028- Orang Mukmin Tercipta Penuh Cubaan

Orang Mukmin Tercipta Penuh Cubaan

Oleh

Syaikh Ali bin Hasan bin Ali bin Abdul Hamid Al-Halaby

Terdapat riwayat yang shahih bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Sesunguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cubaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat". [Silsilah Hadits Shahih No. 2276].

Hadist ini merupakan hadits yang menjelaskan sifat-sifat orang mukmin, sifat-sifat yang senantiasa menampal dan menyatu dengan diri mereka, tidak pernah lepas hingga seolah-olah pakaian yang selalu dipakai pada tubuh mereka dan tidak pernah terjauhkan dari mereka.

Mufattan
Artinya : "Orang yang diuji (diberi cubaan) dan banyak ditimpa fitnah. Maksudnya : (orang mukmin) adalah orang yang waktu demi waktu selalu diuji oleh Allah dengan balaa' (bencana) dan dosa-dosa". [Faid-Qadir 5/491].

Dalam hal ini fitnah (cobaan) itu akan meningkatkan keimanannya, memperkuat keyakinannya dan akan mendorong semangatnya untuk terus menerus berhubungan dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala, sebab dengan kelemahan dirinya, ia menjadi tahu betapa Maha Kuat dan Maha Perkasanya Allah, Rabb-nya.

Menurut sebuah riwayat dalam shahih Bukhari dan shahih Muslim, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Perumpamaan orang mukmin ibarat sebatang pokok yang lentur diombang-ambing angin, kadang hembusan angin menumbangkannya, dan kadang-kadang meluruskannya kembali. Demikianlah keadaannya sampai ajalnya datang. Sedangkan perumpamaan seorang munafik, ibarat sebatang pokok yang kaku, tidak berubah (tetap pendiriaannya) oleh terpaan apapun hingga (ketika) tumbang, (tumbangnya) sekaligus". [Bukhari : Kitab Al-Mardha, Bab I, Hadist No. 5643, Muslim No. 7023, 7024, 7025, 7026, 7027].

Ya, demikianlah sifat seorang mukmin dengan keimanannya yang benar, dengan tauhidnya yang bersih dan dengan sikap iltizam (komitmen)nya yang sungguh-sungguh.

Tawaab Nasiyy
Artinya : "Orang yang bertaubat kemudian lupa, kemudian ingat, kemudian bertaubat". [Faid-Al Qadir 5/491].

Seorang mukmin dengan taubatnya, berarti telah mewujudkan makna salah satu sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala, yaitu sifat yang terkandung dalam nama-Nya : Al-Ghaffar (Dzat yang Maha Pengampun). Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal shalih, kemudian tetap di jalan yang benar". [QS. Thaha 20: 82].

Apabila Diingatkan, Ia Segera Ingat.
Artinya : "Bila diingatkan tentang ketaatan, ia segera bergegas melompat kepadanya, bila diingatkan tentang kemaksiatan, ia segera bertaubat daripadanya, bila diingatkan tentang kebenaran, ia segera melaksanakannya, dan bila diingatkan tentang kesalahan ia segera menjauhi dan meninggalkannya".

Ia tidak sombong, tidak besar kepala, tidak bangga diri dan tidak tinggi hati, tetapi ia rendah hati kepada saudara-saudaranya, lemah lembut kepada sahabat-sahabatnya dan ramah tamah kepada teman-temannya, sebab ia tahu inilah jalan Ahlul Haq (pengikut kebenaran) dan jalannya kaum mukminin yang solihin.

Terhadap dirinya sendiri ia berbatin jujur serta berpenampilan luhur, sedangkan terhadap orang lain ia berperasaan lembut dan berahlak mulia, bersuri tauladan kepada insan teladan paling sempurna yaitu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, yang telah diberi wasiat oleh Rabb-nya dengan firman-Nya :

"Artinya : Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka .....". [QS. Ali Imran 3: 159]

Inilah sifat seorang mukmin. Ini pula jalan hidup serta manhaj perilakunya.

[Majalah Al-Ashalah edisi 15, Th III 15 Dzul Qa'dah 1415H]

[Disalin dari Majalah As-Sunnah edisi 07/th III/1419-1998, Penerbit Yayasan Lajnah Istiqomah, Jl Solo-Purwodadi Km.8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183]

Dicopy dari http://www.almanhaj.or.id/ dengan sedikit olahan bahasa

027- Dialog Bersama Seorang Atheis

Dialog bersama atheis

Saya pernah bertemu dengan seorang kawan yang berfahaman atheis. Dia bertanyakan banyak hal yang saat itu saya sukar untuk menjawab kerana kesuntukan waktu (saat pertama di rumahnya di tengah malam dan yang kedua ketika sedang menunggu bas). Di sini saya rasa perlu untuk menjawap beberapa syubhat (hal-hal yang samar) yang saya rasa dapat menggugat keimanan seorang muslim yang kurang perhatiannya terhadap al-Quran dan sunnah.

Poin yang pertama : Tuhan tidak wujud

Pernyataan :
Sebahagian atheis beranggapan bahawa alam ini tercipta dengan sendiri tanpa ada pengaturnya. Mereka mengatakan alam ini berada dalam keadaan semula jadi.

Jawapan :
Jika memang demikian keadaannya, kita berhujah. Cuba perhatikan kerusi meja dan segala macam peralatan yang ada, apakah ia tercipta dengan sendiri atau ada yang mencipta? Pasti mereka akan mengatakan ada yang mencipta. Lalu kita katakan, “Begitu juga dengan alam ini, ia tercipta dengan peraturan yang sangat hebat. Lihat langit yang biru, adakalanya hujan dan adakalanya tidak. Siapa yang mengaturnya? Jika dalam dunia elektronik, seseorang itu akan sedar bahawa segala alat yang ada pasti ada yang memprogramkannya, begitu juga alam ini pengaturnya adalah Allah”.

“Lihat matahari, tidak selamanya ia cerah, ada masa ia mendung dan ada masa ia cerah. Dan ia terbit dari timur ke barat, dan belum ada lagi sejarah yang mengatakan matahari tidak timbul melainkan ianya dalam keadaan mendung, siapa pengaturnya? Pasti Allah Ta’ala, inilah yang kami imani.”

Saya membawakan satu riwayat dari Imam Abu Hanifah, saat beliau didatangi oleh beberapa orang dari kaum atheis lalu mereka berkata kepadanya : “
Tetapkan kepada kami tentang adanya Allah?
Imam Abu Hanifah menjawap : Sesungguhnya aku berfikir sebuah kapal yang berlabuh menuju tepian pelabuhan Dijlah, sementara di atas kapal tersebut terdapat banyak sekali barang-barang yang dibawa. Maka diturunkanlah barang-barang tersebut tanpa ada yang membawanya turun (ke pelabuhan) dan kemudian kapal tadi berpaling meninggalkan pelabuhan tanpa ada nakhodanya (yang membawa).”
Maka orang-orang tadi berkata : “Bagaimana kamu boleh berkata seperti itu? Sesungguhnya hal itu tidalah dapat diterima aqal dan kami tidak akan membenarkannya”
Kemudian beliau menjawab : Apabila kalian tidak membenarkan hal semacam ini, lalu bagaimana kalian dapat membenarkan matahari, bulan, bintang-bintang, langit dan bumi semuanya, bagaimana mungkin kalian membenarkan itu semua ada dengan sendirinya tanpa ada yang mengadakannya?? (Dinukil dari buku Tarbiyah Imaniyah Jibril, syarah kepada hadis Jibril oleh Syaikh Utsaimin)
Allah Ta’ala sendiri di dalam al-Quran telah membantah syubhat para atheis ini melalui firman-Nya : Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)? (QS. at-Thur 52:35)

Ayat ini menunjukkan kaedah bahawa, kita menyoal kembali kepada para atheis, apakah mereka yang menciptakan segala sesuatu atau segala sesuatu itu diciptakan. Hal ini tidak dapat mereka ingkari, kerana telah ada dalam diri mereka itu fitrah, iaitu mengakui bahawasanya Allah lah yang menciptakan segala sesuatu sebagaimana firman-Nya : Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", niscaya mereka menjawab: "Allah (QS. az-Zumar 39:38)

Jika seorang muslim tidak menguasai dalil-dalil tentang penghujatan ke atas para atheis, pasti dia akan dikalahkan oleh hujah aqal mereka, paling tidak pun dia akan buntu dengan jawapan yang sepatutnya.

Ketika berdialog, dia (kawan saya) menerima hakikat bahawa alam ini ada pencipta namun dia tidak mengetahui bahawa itu adalah AllahTa’ala sebaliknya dia menyatakan bahawa yang menciptakan alam ini adalah suatu kuasa. Di sini saya dapat melihat sisi kelemahannya, seorang atheis yang bercampur dengan fahaman Buddha. Kerana dia mendakwa bahawa selepas kita mati maka kita akan menjelma sebagai jiwa yang lain pada kehidupan yang akan datang.

Di sini saya hanya mampu menanamkan padanya bahawa hakikat alam ini memiliki pencipta.

Poin kedua : Tuhan tidak wujud, kerana jika Tuhan wujud maka tidak akan ada ketidak adilan.

Jawapan :
Masuk pada fase yang kedua, saya cuba untuk memberikan keyakinan padanya bahawa al-Quran adalah datang dari Allah, Dia telah mengkhabarkan segala sesuatu agar kita ini hanya menyembah pada Allah. Dan inilah hakikat kebenaran, jika seandainya hakikat ini diterima oleh semua orang, pasti tidak akan wujud dalam hatinya pembangkangan terhadap Allah sehingga keluar kata-kata seperti di atas, bahawasany Allah tidak adil.

Apa yang dapat saya lihat di sini ialah, rusaknya pemahaman adil pada fikiran kawan saya. Di mana dia memposisikan neraca ‘adil’ dengan aqalnya. Jadi segala perkara yang nampak tidak adil pada aqalnya, maka ia dihukumi dengan tidak adil. Kesilapan saya saat itu adalah terperangkap dalam neraca ke’adilan’ versi aqalnya sehinggakan saya gagal memberikan jawapan yang munasabah untuk dicerna aqalnya.

Dia menyoal : andaikan ada 2 orang yang saling bergaduh. Dan keduanya membawakan kes ini ke mahkamah lalu dibicarakan. Dua orang tadi pasti saling meminta tolong kepada Tuhan, dan Tuhan mendengar permohoan dua pihak tadi. Namun hukum alam menetapkan, apabila satu-satu kes dibincangkan, pasti akan ada satu pihak sahaja yang kalah dan satu yang menang. Tidak akan terjadi dua-dua kalah dan dua-dua menang.
Jadi orang yang kalah telah dizalimi oleh Tuhan, kerana Tuhan tidak memberikan kepadanya kemenangan tetapi memberikan kemenangan kepada pihak yang satu lagi. Nah di sini syubhat yang ditimbulkan. Kita sebagai seorang Islam mengimani bahawa Tuhan iaitu Allah Azza Wa Jalla bersifat dengan sifat yang adil, dan tidak mungkin Dia menzalimi hamba-Nya.

Lihat firman-Nya : Dan Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang selalu menganiaya diri mereka sendiri, (QS. an-Nahl 16:33)

Cuba perhatikan logika yang dibuat oleh kawan saya tadi, dia mengatakan jika ada 2 orang yang bergaduh…di sini kita dapat mengesan bahawa orang yang menimbulkan pergaduhanlah yang telah menzalimi diri mereka sendiri. Jika dia berdoa kepada Tuhan lalu Tuhan menolak, maka pasti dia akan mencela dan mengatakan Tuhan tidak adil. Jika dia mendapat kemenangan walaupun dia telah berlaku zalim, maka inilah yang dikatakan sebagai istidraj. Iaitu agar orang ini jauh lebih tersesat dari kebenaran. Perkara ini yang tidak dapat dicerna oleh kawan saya tadi, sehinggakan dia merasakan Tuhan tidak adil.

Orang yang melakukan kesilapan akan dihukum di akhirat kelak, inilah yang diimani oleh kami, namun kawan saya pula menyatakan orang ayng banyak melakukan kesalahan akan dihidupkan dalam keadaan yang hina pada kehidupan yang akan dating. Saya bertanya kembali, apa bukti kamu. Dia tidak memberikan jawapan. Inilah bentuk kebodohan mereka yang jelas iaitu mengikuti sesuatu yang tidak ada dasar dan hujah. [selesai pembicaraan kami tanpa ada kesimpulan yang nyata antara saya dan dia]

Jawapan yang berbentuk logika ini merupakan terjemahan dari firman Alllah surah an-Nahl 33 bahawa Allah bersifat dengan sifat yang adil, tidak menzalimi hamba-Nya. Kemudian kesenangan yang dimiliki oleh orang yang ingkar itu semua adalah azad bagi mereka merupakan terjemahan dari ayat 48 surah Hud : Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami."

Inilah yang kami imani. Mengapa? Kerana kami menyedari dan mengatahui bahawa Allah adalah Dzat yang menciptakan alam ini dan Dia pula yang mengaturnya. Dan Dia telah mengutuskan seorang Rasul kepada mereka mengkhabarkan Laa Ilaaha Illaa Allah (Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah). Inilah dasar aqidah seorang muslim, apabila dia mengetahui bahawa Allah tidak ada tandingan-Nya. Tidak ada yang menyamai-Nya, tidak ada yang dapat menandingi-Nya dan haq penyembahan adalah untuk-Nya mengikut sayriat-Nya. Semuanya itu diajarkan oleh Rasulullah di dalam hadisnya terjemahan kepada al-Quran.

Dan mengapa al-Quran itu benar? Kerana ia bukan buatan manusia, tidak pula buatan Muhammad. Tidak mengajarkan adab-adab orang arab, sebaliknya ia adalah kalamullah yang turun dari Allah. Tidak ada kesalahan di dalamnya. Bukti? Cubalah cari kesalahan yang terdapat di dalamnya jika ada.

Adakah Muhammad mengajak orang-orang untuk menyembahnya atau menyembah Allah yang haq? Apakah Muhammad meminta harta hasil dari dakwahnya atau dia menolak lalu mengatakan “hidup di dunia ini ibarat musafir” lalu beliau tidak mengambil barang sedikitpun kecuali sekadar keperluannya.

Inilah yang harus dimaklumi oleh sekalian muslim, iaitu Syahadah Laa Ilaaha Illaa Allah Muhammadur Rasulullah agar imannya tertancap kuat di dalam hatinya, lalu melahirkan tunas pokok dan kemudian membesar hingga memiliki beratus cabang dan mengeluarkan buahnya (hasilnya). Akarnya kalimat syahadah, pohonnya keimanan kepada Allah, cabangnya adalah akhlaq yang terwujud dari ucapan syahadah tadi dan buahnya di nikmati di akhirat kelak iaitu syurga.

Allahu a'lam

026 - Seminar Umat Islam Dikepung Dari Segala Penjuru

Seminar:
“Umat Islam Dikepung Dari Segala Penjuru”

Pembentang:
Ust. Abu Ihsan al-Atsary

(Pemantau/Panel Penterjemahan Pustaka Imam asy-Syafi’i)

Tempat:
Bangunan Pengajian al-Faqeh,

35-A, Jalan Cokmar 1, Taman Mutiara,
Bukit Raja, OFF Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor.

Tarikh:
09 Mei 2009 (Sabtu)

Masa:
9.00 pagi – 5.00 ptg.

Bayaran:
RM15.00 (Pendaftaran)
RM15.00 (Buku)

Urusan Pendaftaran:
Hubungi Adi Negara, 016-2091531.

Kandungan Seminar:

Topic-topic yang akan dibicarakan adalah berpandukan kepada sebuah buku tulisan Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali, berjudul “Umat Islam dikepung Dari Segala Penjuru”. Buku ini mengupas/mensyarahkan sebuah hadis, iaitu hadis dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

Hampir-hampir orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu dari segala penjuru sebagaimana orang-orang yang hendak makan (dalam keadaan yang sangat lapar) mengerumuni dulang yang berisi makanan. Dia (Tsauban) berkata: Kami (sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah adakah pada waktu itu jumlah kami sangat sedikit”. Jawab Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Tidak, pada waktu itu kamu berjumlah ramai/banyak. Akan tetapi kamu seperti buih banjir. Dan benar-benar Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa takut kepada kamu. Dan benar-benar Allah akan mencampakkan al-Wahn ke dalam hati-hati kamu”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn tersebut?” Nabi menjawab: “Mencintai dunia dan takut (membenci) kepada mati (akhirat)”. (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 5/278)

Di antara point-point yang dibicarakan adalah:

1 – Status hadis

2 – Permusuhan di antara orang-orang kafir. Namun, mereka boleh bersatu untuk menentang umat Islam.

3 – Wilayah umat Islam adalah sumber kebaikan dan keberkahan.

4 – Orang-orang kafir sentiasa berusaha merampas sumber-sumber dari bumi umat Islam.

5 – Orang-orang kafir melakukan angkara supaya umat Islam berpecah belah.

6 – Kekuatan Umat Islam bukan pada jumlah bilangan serta persenjataan.

7 – Orang kafir hilang rasa takut terhadap umat Islam.

8 – Kesan buruk dari perbuatan mencintai dunia.

9 – Orang-orang kafir tidak akan mampu memusnahkan umat Islam.

10 – Tashfiyah dan Tarbiyah adalah jalan membina semula kekuatan umat Islam.

[Ehsan dari al-Akh Nawawi Subandi]

025 - Sikap berhati-hati dalam menyampaikan hadits dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam -Siri Akhir-

Untuk akhirnya, saya menggariskan panduan kepada semua saudaraku yang dirahmati Allah tentang kaedah dalam menyampaikan hadits dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

Panduan dalam menyampaikan hadits

1. Dia tidak menyampaikan hadits palsu
2. Dia tidak bersangka-sangka (zhan) tentang hadits yang dibawanya
3. Mempunyai ingatan yang kuat
4. Tidak menambah dan membuat ringkasan sehingga merubah makna, hal ini hanya dapat dilakukan oleh orang yang ahli sahaja dalam bidang hadits ataupun orang yang mempunyai asas dalam ilmu hadits seperti sanad, matan, riwayat, jarh wa ta’dil dan semacamnya
5. Menyebut perawi hadits, minimum menyebutkan dari kitab mana dia mengambil hadits seperti Shahih Bukhari dan lainnya kecuali orang yang ahli dalam bidang ini tidak mengapa untuk tidak menyebut perawinya
6.Mengetahui derajat hadits yang dinukil
7. Mengambil hadits dari kitab-kitab muktabar yang telah diteliti haditsnya dan baru kemudian disampaikan
8. Tidak menyampaikan hadits dhaif kemudian berhujah untuk fadhailul a’mal (InsyaAllah akan ada pembahasannya di waktu yang akan datang, bi Iznillahi Ta’ala)
9.Menerima tahqiq hadits yang telah sah, contohnya apabila ada suatu hadits yang dibahasnya, lalu datang keterangan bahawa hadits tersebut adalah tidak shahih serta tidak boleh dijadikan hujah, makanya orang ini wajib menerima keterangan tersebut jika hujahnya itu kuat dan berdasarkan kaedah syar’ie

Panduan dalam mendengarkan hadits

1. Setelah dia mendengarkan hadits, wajib ke atasnya untuk meneliti kebenaran ucapan orang yang menyampaikan
2. Berhati-hati dalam menerima hadits, kerana para ulama hadits telah menukilkan bagaimana pemalsu-pemalsu hadits telah merusak Sunnah Nabi r. Berkata Hammad bin Zaid (seorang tabi’ut tabi’in yang terkemuka wafat pada tahun 190H) : “kaum zindiq telah memalsukan hadits atas nama Rasulullah r sebanyak 14,000 hadits (palsu/maudhu’).”
Ada seorang pendusta hadits Abdul Karim bin Awjaa' di zaman khalifah al-Mahdi di Bashrah pada tahun 160H, ketika saat ingin hendak dibunuh dia mengatakan ; “Demi Allah sesungguhnya aku telah memalsukan (hadits) pada kamu sebanyak 4000 hadits (palsu). Aku haramkan padanya perkara yang halal dan aku telah halalkan padanya perkara yang haram.”
Imam Nasai’e berkata : Para pendusta hadits yang terkenal berjumlah 4 orang : 1) Ibnu Abi Yahya di Madinah, 2) al-Waqidiy di Baghdad, 3) Muqatil bin Sulaiman di Khurasan, 4) Muhammad bin Said di Syam yang terkenal dengan sebutan Mashlub yakni orang yang mati disalib”. (Adh-Dhu’afaa Wal Matrukin ms. 310).

Berkata guru kepada Imam Malik (wafat tahun 148H) : ada seorang lelaki yang telah bertaubat dari bid’ahnya (kesalahannya) dia berkata; “Perhatikanlah hadits itu dari siapa kamu mengambilnya! Kerana kami dahulu , apabila berpendapat, kami jadikan pendapat kami itu sebagai sebagai hadits”

Berkata Abdullah bin Lahi’ah wafat tahun 174H, aku telah mendengar seorang Syaikh dari Khawarij yang telah bertaubat dia berkata : “Sesungguhnya hadits-hadits ini adalah agama kamu, maka perhatikanlah dari mana kamu mengambil agama kamu. Kerana kami dahulu ketika condong kepada satu urusan, maka kami jadikan urusan itu sebagai hadits (dia menjadikan bid’ahnya itu sebagai hadits palsu).” (Lihat kitab al-Madkhal ms. 51-59, al-Maudhu’aat 1/37-47, Majmu’ Fatawa 18/46 dll)
3. Mendengarkan hadits dari orang yang ahlinya, minimum orang itu mempunyai ilmu dalam menyampaikan hadits yang telah diteliti kesahihannya, ataupun dia seorang yang menyampaikan hadits dengan sanad dan matannya serta perawinya dan kemudian dia menyebutkan derajat hadits tersebut.

Kesimpulan

Semua panduan di atas tidaklah dapat dicapai kecuali dengan jalan menuntut ilmu, mungkin ini berat bagi orang yang malas, sedangkan di dalam Islam segala-galanya berkisar kepada apa yang dikatakan oleh al-Quran dan Sunnah, dan orang-orang yang bertaqwa sahaja yang bersungguh-sungguh dalam memahami ilmu untuk kebaikan agamanya.

Jika ada yang berkata, “ini kerja para ulama mengapa pula kita perlu menyibukkan diri dalam urusan ini?”. Maka kami katakan, Ya ini memang tugas ulama, dan tugas kita adalah menelaah kitab-kitab ulama tersebut sebelum kita berbicara tentangnya (misalnya tentang hadits), Jadi kewajipan kita adalah dengan ittiba’ (mengikuti) kajian ulama-ulama tersebut, adakah ini perkara yang sukar?

Ya, boleh jadi ianya sukar bagi orang-orang yang malas dan bermudah-mudah dalam menyampaikan hadits, sedangkan Nabi shallallahu 'alahi wa sallam telah memperingatkan tentang hal ini. Bagi mereka yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, maka wajib ke atas mereka untuk melakukan hal yang telah disebutkan, kerana andai kata kita tersalah dalam menyampaikan hadits, contohnya kita mengatakan ini dari nabi, ini sunnah nabi namun pada hakikatnya tidak ada keterangan tersebut dari nabi, boleh saja kita terjerumus ke dalam hadits Nabi shallallahu 'alahi wa sallam dari Hudzaifah al-Yamani (dalam hadits yang panjang) :
“Aku (Hudzaifah) berkata : Dan apakah setelah kejelekan ini akan datang kebaikan?” Beliau shallallahu 'alahi wa sallam menjawab : “Ya, tetapi di dalamnya ada asap”. Aku bertanya : “Apa asapnya itu ?”
Beliau menjawab : “Suatu kaum yang membuat ajaran bukan dari ajaranku, dan menunjukkan (manusia) kepada selain petunjukku. Engkau akan mengenal mereka dan engkau akan memungkirinya”. Aku bertanya : “Apakah setelah kebaikan ini akan datang kejelekan lagi ?”
Beliau menjawab :”Ya, (akan muncul) para dai-dai yang menyeru ke neraka jahannam. Barangsiapa yang menerima seruan mereka, maka merekapun akan menjerumuskan ke dalam neraka”. Aku bertanya : “Ya Rasulullah, sebutkan cirri-ciri mereka kepada kami ?”
Beliau menjawab : “Mereka dari kulit-kulit/golongan kita, dan berbicara dengan bahasa kita...” (Hadits shahih riwayat Muslim 12/235)”
Jadi sebaiknya kita mempersiapkan diri terlebih dahulu, minimum mengetahui hadits yang kita ingin sampaikan, apakah ianya sah dari Nabi shallallahu 'alahi wa sallam atau tidak. Allahu a’lam

Rujukan
1. Al-Masaail jil 1 dan 2 Ust Abd Hakim Amir Abdat Terbitan Darus Sunnah
2. Jami’ush Shaghir Muhammad Nasiruddin Albani (Maktabah Syamilah)

024 - Sikap berhati-hati dalam menyampaikan hadits dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam -Siri 2-


Secara umumnya berita dan khabar yang sampai kepada seseorang boleh jadi ada yang benar ada yang tidak yakni tercampur hal yang dusta/palsu. Maka seseorang itu perlu memeriksa apakah benar berita yang sampai kepadanya. Jika berkaitan dengan hubungan sesama manusia Rasulullah telah mencegah kita dari menyampaikan berita yang kita dengar tanpa diperiksa, apatah lagi hukumannya jika orang yang menyampaikan perkataan yang dinisbatkan kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, pastinya lebih keras lagi usaha kita untuk memeriksa apakah benar perkataan itu tadi berasal dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Oleh kerana itu di dalam Islam kita perlu mengambil apa-apa syariat mesti berdasarkan kepada ilmu. Jika hanya sekadar berdasarkan kepada kata-kata, maka boleh sahaja perkataan itu benar atau salah. Tentang hal ini, Allah mengatakan : “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan (ilmu) tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (QS. al-Isra’ 17:36)

Untuk seseorang muslim itu mengenal syariat Islam adalah melalui jalan menuntut ilmu, dengan ilmu baru terlaksananya ketaatan. Jika kita melakukan ketaatan tanpa ilmu, di akhirat kelak kita akan ditanya dari mana kita mengambil ilmu dan dari mana dasar amalan kita.

Peringatan kedua : Kesalahan dalam menyampaikan Hadits

Di dalam pepatah arab ada mengatakan “orang yang tidak memiliki, maka dia tidak dapat memberi”. Bermakna, orang yang tidak memahami ilmu hadits, maka dia akan sering keliru dalam menyampaikan hadits ataupun dia tidak dapat menyampaikan hadits sebagaimana tuntutannya.

Antara kesalahan yang sering kita temukan kepada orang-orang yang membawa hadits (semoga Allah memberikan kepada mereka kelebihan dalam menekuni ilmu hadits dan memperbaiki kesalahan mereka), adalah kesalahan dalam menambah-nambah (ziyadah) dalam lafaz hadits yang asal dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Ataupun mereka menyampaikan terjemahan hadits namun ditokok tambahkan lagi lafaz-lafaz dalam riwayat sehingga merubah makna hadits tersebut. Ini terjadi kerana mereka tidak memiliki keahlian dalam menyampaikan hadits dengan arti kata yang lain, mereka jahil dalam ilmu ini sehingga menimbulkan kesalahan. Jika mereka hendak menyampaikan hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, maka sepatutnya mereka melihat sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam : “Apabila aku menyampaikan hadits kepada kamu, maka janganlah sekali-kali kamu memberikan tambahan (ziyaadah) atas (nama)ku.” (Hadits sahih riwayat Ahmad 5/11)

Kemudian kesalahan lainnya, tidak menyebut nama perawi-perawi hadits sehinggakan sukar bagi umat manusia untuk merujuk apakah benar perkataannya itu. Seperti riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibn Majah, at-Thahawi, at-Thayalisi dan lainnya.

Peringatan ketiga : Tidak mengetahui riwayat hadits yang disampaikan, apakah ia sahih atau tidak

Sebagaimana yang telah diterangkan pada awal perbahasan, seseorang itu tidak boleh memiliki sikap ragu dalam menyampaikan hadits kerana apabila dia ragu (zhan), namun dia tetap menyampaikan hadits tersebut tanpa keyakinan maka dia telah terancam dengan ancaman Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam “meriwayatkan dariku) satu hadits yang dia sangka sesungguhnya hadits itu palsu/dusta, maka dia termasuk salah seorang dari pendusta ”. Hal ini menuntut seseorang itu perlu memiliki ilmu tentang kesahihan hadits tersebut, paling kurang dia telah meneliti kitab-kitab para ulama muhaqqiq (ulama peneliti hadits) seperti Imam-imam ahlu hadits.

Di sini saya bawakan satu contoh hadits yang telah diteliti kesahihahnnya iaitu hadits Fadhilat Surat Yasin.

Imam Tirmidzi meriwayatkan satu hadits dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, “ Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu memiliki hati, dan hati al-Quran itu ialah surah Yasin. Oleh kerana itu barangsiapa yang membaca surah Yasin, maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu sama seperti pahala membaca sepuluh kali membaca al-Quran.” (Riwayat Imam Tirmidzi 4/64, Ad-Darimi 1/312)

Derajat hadits ini Dhaifun Jiddan (sangat lemah) bahkan ada ulama yang mengatakan maudhu’. Antara sanad hadits ini terdapat Harun Abi Muhammad. Imam Tirmidzi mengatakan bahawa perawi ini Syaikh Majhul (tidak dikenal sifat dan keadaan dirinya oleh ahli hadits). Berkata al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat, “dengan ini kita mendapati bahawa Imam Tirmidzi telah melemahkan hadits ini”.

Kemudian Ibnu Hajar juga berkata sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Tirmidzi. Al-Imam Abu Hatim menyangkal bahawa di dalam sanad hadits ini terdapat seorang perawi yang bernama Muqatil. Bahawa perawi ini adalah Muqatil bin Sulaiman adalah seorang pendusta dan bukannya Muqatil bin Hayyan.

Telah sepakat para ulama ahlu hadits bahawa perawi yang majhul, hadits mereka termasuk ke dalam kategori hadits dhaif yang riwayatnya tidak diterima. Namun telah ada jarh (celaan) dari Imam Abu Hatim ke atas perawi di dalam hadits ini yang dituduh perndusta sehinggakan martabat hadits ini jatuh kepada hadits palsu dengan kesepakatan ulama. (Silakan merujuk kitab Silsilah Ahaadits Dhaifah no. 169)

Lihat, bagaimana para ulama mengumpulkan hadits kemudian mereka berusaha untuk mengenal para perawinya dan setelah itu baru mereka memasukkan hadits tersebut ke dalam kitab Sunan/Shahih mereka. Namun manusia itu memiliki kesilapan dan kesilapan yang dilakukan oleh ulama yang telah berijtihad (seperti ijtihadnya ulama ahlu hadits mengenai sahih atau tidak sesuatu hadits), maka mereka mendapatkan 1 pahala. Dan ini tidaklah bermakna umat perlu mengikut ijtihad mereka yang salah, kerana kita hanya diperintah untuk mengikut al-Quran dan Sunnah dan juga ahli zikir iaitu orang-orang yang ahli dalam keilmuan.

Para Imam kaum muslimin telah mewasiatkan bahawa hendaklah orang-orang yang mengikut ijtihad mereka mengetahui dari mana mereka mengeluarkan dalil dan kemudian mereka berpesan supaya umat tidak mengikut ijtihad/pendapat mereka yang salah. Sebagaimana pesanan Imam Syafi’e : “Apabila kamu mendapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadits Rasulullah  maka berpeganglah kepada hadits tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu.” (Riwayat Khatib al-Baghdadi dan Imam an-Nawawi di dalam Syarh al-Muhazzab 1/63)

Ini bukanlah ertinya kita merendahkan-rendahkan para imam mujtahid (yang telah berijtihad) kerana kesalahan mereka dan tidak pula kita memaksum (mengatakan mereka bebas dari kesalahan)-kannya, sedangkan setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan.

Sedangkan apabila kita mengikut wasiat mereka, hal ini lebih mereka redhai berbanding kita mengikut ijtihad mereka yang salah, dan tidak ada para ulama yang mewajibkan umat mengikut mereka kecuali mereka menasihati umat supaya berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Akan tetapi mereka melarang orang ramai untuk mengikut mereka hanya berdasarkan taqlid tanpa mengetahui dari mana mereka mengambil dalil. Imam Syafie berkata : “Kaum muslimin telah sepakat bahawasanya barang siapa yang telah jelas sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam baginya, maka tidak halal baginya untuk meninggalkan sunnah tersebut dikeranakan perbuatan siapapun.” (I’lamul Muwaqqi’en 2/282)

Kerana itu, orang yang membawakan hadits wajib memikul amanah sebagaimana yang telah dikemukan seperti di atas. Bukan bermakna mereka perlu menghafal ribuan hadits kemudian baru menyampaikan pada umat, tidak demikian. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, jika mereka cinta kepada agama ini dan ingin menyebarkan islam, mereka perlu menyampaikannya sebagaimana yang dituntut.

Cuba perhatikan bagaimana para sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bermuamalah dengan hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Berkata Abdurrahman bin Abi Laila : Kami pernah berkata kepada Zaid bin Arqam, “Ceritakanlah kepada kami (hadits-hadits) dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam !”. beliau menjawap, “Kami telah tua dan lupa, sedangkan menceritakan hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sangatlah berat.” (Atsar ini sahih riwayat Ibnu Majah no. 25).

Kemudian perhatikan lagi perkataan ulama iaitu Imam Ahmad bin Hanbal : “Apabila kami meriwaytakan hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang halal dan haram dan Sunnah-Sunnah dan hukum-hukum, nescaya kami keraskan yakni kami periksa dengan ketat sanad-sanadnya”. (Sahih riwayat Imam Khatib al-Baghdadi di dalam kitab al-Kifaayah fi Ilmimr Riwaayah ms.134)