana mereka terdidik dengan aqidah yang diajarkan oleh nabi selama 13 tahun dan melalui subjek yang ‘susah’ ini, Allah memuji dan menjadikan iman itu indah di dalam hati mereka. INILAH YANG PALING BERHARGA!
Kalau ada yang berkata susah untuk memahami aqidah, maka tidak keterlaluan untuk kita katakan orang ini pembohong!! Sebab aqidah yang diajarkan oleh Nabi sangat mudah untuk dicerna, semuanya berasaskan kepada al-Quran dan hadis. Mustahil Allah menurunkan sesuatu yang susah untuk difahami. Firman Allah “Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah” (QS. Thahaa 20:2)
“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” (QS. al-Qamar 54:17)
Mungkin yang dimaksudkan adalah susah dari segi memahami istilah dan perbahasan-perbahasan, yang perlu dimulai dengan menerangkan beberapa contoh atau pengenalan untuk memudahkan pemahaman.
bersambung....

Labels:
Aqidah Ahlu Sunnah
054 - 3 Perkara Yang Wajib
Abu Hurairah,3 Perkara Yang Wajib
Harta yang dikumpulkan boleh habis dalam beberapa saat. Perut yang diisi dengan pelbagai makanan akan terasa lapar kembali setelah beberapa jam. Semuanya tidak kekal. Saat, jika dikumpulkan akan menjadi minit. Minit, jika dikumpulkan akan mejadi jam. Jam jika dikumpulkan akan menjadi hari, hari jika dikumpulkan akan menjadi minggu. Minggu jika dikumpulkan akan menjadi bulan. Bulan jika dikumpulkan akan menjadi tahun. Tahun jika dikumpulkan akan menjadi umur. Setelah sampai umur yang ditetapkan, maka manusia akan mati.
Catatan rekod tertinggi bagi umur manusia yang tertua pada abad ke-20 setakat ini adalah 120 tahun. Apa yang dapat lakukan dengan umur yang sedemikian?
Itulah ‘flow’ perjalanan kehidupan setiap manusia. Dari saat hingga ke tahun. Dari bayi hingga ke dewasa kemudian tua dan akhirnya mati. Mati bukan perkara mainan. Ia adalah penentu syurga atau neraka anda. Kebahagiaan atau kesengsaraan anda di akhirat kelak. Bagi orang-orang yang beriman dengan hari akhirat, dengarkan nasihat ini.
Setiap manusia akan mati. Tidak ada yang immortal (kekal abadi). Firman Allah
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati” (QS. ali-Imran 3:185)
Sebelum anda mati, anda perlu tahu kewajipan anda sebagai manusia, merangkap hamba Allah. Anda perlu tahu bahawa ada beberapa hal yang Allah diwajibkan ke atas anda. Kewajipan untuk mengenal Allah, mengenal Rasul-Nya dan juga mengenal agama Islam ini. Inilah kewajipan anda selaku hamba Allah.
Hal ini disimpulkan oleh Al-Imam Muhammad Bin Abdul Wahab di mana beliau berkata :
Kewajipan yang kedua adalah mengenal Rasulullah. Iaitu mengenal peribadi dan sunnah beliau yang suci. Ilmu yang kita pelajari tentang peribadi dan sunnah-sunnah beliau akan menuntun kita untuk mentaati, ittiba’ (mengikuti) dan mencintai beliau, inilah penyelamat diri kita dari neraka dan khabar gembira sebelum ke syurga.
Kewajipan yang ketiga adalah mengenal agama Islam dengan dalil-dalilnya. Dan ini merupakan panduan bagi kita tentang halal dan haram. Apa yang Allah halalkan pasti memiliki manfaatnya dan begitu juga yang diharamkannya. Contoh, arak haram sebab ia memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran. Menyembah kubur adalah haram kerana menyamakan kedudukan makhluk dengan Allah, sedangkan Allah tidak mempunyai tandingan. Begitu juga dengan contoh-contoh lainnya.
Inilah tujuan utama kita hidup di dunia. Mengenal Allah, Rasul dan agama Islam. 5 poin rukun Islam dan 6 poin rukun iman termasuk di dalam 3 kewajipan di atas.
Anda mempunyai 24 jam dalam satu hari. 8 jam anda peruntukkan untuk bekerja dan 6 jam lagi untuk tidur. Bakinya masih ada 10 jam. Katakanlah jika anda seorang yang sibuk, sehingga seluruh masa anda diperuntukkan untuk urusan dunia anda, mencari rezeki, menyidai pakaian, mencuci baju, membeli ikan, menunggu bas untuk pulang ke rumah dan lain-lain. Namun apakah masih tidak ada 1, 2 minit untuk mendengar nasihat?
Jika dahulu di zaman Rasulullah, para sahabat boleh beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dalam masa dua minit setelah mendengar nasihat/ucapan baginda. Apatah lagi keadaan mereka setelah masa berjam-jam dan berhari-hari yang mereka peruntukkan untuk mendengar nasihat Rasulullah tentang tujuan utama kehidupan ini.
Anda, apa yang anda lakukan?
Sungguhpun para sahabat telah mendapat jaminan syurga, mereka masih berpusu-pusu mencari dan belajar tentang agama ini, belajar aqidah, sunnah, syariat Islam, halal dan haram. Mereka datang kepada nabi dan bertanya, “Ya Rasulullah bolehkah saya mengamalkan ini?”
Ya rasulullah, apakah itu iman, apa itu ikhlas, adakah saya termasuk ahli syurga, Ya Rasulullah ini apa, itu apa? Dan lalin-lain lagi pertanyaan.
Begini semangatnya orang-orang yang cintakan Allah dan rasul-Nya. Mau belajar tentang agama mereka. Jika dibandingkan dengan keadaan manusia zaman sekarang, jangankan belajar dengan guru, membaca pun malas. Adakah ilmu anda sudah mencapai derajat ulama? Adakah anda sudah mendapat kepastian pasport ahli syurga?
Anda tahu tempat anda setelah mati nanti di mana?
Untuk mengenal tujuan utama kehidupan ini, anda perlu belajar, menuntut ilmu, bertanya. Setelah kematian nanti, anda tidak boleh berhujah dengan Allah “saya tidak tahu hukum ini adalah haram, maka kembalikan saya ke dunia”. Setelah saat ini, tidak ada lagi bantahan terhadap Allah. Penyesalan di saat ini tidak berguna lagi.

Dan ketahuilah, bahwa wajib bagi setiap muslim dan muslimah untuk mempelajari dan mengamalkan ketiga perkara ini :Kewajipan yang pertama adalah tauhid, itulah yang dipanggil ilmu aqidah, jalan mengenal Allah. Tauhid yang paling sempurna hanya dimiliki oleh orang-orang yang belajar ilmu aqidah baru kemudian mereka benar-benar mengenal Allah.
1.Bahwa Allah-lah yang menciptakan kita dan yang memberi rizki kepada kita. Allah tidak membiarkan kita begitu saja dalam kebingungan, tetapi mengutus kepada kita seorang rasul, maka barangsiapa mentaati rasul tersebut pasti akan masuk surga dan barangsiapa menyalahinya pasti akan masuk neraka. Allah Ta'ala berfirman : Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (hai orang kafir Mekah) seorang Rasul, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus (dahulu) seorang Rasul kepada Fir'aun. Maka Fir'aun mendurhakai Rasul itu, lalu Kami siksa dia dengan siksaan yang berat.(QS. Muzammil 73:15-16)
2.Bahwa Allah tidak rela, jika dalam ibadah yang ditujukan kepada-Nya, Dia dipersekutukan dengan sesuatu apapun, baik dengan seorang malaikat yang terdekat atau dengan seorang nabi yang diutus menjadi rasul. Allah Ta'ala berfirman : Dan sesungguhnya mesjid-mesjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah. (QS. al-Jinn 72:18)
3.Bahwa barangsiapa yang mentaati Rasulullah serta mentauhidkan Allah, tidak boleh bersahabat dengan orang-orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, sekalipun mereka itu keluarga dekat. Allah Ta'ala berfirman : "Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang memusuhi Allah danRasul-Nya, sekalipun orang itu bapak-bapak, atau anak-anak, atau saudara-saudara, ataupun keluarga
mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah mantapkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari-Nya dan mereka akan dimasukkan-Nya ke dalam surga-surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha kepada mereka dan mereka pun ridha kepada-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung".(Al-Mujaadalah : 22). (Dinukil dari Ushul Tsalatsah, untuk mendapatkan detailnya, silakan rujuk kitab asal ini kerana banyak manfaat yang boleh diperoleh darinya)
Kewajipan yang kedua adalah mengenal Rasulullah. Iaitu mengenal peribadi dan sunnah beliau yang suci. Ilmu yang kita pelajari tentang peribadi dan sunnah-sunnah beliau akan menuntun kita untuk mentaati, ittiba’ (mengikuti) dan mencintai beliau, inilah penyelamat diri kita dari neraka dan khabar gembira sebelum ke syurga.
Kewajipan yang ketiga adalah mengenal agama Islam dengan dalil-dalilnya. Dan ini merupakan panduan bagi kita tentang halal dan haram. Apa yang Allah halalkan pasti memiliki manfaatnya dan begitu juga yang diharamkannya. Contoh, arak haram sebab ia memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran. Menyembah kubur adalah haram kerana menyamakan kedudukan makhluk dengan Allah, sedangkan Allah tidak mempunyai tandingan. Begitu juga dengan contoh-contoh lainnya.
Inilah tujuan utama kita hidup di dunia. Mengenal Allah, Rasul dan agama Islam. 5 poin rukun Islam dan 6 poin rukun iman termasuk di dalam 3 kewajipan di atas.
Anda mempunyai 24 jam dalam satu hari. 8 jam anda peruntukkan untuk bekerja dan 6 jam lagi untuk tidur. Bakinya masih ada 10 jam. Katakanlah jika anda seorang yang sibuk, sehingga seluruh masa anda diperuntukkan untuk urusan dunia anda, mencari rezeki, menyidai pakaian, mencuci baju, membeli ikan, menunggu bas untuk pulang ke rumah dan lain-lain. Namun apakah masih tidak ada 1, 2 minit untuk mendengar nasihat?
Jika dahulu di zaman Rasulullah, para sahabat boleh beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dalam masa dua minit setelah mendengar nasihat/ucapan baginda. Apatah lagi keadaan mereka setelah masa berjam-jam dan berhari-hari yang mereka peruntukkan untuk mendengar nasihat Rasulullah tentang tujuan utama kehidupan ini.
Anda, apa yang anda lakukan?
Sungguhpun para sahabat telah mendapat jaminan syurga, mereka masih berpusu-pusu mencari dan belajar tentang agama ini, belajar aqidah, sunnah, syariat Islam, halal dan haram. Mereka datang kepada nabi dan bertanya, “Ya Rasulullah bolehkah saya mengamalkan ini?”
Ya rasulullah, apakah itu iman, apa itu ikhlas, adakah saya termasuk ahli syurga, Ya Rasulullah ini apa, itu apa? Dan lalin-lain lagi pertanyaan.
Begini semangatnya orang-orang yang cintakan Allah dan rasul-Nya. Mau belajar tentang agama mereka. Jika dibandingkan dengan keadaan manusia zaman sekarang, jangankan belajar dengan guru, membaca pun malas. Adakah ilmu anda sudah mencapai derajat ulama? Adakah anda sudah mendapat kepastian pasport ahli syurga?
Anda tahu tempat anda setelah mati nanti di mana?
Untuk mengenal tujuan utama kehidupan ini, anda perlu belajar, menuntut ilmu, bertanya. Setelah kematian nanti, anda tidak boleh berhujah dengan Allah “saya tidak tahu hukum ini adalah haram, maka kembalikan saya ke dunia”. Setelah saat ini, tidak ada lagi bantahan terhadap Allah. Penyesalan di saat ini tidak berguna lagi.
Labels:
Aqidah Ahlu Sunnah,
Tazkiyatun Nafs
053 - Indah
Abu Hurairah,Semua orang ingin memiliki keindahan. Tidak ada manusia yang mau menolak keindahan. Keindahan paras rupa, penampilan, harta yang dimiliki dan segala sesuatu yang menjadi hak kita maka kita inginkan ia menjadi indah.
Tidak kira samada indah pada pandangan mata kepala sendiri atau orang lain. Ada orang yang cuba mengekalkan keindahan rupa parasnya dengan menjaga wajahnya dari jerawat, bintik-bintik hitam, parut dan sebagainya, maka mereka merawat wajah mereka dengan losyen, atau pencuci muka supaya wajahnya kelihatan indah. Mereka membuat jadual rutin supaya mereka mempunyai masa untuk melakukan koreksi (pembetulan), mengkaji punca-punca yang dapat mencacatkan keindahan rupa parasnya. Begitulah keadaan setiap manusia, mereka ingin dilihat indah dan merasakan terus keindahan tersebut di dalam diri mereka.
Namun bagaimana dengan keindahan akhlak? Sudahkah kita menjaga, merawat dan membuat jadual khas? Jika dibandingkan keindahan rupa paras atau harta dengan akhlak yang baik, di antara dua benda ini mana yang dapat memuliakan darjat kita di sisi Allah. Bukankah Allah telah berfirman
“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.” (QS. al-Hujurat 49:13)
Maka pasti jawapannya adalah keindahan akhlak.
Orang yang bertaqwa adalah orang yang mempunyai akhlaq yang indah. Tidak ada orang yang bertaqwa itu terdiri dari orang yang jelek akhlaknya. Akan tetapi mereka memiliki keindahan akhlak kerana itu mereka mulia di sisi Allah.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta kalian, akan tetapi Dia melihat hati dan amal kalian” (HR Muslim dari sahabat Abu Hurairah, no. 2564)
Hati yang baik lahir dari akhlak yang indah, itulah yang menjadi perhitungan di sisi Allah. Bukannya banyak harta dan rupa paras yang elok. Akan tetapi hal ini tidaklah dicela jika kita mempunyai wajah dan harta selagi mana ia masih dalam aturan syariat Allah.
Keindahan dan kemuliaan adalah 2 perkara yang saling terkait. Satu dengan yang lain saling memerlukan. Apabila indah sesuatu itu, maka sudah pasti ia akan dimuliakan.
Anda ingin nampak indah di mata sendiri dan juga orang lain, namun sejauh mana anda indah di sisi Allah?
Labels:
akhlaq
052 - Soal Jawab Iman
Abu Hurairah,Soal Jawab Iman
Oleh: Syaikh Muhammad Ibn Shalih al-Utsaimin
Kalau ada yang bertanya : Mana dalil yang menunjukkan bahawa iman meliputi keyakinan di dalam hati, perbuatan dengan anggota badan dan ucapan dengan lisan?
Kami menjawab : Nabi bersabda “Iman adalah hendaknya kamu beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, Hari Akhir dan taqdir baik dan yang buruk” (HR Muslim)
Ini adalah ucapan hai. Adapaun perbuatan hati, lisan dan anggota badan; maka dalilnya sabda Nabi shallallahu 'alaihiwa sallam,
Iman terdiri dari 70 cabang, yang tertinggi adalah ucapan La Ilaaha Ilaa Allah, yang terendah adalah menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan dan rasa malu adalah salah satu cabang iman.” (HR Muslim)
Ini adalah penjelasan tentang perkataan lisan dan perbuatannya sekaligus perbuatan anggota badan, sedangkan rasa malu adalah perbuatan hati, iaitu perasaan hati yang tidak mati yang dialami seseorang pada saat menghadapi sesuatu yang membuatnya malu.
Dengan ini jelaslah bahwa iman menurut syariat mencakup semua itu. Hal ini didukung oleh firman Allh :
“Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu” (QS. al-Baqarah 2:143)
Ahli tafsir berkata; yakni solatmu ke Baitul Maqdis, Allah menamakan solat dengan iman padahal ia adalah perbuatan dengan anggota badan, perbuatan hati dan perkataan lisan. Inilah akidah ahlu sunnah wal jamaah.
Dinukil dari Syarah Aqidah at-Thahawiyah ms. 536 terbitan Pustakan Sahifa, Indonesia

Langgan:
Catatan (Atom)