Allah Meliputi Segala Sesuatu
Di antara cabang keimanan itu antaranya ialah mengimani sifat-sifat Allah kerana Allah Ta’ala telah menyebutkannya di dalam kitab-Nya yang mulia. Allah mengkhabarkan bahawasanya Dia berada di atas makhluk-Nya dan juga Dia meliputi segala sesatu sebagaimana firman-Nya
“Ingatlah bahwa sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu.” (Fushshilat 41:54)
Kami cuba menerangkan secara ringkas –dengan pertolongan dari Allah- tentang makna al-Muhith.
Firman Allah
“padahal Allah mengepung mereka dari belakang mereka”(QS. al-Buruj 85:20)
“Ingatlah bahwa sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu.” (Fushshilat 41:54)
“Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah (pengetahuan) Allah Maha Meliputi segala sesuatu.”(QS. an-Nisaa’ 4:126)
Ibnu Abil Izz al-Hanafi di dalam Syarah Aqidah Ath-Thahawiyah ketika mensyarahkan poin, "Allah tidak memerlukan 'Arsy" , beliau menyebutkan bahawa :
Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas :
Allahu a'lam
Maraji'
1) Tahdzib Syarah Aqidah ath-Thahawiyah Syaih Abdul Akhir Ghunaim terbitan Pustaka At-Tibyan
2)Syarah Aqidah ath-Thahawiyah lil Ibnu Abil Izz al-hanafi (Maktabah Syamilah)
3) Tafsir Thabari (Maktabah Syamila)
4) Syarah Risalah Tadmuriyah (Maktabah Syamilah)

arti Allah itu meliputi segala sesuatu bukan bererti Allah itu ibarat orbit peredaran di mana seluruh makhluk termasuk di dalam diri-Nya yang maha Suci. Sungguh maha suci Allah daripada semua itu.Inilah penjelasan ulama salaf tentang makna محيط.
Tapi apa yang dimaksudkan adalah meliputi dalam maknaإحاطة عظمته، وسعة علمه وقدرته، وأنها بالنسبة إلى عظمته كالخردلة
keagungan, keluasan, ilmu dan kekuasaan. Sesungguhnya segala makhluk itu apabila dibandingkan dengan keagungan-Nya ibarat sebutir biji sawi.
Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas :
Tujuh lapis langit, tujuh lapis bumi berikut seluruh yang ada di dalam keduanya, di sisi Allah tidak ubahnya seperti biji sawi yang ada di tangan salah seorang diantaramu. (Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir di dalam tafsirnya surah az-Zumar ayat 67. Berkata Syaikh Sulaiman Abdullah di dalam kitabnya Ibthalul Tandid “Dan sanad hadis ini adalah sahih”. Hadis ini hanya terhenti (mauquf) kepada Ibnu Abbas sebagaimana yang disebutkan di dalam Syarah Risalah Tadmuriyah)Dan kemudian, al-Imam Ibnu Abil Izz berkata :
Dan sesuatu hal yang dimaklumi –namun Allah tetap memiliki sifat yang tidak dapat dianalogikan-, bahawa jika salah seorang di antara kjta memiliki sebutir biji sawi, kalau dia mahu, boleh saja dia menggenggamnya sehingga biji sawi tersebut tergenggam ditelapak tangannya atau kalau dia mahu, dia juga dapat meletakkannya di bawah tangannya. Dalam dua keadaan ini biji sawi tersebut tetap terpisah darinya, dia tetap lebih tinggi dari biji sawi itu dan mengatasinya ditinjau dari sudut manapun. Lalu bagaimana dengan yang Maha Agung, yang keagungan-Nya tidak dapat diliputi dengan kriteria yang bagaimanapun.Bukanlah bererti perkataan Muhith itu adalah bahawasanya Allah itu meliputi bersama makhluknya seperti makna, Allah wujud di mana-mana. Maha Suci Allah daripada yang disangkakan oleh sebahagian orang yang menyimpang. Akan tetapi makna muhith itu adalah “Ilmu, kekuasaan, keagungan Allah yang meliputi segala sesuatu”.