055 - Berpindah

Makluman


Assalamualaikum, untuk makluman, kami telah berpindah ke http://maktabahonline.wordpress.com/, harap maklum.

055 - Belajar aqidah susah?

Belajar aqidah susah?

“Apa ni belajar aqidah? Takde topik lain ke, asyik-asyik aqidah?, susahlah belajar aqidah!!” (Petikan kata-kata dari orang ramai)

Rasanya jika nak di-listkan seluruh subjek agama seperti fiqh, tafsir, hadis, aqidah, dakwah dan kemudian kita membuat undi antara banyak-banyak subjek di atas, mana yang paling susah nak faham, pastinya ramai yang memilih AQIDAH.

Betul ke belajar aqidah susah?

Adakah susah belajar untuk mengenal Allah? Kalau pun susah, apa yang kita akan lakukan jika sesuatu yang berharga itu hanya boleh didapati dengan menempuh jalan yang susah?
Baiklah, kita ‘terima’ dulu pendapat orang-orang yang mengatakan belajar aqidah susah. Semoga dengan beberapa dalil yang dikemukan dapat meringankan kesusahan mereka untuk belajar aqidah, insyaAllah.

Mari kita lihat dahulu definisi aqidah :
Iaitu perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram kerananya sehingga menjadi suatu keyakinan yang teguh dan kukuh yang tidak dicampuri dengan keraguan dan kebimbangan. (Intisari Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah ms. 34)

Keyakinan yang dimaksudkan di sini adalah keyakinan dengan Ketuhanan Allah (Rububiyah), Wajib menyembah Allah (Uluhiyah), dan nama dan sifat-sifat Allah (Asma Wa Sifat). Juga segala khabar yang datang dari al-Quran dan melalui lisan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Para sahabat Nabi dahulu, belajar aqidah dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam selama 23 tahun. Dari mula dakwah Nabi sehingga Nabi wafat. Setelah itu mereka mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan, Rabb yang mentadbir alam, yang menghidupkan dan mematikan, yang memberikan rezeki, makan dan minum kepada makhluk-Nya dan Dia pula yang berhak untuk ditakuti, berhak untuk diagungkan, dan berhak untuk mendapat pujian sebagai Ilaah (yang berhak disembah). Disebabkan semua ini mereka sanggup berjuang dengan Nabi sehinggakan sebahagian dari mereka syahid, mati di jalan Allah.

Inilah teladan generasi terbaik yakni para sahabat. Apa yang membuatkan mereka termotivasi sedemikian? Jawapannya kerana pengetahuan (makrifat) mereka terhadap Allah terlalu tinggi, keyakinan mereka terhadap kebenaran al-Quran, keyakinan mereka terhadap Islam, keyakinan mereka terhadap janji-janji Allah semuanya itu membuatkan mereka menempuh jalan ‘kesusahan’. Sehingga Allah memasukkan ke dalam hati mereka kecintaan pada iman dan kebencian pada kekufuran dan maksiat. Sebagaimana firman Allah :

“tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,” (QS. al-Hujurat 49:7)

Imam al-Baghawi berkata di dalam tafsirnya ayat:

menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan: yakni Allah menjadikan kamu cinta kepada agama,
menjadikan keimanan itu indah: yakni memperelokkan (iman),

indah di dalam hatimu: sehingga kamu memilihnya dan kamu mentaati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. (Tafsir al-Baghawi 7/339)

Jika benarlah sedemikian susahnya belajar ilmu aqidah ini, maka saya memilih jalan yang susah ini untuk mencapai derajat seperti para sahabat radiyallahu ‘anhum ajma’in -bi iznillahi ta'ala-.

Syaikh Abdul Hamid al-atsary berkata : Ayat-ayat al-Quran yang turun di Makkah selama 13 tahun menerangkan tentang permasalahan yang sama tidak lagi berubah, yaitu masalah aqidah dan tauhid kepada Allah Ta’ala serta ibadah kepada-Nya. Berangkat dari aqidah dan kepentingannya, maka Nabi di Makkah tidak menyeru kecuali hanya kepadanya, dan senantiasa mendidik para sahabatnya di atas aqidah tersebut. (Intisari Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah ms. 63)

Oleh kerana mereka terdidik dengan aqidah yang diajarkan oleh nabi selama 13 tahun dan melalui subjek yang ‘susah’ ini, Allah memuji dan menjadikan iman itu indah di dalam hati mereka. INILAH YANG PALING BERHARGA!

Kalau ada yang berkata susah untuk memahami aqidah, maka tidak keterlaluan untuk kita katakan orang ini pembohong!! Sebab aqidah yang diajarkan oleh Nabi sangat mudah untuk dicerna, semuanya berasaskan kepada al-Quran dan hadis. Mustahil Allah menurunkan sesuatu yang susah untuk difahami. Firman Allah “Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah” (QS. Thahaa 20:2)

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” (QS. al-Qamar 54:17)

Mungkin yang dimaksudkan adalah susah dari segi memahami istilah dan perbahasan-perbahasan, yang perlu dimulai dengan menerangkan beberapa contoh atau pengenalan untuk memudahkan pemahaman.

bersambung....

054 - 3 Perkara Yang Wajib


3 Perkara Yang Wajib

Harta yang dikumpulkan boleh habis dalam beberapa saat. Perut yang diisi dengan pelbagai makanan akan terasa lapar kembali setelah beberapa jam. Semuanya tidak kekal. Saat, jika dikumpulkan akan menjadi minit. Minit, jika dikumpulkan akan mejadi jam. Jam jika dikumpulkan akan menjadi hari, hari jika dikumpulkan akan menjadi minggu. Minggu jika dikumpulkan akan menjadi bulan. Bulan jika dikumpulkan akan menjadi tahun. Tahun jika dikumpulkan akan menjadi umur. Setelah sampai umur yang ditetapkan, maka manusia akan mati.

Catatan rekod tertinggi bagi umur manusia yang tertua pada abad ke-20 setakat ini adalah 120 tahun. Apa yang dapat lakukan dengan umur yang sedemikian?
Itulah ‘flow’ perjalanan kehidupan setiap manusia. Dari saat hingga ke tahun. Dari bayi hingga ke dewasa kemudian tua dan akhirnya mati. Mati bukan perkara mainan. Ia adalah penentu syurga atau neraka anda. Kebahagiaan atau kesengsaraan anda di akhirat kelak. Bagi orang-orang yang beriman dengan hari akhirat, dengarkan nasihat ini.

Setiap manusia akan mati. Tidak ada yang immortal (kekal abadi). Firman Allah
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati” (QS. ali-Imran 3:185)

Sebelum anda mati, anda perlu tahu kewajipan anda sebagai manusia, merangkap hamba Allah. Anda perlu tahu bahawa ada beberapa hal yang Allah diwajibkan ke atas anda. Kewajipan untuk mengenal Allah, mengenal Rasul-Nya dan juga mengenal agama Islam ini. Inilah kewajipan anda selaku hamba Allah.

Hal ini disimpulkan oleh Al-Imam Muhammad Bin Abdul Wahab di mana beliau berkata :
Dan ketahuilah, bahwa wajib bagi setiap muslim dan muslimah untuk mempelajari dan mengamalkan ketiga perkara ini :

1.Bahwa Allah-lah yang menciptakan kita dan yang memberi rizki kepada kita. Allah tidak membiarkan kita begitu saja dalam kebingungan, tetapi mengutus kepada kita seorang rasul, maka barangsiapa mentaati rasul tersebut pasti akan masuk surga dan barangsiapa menyalahinya pasti akan masuk neraka. Allah Ta'ala berfirman : Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (hai orang kafir Mekah) seorang Rasul, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus (dahulu) seorang Rasul kepada Fir'aun. Maka Fir'aun mendurhakai Rasul itu, lalu Kami siksa dia dengan siksaan yang berat.(QS. Muzammil 73:15-16)

2.Bahwa Allah tidak rela, jika dalam ibadah yang ditujukan kepada-Nya, Dia dipersekutukan dengan sesuatu apapun, baik dengan seorang malaikat yang terdekat atau dengan seorang nabi yang diutus menjadi rasul. Allah Ta'ala berfirman : Dan sesungguhnya mesjid-mesjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah. (QS. al-Jinn 72:18)

3.Bahwa barangsiapa yang mentaati Rasulullah serta mentauhidkan Allah, tidak boleh bersahabat dengan orang-orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, sekalipun mereka itu keluarga dekat. Allah Ta'ala berfirman : "Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang memusuhi Allah danRasul-Nya, sekalipun orang itu bapak-bapak, atau anak-anak, atau saudara-saudara, ataupun keluarga
mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah mantapkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari-Nya dan mereka akan dimasukkan-Nya ke dalam surga-surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha kepada mereka dan mereka pun ridha kepada-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung".(Al-Mujaadalah : 22). (Dinukil dari Ushul Tsalatsah, untuk mendapatkan detailnya, silakan rujuk kitab asal ini kerana banyak manfaat yang boleh diperoleh darinya)
Kewajipan yang pertama adalah tauhid, itulah yang dipanggil ilmu aqidah, jalan mengenal Allah. Tauhid yang paling sempurna hanya dimiliki oleh orang-orang yang belajar ilmu aqidah baru kemudian mereka benar-benar mengenal Allah.

Kewajipan yang kedua adalah mengenal Rasulullah. Iaitu mengenal peribadi dan sunnah beliau yang suci. Ilmu yang kita pelajari tentang peribadi dan sunnah-sunnah beliau akan menuntun kita untuk mentaati, ittiba’ (mengikuti) dan mencintai beliau, inilah penyelamat diri kita dari neraka dan khabar gembira sebelum ke syurga.

Kewajipan yang ketiga adalah mengenal agama Islam dengan dalil-dalilnya. Dan ini merupakan panduan bagi kita tentang halal dan haram. Apa yang Allah halalkan pasti memiliki manfaatnya dan begitu juga yang diharamkannya. Contoh, arak haram sebab ia memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran. Menyembah kubur adalah haram kerana menyamakan kedudukan makhluk dengan Allah, sedangkan Allah tidak mempunyai tandingan. Begitu juga dengan contoh-contoh lainnya.

Inilah tujuan utama kita hidup di dunia. Mengenal Allah, Rasul dan agama Islam. 5 poin rukun Islam dan 6 poin rukun iman termasuk di dalam 3 kewajipan di atas.

Anda mempunyai 24 jam dalam satu hari. 8 jam anda peruntukkan untuk bekerja dan 6 jam lagi untuk tidur. Bakinya masih ada 10 jam. Katakanlah jika anda seorang yang sibuk, sehingga seluruh masa anda diperuntukkan untuk urusan dunia anda, mencari rezeki, menyidai pakaian, mencuci baju, membeli ikan, menunggu bas untuk pulang ke rumah dan lain-lain. Namun apakah masih tidak ada 1, 2 minit untuk mendengar nasihat?
Jika dahulu di zaman Rasulullah, para sahabat boleh beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dalam masa dua minit setelah mendengar nasihat/ucapan baginda. Apatah lagi keadaan mereka setelah masa berjam-jam dan berhari-hari yang mereka peruntukkan untuk mendengar nasihat Rasulullah tentang tujuan utama kehidupan ini.

Anda, apa yang anda lakukan?
Sungguhpun para sahabat telah mendapat jaminan syurga, mereka masih berpusu-pusu mencari dan belajar tentang agama ini, belajar aqidah, sunnah, syariat Islam, halal dan haram. Mereka datang kepada nabi dan bertanya, “Ya Rasulullah bolehkah saya mengamalkan ini?”

Ya rasulullah, apakah itu iman, apa itu ikhlas, adakah saya termasuk ahli syurga, Ya Rasulullah ini apa, itu apa? Dan lalin-lain lagi pertanyaan.

Begini semangatnya orang-orang yang cintakan Allah dan rasul-Nya. Mau belajar tentang agama mereka. Jika dibandingkan dengan keadaan manusia zaman sekarang, jangankan belajar dengan guru, membaca pun malas. Adakah ilmu anda sudah mencapai derajat ulama? Adakah anda sudah mendapat kepastian pasport ahli syurga?
Anda tahu tempat anda setelah mati nanti di mana?

Untuk mengenal tujuan utama kehidupan ini, anda perlu belajar, menuntut ilmu, bertanya. Setelah kematian nanti, anda tidak boleh berhujah dengan Allah “saya tidak tahu hukum ini adalah haram, maka kembalikan saya ke dunia”. Setelah saat ini, tidak ada lagi bantahan terhadap Allah. Penyesalan di saat ini tidak berguna lagi.

053 - Indah

Indah


Semua orang ingin memiliki keindahan. Tidak ada manusia yang mau menolak keindahan. Keindahan paras rupa, penampilan, harta yang dimiliki dan segala sesuatu yang menjadi hak kita maka kita inginkan ia menjadi indah.

Tidak kira samada indah pada pandangan mata kepala sendiri atau orang lain. Ada orang yang cuba mengekalkan keindahan rupa parasnya dengan menjaga wajahnya dari jerawat, bintik-bintik hitam, parut dan sebagainya, maka mereka merawat wajah mereka dengan losyen, atau pencuci muka supaya wajahnya kelihatan indah. Mereka membuat jadual rutin supaya mereka mempunyai masa untuk melakukan koreksi (pembetulan), mengkaji punca-punca yang dapat mencacatkan keindahan rupa parasnya. Begitulah keadaan setiap manusia, mereka ingin dilihat indah dan merasakan terus keindahan tersebut di dalam diri mereka.

Namun bagaimana dengan keindahan akhlak? Sudahkah kita menjaga, merawat dan membuat jadual khas? Jika dibandingkan keindahan rupa paras atau harta dengan akhlak yang baik, di antara dua benda ini mana yang dapat memuliakan darjat kita di sisi Allah. Bukankah Allah telah berfirman

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.” (QS. al-Hujurat 49:13)

Maka pasti jawapannya adalah keindahan akhlak.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang mempunyai akhlaq yang indah. Tidak ada orang yang bertaqwa itu terdiri dari orang yang jelek akhlaknya. Akan tetapi mereka memiliki keindahan akhlak kerana itu mereka mulia di sisi Allah.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta kalian, akan tetapi Dia melihat hati dan amal kalian” (HR Muslim dari sahabat Abu Hurairah, no. 2564)

Hati yang baik lahir dari akhlak yang indah, itulah yang menjadi perhitungan di sisi Allah. Bukannya banyak harta dan rupa paras yang elok. Akan tetapi hal ini tidaklah dicela jika kita mempunyai wajah dan harta selagi mana ia masih dalam aturan syariat Allah.

Keindahan dan kemuliaan adalah 2 perkara yang saling terkait. Satu dengan yang lain saling memerlukan. Apabila indah sesuatu itu, maka sudah pasti ia akan dimuliakan.

Anda ingin nampak indah di mata sendiri dan juga orang lain, namun sejauh mana anda indah di sisi Allah?



052 - Soal Jawab Iman

Soal Jawab Iman

Oleh: Syaikh Muhammad Ibn Shalih al-Utsaimin

Kalau ada yang bertanya : Mana dalil yang menunjukkan bahawa iman meliputi keyakinan di dalam hati, perbuatan dengan anggota badan dan ucapan dengan lisan?

Kami menjawab : Nabi bersabda “Iman adalah hendaknya kamu beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, Hari Akhir dan taqdir baik dan yang buruk” (HR Muslim)

Ini adalah ucapan hai. Adapaun perbuatan hati, lisan dan anggota badan; maka dalilnya sabda Nabi shallallahu 'alaihiwa sallam,

Iman terdiri dari 70 cabang, yang tertinggi adalah ucapan La Ilaaha Ilaa Allah, yang terendah adalah menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan dan rasa malu adalah salah satu cabang iman.” (HR Muslim)

Ini adalah penjelasan tentang perkataan lisan dan perbuatannya sekaligus perbuatan anggota badan, sedangkan rasa malu adalah perbuatan hati, iaitu perasaan hati yang tidak mati yang dialami seseorang pada saat menghadapi sesuatu yang membuatnya malu.

Dengan ini jelaslah bahwa iman menurut syariat mencakup semua itu. Hal ini didukung oleh firman Allh :
“Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu” (QS. al-Baqarah 2:143)

Ahli tafsir berkata; yakni solatmu ke Baitul Maqdis, Allah menamakan solat dengan iman padahal ia adalah perbuatan dengan anggota badan, perbuatan hati dan perkataan lisan. Inilah akidah ahlu sunnah wal jamaah.

Dinukil dari Syarah Aqidah at-Thahawiyah ms. 536 terbitan Pustakan Sahifa, Indonesia

051- Belajar tentang Iman

Belajar tentang Iman

Antara perkataan yang paling banyak kita terjumpa di dalam al-Quran adalah iman. Perintah Allah kepada para Rasul adalah supaya mereka memerintahkan umat manusia untuk beriman kepada Allah dan menjauhi thagut. Iman adalah lawan kepada syirik. Sebagaimana firman Allah :

“Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut” (QS. an-Nahl 16:36)

Menjahui thagut adalah dengan cara mengkufurinya dan beriman kepada Allah sebagaimana firman-Nya : sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut[162] dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. (QS. al-Baqarah 2:256)

Setelah itu barulah kita terselamat dari jalan yang sesat dengan cara beriman kepada Allah dan mengingkari thagut (sekutu) bagi Allah.

Kerana iman yang tidak bercampur syirik, maka ianya adalah jalan keselamatan, dan inilah yang diperintahkan kepada nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam agar memerintahkan manusia untuk beriman kepada Allah. Orang yang beriman kepada Allah, maka layak baginya syurga yang luasnya tidak terhingga, dipenuhi oleh nikmat-nikmat yang abadi, maka beruntunglah orang-orang yang menetap di dalamnya kerana tidak ada kematian setelah itu, tidak ada lagi kesedihan setelah itu, tidak ada lagi kesusahan setelah itu. Mereka berada di dalam syurga kekal selamanya.

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَمَنْ قَالَهَا فَقَدْ عَصَمَ مِنِّي مَالَهُ وَنَفْسَهُ إِلَّا بِحَقِّهِ وَحِسَابُهُ عَلَى اللَّهِ

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka berucap tidak ada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah, barangsiapa yang mengucapkan tidak ada Allah Ilah yang berhak disembah melainkan Allah, maka dia telah terbebas dari ku, jiwa dan hartanya kecuali dengan haknya. Dan perhitungannya ke atas Allah Azza wa Jalla. (HR Bukhari no. 1312)

مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

Barangsiapa yang mati, sedangkan dia mengetahui bahawa tidak ada Ilah melainkan Allah, maka dia masuk syurga. (HR Muslim no. 38)

Erti iman

Berkata Imam Abul Ma’aliy al-Qazwiini : Iman adalah pecahan dari kata aman lawan dari kata ketakutan (al-Khauf). Iman menurut kemutlakannyaJustify Full adalah percaya. (Mukhtasar Syu’abul Iman ms. 2)

Al-Faqihuz zaman Syaikh Muhammad Ibn Shalih al-Utsaimin menyebutkan bahawa ;
Iman itu adalah pengakuan yang mengharuskan adanya sikap menerima, tunduk dan patuh. Sedangkan apabila seseorang itu hanya beriman dengan sesuatu tanpa ada rasa sikap menerima serta tunduk patuh maka demikian itu bukanlah sikap yang disebut dengan iman. (Syarah hadits Jibril ms. 4)
Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan menyimpulkan perkataan ulama mengenai definisi iman dengan berkata : sebagaimana yang dikatakan oleh para ulama adalah, (iman) ucapan dengan lisan, pembenaran (i’tiqad) dengan hati dan amal dengan anggota badan, yang bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan maksiat. (ta’liqat al-Mukhatsarah ‘ala Matan al-‘Aqidah ath-Thahawiyah ms. 222)

Iman tempatnya di dalam hati iaitu percaya, dizahirkan dengan perbuatan iaitu beramal soleh dan menunaikan perintah dan menjauhi larangan, dan diucapkan dengan lisan bermakna bersyahadah dengan kalimat thayyibah.

Ampunan, redha, maghfirah, rahmat Allah hanya akan dimiliki oleh orang yang beriman. Kita boleh mendapatkan semua perkara tersebut dengan ilmu yang benar. Apabila ilmu yang kita yakini itu benar, barulah iman itu benar. Iman ditafsirkan dengan percaya, jadi bagaimana seseorang itu boleh mempercayai sesuatu yang dia tidak tahu atau kita jahil tentangnya, yang pasti dia hanya boleh percaya kepada sesuatu yang dia telah tahu. Kerana itu pentingnya ilmu yang benar baru kemudian terwujudnya iman yang benar.

Inilah tujuan utama manusia dan jin diciptakan. Mereka wajib beriman kepada Allah, beriman dengan wujud Allah, Rububiyah-Nya, Uluhiyah-Nya dan asma’ wa sifat-Nya. Jika semua ini terdapat pada diri seseorang maka benarlah imannya sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama antaranya Syaikh Utsaimin di dalam kitab Syarah hadits Jibril.

Pentingnya iman


Imanlah penyelamat kepada diri setiap insan. Nilai keimanan yang ada dalam diri seorang muslim menentukan baginya syurga atau neraka. Setiap manusia bertingkat-tingkat sisi keimanan mereka, ada yang seperti gunung dan ada pula yang lebih kecil sehinggakan sebesar biji sawi. Setiap yang beriman, akan dimasukkan ke syurga Allah sekalipun orang yang memiliki iman sebesar biji sawi. Allah Tabaraka Wa Ta’ala berfirman di dalam hadits Qudsi :
Keluarkan dari neraka orang yang di dalam hatinya masih ada Iman, sekalipun sebesar biji sawi yang paling kecil. (HR Bukhari no. 7510 dan Muslim no. 192)
Jadi penting untuk kita ketahui jalan-jalan yang membawa kepada bertambahnya iman dan hal-hal yang menguranginya. Ayat al-Quran di bawah ini menyatakan bagaimana riangnya perasaan seorang mukmin akibat nikmat iman yang dimilikinya dan itulah yang ingin dimiliki oleh setiap insan. Semoga Allah menganugerahkan kepada kita iman seperti mereka.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (QS. al-Anfal 8:2)

“Adapun orang-orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, dan mereka merasa gembira.” (QS. at-Taubah 9:124)

“supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya” (QS. al-Muddatsir 74:31)

Rujukan :

1) Syarah Aqidah Wasithiyah, Syaikh Ibnu Utsaimin
2) Syarah hadits Jibril, Syaikh Ibnu Utsaimin
3) Jami'ul Ulum Wal Hikam, Ibnu Rajab
4) Penjelasan Ringkas Matan Aqidah Thahawiyah, Syaikh Shalih Fauzan

050 - Merancang Pernikahan

Merancang Pernikahan

Menikah adalah fitrah semula jadi yang telah Allah tetapkan di dalam diri setian insan. Perasaan ingin menyintai, berkasih sayang, melepaskan nafsu syahwat, semuanya itu ada pada diri setiap anak Adam.

Islam adalah agama yng turun dari langit, datang dari Tuhan yang menciptakan segala bentuk termasuklah perasaan cinta, nafsu yang semuanya itu hanya layak dilakukan pada jalan pernikahan.

Bagi setiap diri seorang muslim, perkara yang sebegini urgent harus dikembalikan kepada pembuat syariat dalam menentukan/merancang pernikahan kerana ia adalah satu bentuk kepasrahan yang tidak ada penyesalan apabila dia menyerahkan segala urusannya kepada Allah Dzat yang maha mengetahui kebaikan-kebaikan maslahat yang terdapat pada hamba-Nya terkhusus dalam penikahan.
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (QS. an-Nisaa 4:65)
Anda iginkan rumah tangga yang bahagia, pasangan hidup yang sentiasa menceriakan hari-hari anda, melihat saja wajahnya membuatkan anda senang hati. Hidup anda tidak kosong dari senyuman semenjak mulai anda menikahinya sehinggalah suatu masa yang telah ditetapkan Allah iaitu mati.
Anda inginkan pasangan hidup anda seorang yang taat, mendengar kata-kata anda, antara anda dan si dia saling hormat menghormati. Apabila berdepan dengan masalah, anda berdua duduk bersama-sama membincangkan jalan penyelesaiannya. Anda inginkan pasangan yang beriman, guru kepada zuriat anda yang bakal lahir nanti menjadi anak yang soleh dan solehah.

Apabila anda pulang setelah penat bekerja, si dia menunggu di hadapan pintu sambil melemparkan senyuman manisnya menyambut kepulangan anda lalu ucapan “bagaimana kerja hari ini ya habibi, semoga Allah memeberkahi rezki yang engkau cari pada hari ini” sambil menguhulurkan tangannya yang lembut menyambut kepulangan anda.

Subhanallah, seolah-olah rumah yang anda duduki saat itu merupakan syurga dunia buat anda. Ditemani oleh sang isteri merangkap bidadari yang melayani anda, ucapan salam dan perkataan yang enak didengar, sering kedengaran antara sang suami dan isteri. Anggota keluarga yang menetap di rumah itu adalah orang-orang yang soleh dan solehah. Semua ini merupakan pentanda awal kebahagiaan dunia dan akhirat anda.

Tidak ada manusia yang inginkan pasangan yang dinikahinya tidak mempunyai akhlaq, kuat membantah, tidak hormat dan paling kedekut untuk mengasihi. Tidak pula yang jahil terhadap agama, tuntutan-tuntutannya, kewajipan bagi dirinya sebagai isteri atau suami. Seolah-olah rumah tangga yang telah dibina nanti merupakan neraka bagi anda. Wallahi tidak ada manusia yang inginkan sebegini.

Jika anda mempunyai plan atau rancangan terhadap karier anda, anda ingin menjadi akauntan, jurutera, bisnesman, dan lain-lainnya lalu bagaimana dengan plan pernikahan anda? Anda berfikir panjang untuk merancang karier anda agar masa depan yang anda impikan akan membuahkan kebahagiaan, begitu juga dengan pernikahan. Pernikahan yang bakal anda jalani, pastilah sepanjang perjalanan hidup berumah tangga hanya kebahagiaan yang senantiasa hadir.

Untuk mendapatkan pasangan yang akan mengemudi bahtera rumah tangga yang bahagia, semuanya berpangkal pada awal pernikahan mulai dari langkah mencari pasangan. Anda perlu tahu dari mana anda ingin mendapatkan isteri yang solehah dan suami yang soleh, anda perlu tahu apa ciri-ciri soleh dan solehah. Suami atau isteri yang solehah tidak akan kita jumpai di tepi-tepi jalan, melepak atau bergaul yang tidak ada batasan, tidak menjaga auratnya dan malas menunaikan ibadah, apalagi yang malas menuntut ilmu agama.

Pendek kata, anda perlu mempunyai ilmu sebelum anda mendirikan rumah tangga. Ilmu tentang kewajipan sebagai suami atau isteri, ilmu untuk mencari isteri yang solehah atau suami yang soleh yang semuanya itu bersumber dari al-Kitab dan as-sunnah. Apabila benar kefahaman anda tentang selok belok rumah tangga yang telah anda kerahkan seluruh tenaga anda untuk mencarinya, barulah anda mencapai kebagiaan untuk dunia anda. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
“Tiga perkara termasuk kebahagiaan seorang anak Adam dan tiga perkara yang termasuk keburukan baginya. Termasuk kebahagiaan seorang bani Adam adalah memiliki isteri yang solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik. Dan termasuk keburukan bagi seorang bani Adam adalah memiliki isteri yang buruk, tempat tinggal yang buruk dan kenderaan yang buruk.” (HR Ahmad dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqash)
Anda tidak akan mendapat suami atau isteri yang soleh jika anda sendiri tidak soleh. Begitu juga anda tidak akan mengenal erti soleh kalau anda sendiri tidak belajar apa ertinya soleh. Anda inginkan isteri yang soleh, makanya anda terlebih dahulu yang perlu menjadi soleh, bertaqwa..barulah nanti Allah tetapkan untuk anda pasangan yang sepadan yang sama-sama saling memperingati untuk bertaqwa kepada Allah.

Allahu ta’ala A’lam


049 - Kisah Lucu Dari Syaikh Albani

Kisah Lucu Dari Syaikh Albani


Di masa lalu, ada seorang yang dianggap mufti (ahli fatwa) oleh manusia.Dia berhalangan karena hendak safar, maka anaknya diminta menggantikan posisinya selama dia safar.Bapaknya sadar bahwa dia tidak tahu apa-apa tentang ilmu syariat atau yang berkaitan majlis fatwa.Sadar dengan hal itu,
Si Anak berkata : “Wahai Bapakku! Bagaimana aku menggantikan posisimu ,aku kan tidak tahu apa-apa!?

Bapaknya menjawab :”Saya akan beri satu petunjuk yang membuat engkau selamat sampai aku kembali”.

Si Anak menimpali “Apa itu?”.

Bapaknya menjawab,”Nanti, setiap ada yang bertanya padamu bertanya suatu masalah,tinggal katakan saja “Fil mas-alah qoulani” (Dalam masalah ini ada dua pendapat) tidak usah berpanjang lebar.Misalnya nanti ada orang datang bertanya :Wahai Tuan Syaikh! Seseorang sholat dzuhur kurang rakaatnya ,apakah sholatnya batal atau tidak.Jawab saja “Ada dua pendapat dalam masalah ini”.Beres.(Maksudnya ada pendapat yang mengatakan batal dan pendapat lain mengatakan tidak batal).Misal lagi nanti ada yang datang bertanya ,”Wahai Tuan Syaikh!,Saya telah menikahi istriku tanpa izin walinya apakah sahih akad nikahnya? Jawab saja “ada dua pendapat dalam maslaah ini”.Cukup begitu saja.

Kemudian si Anak nya mengucapkan :Wahai Bapak,Jazaakallah khoir,dan si Bapak pun pergi.Kemudian datangalah orang-orang.Begitulah ,setiap ada pertanyaan dijawab sebagaimana yang telah direncanakan,tanpa malu dengan jawaban singkat tersebut.

Kemudian diantara mereka ada seseorang yang cerdas ,mengetahui bahwa orang ini jahil dan mengkhawatirkan pengaruhnya kepada yang lain.Dan dia suruh seseorang disebelahnya untuk bertanya :Apakah pada Allah ragu? (A fillah syakkun?)

Ketika ditanyakan,Si Mufti (palsu) itu menjawab : Dalam masalah ini ada dua pendapat….(tertawalah majlis syaikh Albani).

Syaikh Albani mengatakan bahwa hakikat cerita ini bisa saja khurafat tapi ini nyata persis seperti kondisi sekarang.Bagaimana manusia menyangka sebagian orang itu ahli ilmu ,ahli fiqih ,padahal orang tersebut hanyalah orang jahil ,namun disebut oleh manusia sebagai kaum cendekiwan.

Cerita dengan suara asli Syaikh Albani rahimahullah
http://www.islamway.com/?iw_s=Lesson&iw_a=view&lesson_id=43764

Dicopy dari Forum komunikasi Islam ITB

048 - Sebab Pengampun Dosa

Sebab Pengampun Dosa

Allah Azza Wa Jalla mempunyai sifat Maha Pengampun. Dia juga mempunyai sifat maha menerima Taubat hamba-hamba-Nya. Alangkah ruginya nasib seorang insan yang telah melakukan dosa dan kemudian dia beranggapan bahawa Allah tidak akan menerima taubat dan mendengar rayuannya sehinggakan dia ini tadi terus terjebak di dalam maksiat dan tidak lagi kembali kepada jalan Allah. Inilah nasib bagi manusia yang tidak mengenal Tuhannya, Allah al-Ghaffar, at-Tawwab.

Sebanyak mana dosa yang telah dilakukan oleh seorang hamba, Allah pasti akan mengampuninya walaupun dosanya mencecah langit, walaupun dosanya memenuhi bumi, walau sebanyak manapun dosanya, pasti Allah akan mengampuninya.

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Allah berfirman : Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. az-Zumar 39:53)

Dari Anas bin Malik Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam
قال الله تعالى : يا ابن آدم ! إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان فيك ولا أبالي يا ابن آدم ! لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك ولا أبالي يا ابن آدم ! إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة

Allah tabaraka wa ta’ala berfirman “Wahai anak Adam! Sungguh selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku ampuni semua dosa yang ada padamu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu mencecah setinggi awan di langit, kemudian engkau memohon ampunan kepada-Ku, nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya engkau menemui-Ku dengan membawa kesalahan sepenuh bumi, kemudian menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikitpun, tentulah Aku akan memberikan pengampunan kepadamu sepenuh bumi.”
Takhrij Hadits

Hadist ini dari sahabat Anas bin Malik dan Abu Dzar al-Ghifari diriwayatkan oleh I1. Syaikh Albani menilai hadits ini hasan sebagaimana pendapat Imam Tirmidzi kerana seluruh perawi hadits ini dinilai tsiqah kecuali perawi bernama Katsir bin Fa’id dinilai maqbul (sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Hajar di dalam at-Taqrib) dan hadits ini memiliki penguat dari hadist Abu Dzar al-Ghifari.

Mufradat Hadits

1) Perkataan “dan Aku tidak peduli” bermakna Aku tidak meremehkan permohonan ampunanmu kepada ku, walau dosa yang engkau miliki besar atau banyak. Sedangkan Imam at-Thibi berkata; tanpa dengan menanyakan apa yang dia kerjakan.

2) Perkataan -menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikitpun bermakna meninggal dunia dalam keadaan bertauhid. (Tuhfatul ahwadzi bi Syarhi at-Tirmidzi 9/488, dinukil dari majalah as-Sunnah)

Syarat diampuni dosa

Walau sebanyak mana dosa yang dilakukan oleh seorang hamba, pasti akan diampuni oleh Allah dengan dinilai dari 3 perkara.
  1. Doa dan mengharap ampunan dari Allah
  2. Istighfar kepada Allah
  3. Mentauhidkan Allah (mati dalam keadaan tauhid)
Selagi mana kita melaksanakan 3 perkara di atas, pasti kita akan mendapatkan keampunan dari Allah. Tidak ada keselamatan kepada orang yang tidak metauhidkan Allah. Sedangkan orang yang mnetauhidkan Allah, adalah orang-orang yang paling tinggi rahabah (pengharapan) mereka kepada Allah dan Allah tidak akan menolak perintah yang paling agung ini iaitu tauhid.

Semoga Allah memberikan kepada kita taufiq untuk terus istiqomah memohon ampun kepada-Nya dan istiqomah dalam mentauhidkan-Nya. Allahul Muwaffiq (Disalin dan diringkas dari Majalah as-Sunnah Edisi 09/Tahun XI/1428H/2007M ms. 14)

047 - Ahlu Sunnah tidak ‘gelojoh’ dalam ketaatan kepada pemerintah Siri 2

Menyangkal Vonis Murji’ah terhadap Ahlu Sunnah

Respon kepada artikel seorang Ustaz yang memvonis kepada orang-orang yang ‘gelojoh’ mentaati pemerintah adalah Murji’ah, makanya di sini saya bawakan artikel dari Ustadzuna Yazid Abdul Qadir Jawas ketika membahas isu Murji’ah yang pernah digembar-gemburkan oleh sekelompok orang yang membawa fitnah kepada dakwah salaf suatu ketika dahulu.

Namun akhir-akhir ini kita dapat melihat adanya orang yang cuba membangkitkan semula isu ini dan alhamdulillah dengan izin dari Allah semoga artikel dari Ustadzuna ini dapat menyingkap syubhat yang tersebar saat ini.

Tajuk : CIRI-CIRI MURJI`AH YANG PALING MENONJOL
Oleh Ust Yazid Abdul Qadir Jawas

Murji`ah memiliki sekian banyak ciri, dan ada beberapa ciri yang paling menonjol, di antaranya sebagai berikut.

[1]. Mereka berpendapat, iman hanya sebatas penetapan dengan lisan, atau sebatas pembenaran dengan hati, atau hanya penetapan dan pembenaran.

[2]. Mereka berpendapat, iman tidak bertambah dan tidak berkurang, tidak terbagi-bagi, orang yang beriman tidak bertingkat-tingkat, dan iman semua orang adalah sama.

[3]. Mereka mengharamkan istitsn` (mengucapkan ‘saya beriman insya Allah’) di dalam iman.

[4]. Mereka berpendapat, orang yang meninggalkan kewajiban dan melakukan perbuatan haram (dosa dan maksiat) tidak berkurang imannya dan tidak merubahnya.

[5]. Mereka membatasi kekufuran hanya pada pendustaan dengan hati.

[6]. Mereka mensifati amal-amal kekufuran yang tidak membawa melainkan kepada kekufuran, seperti menghina dan mencela (Allah, Rasul-Nya, maupun syari’at Islam); bahwa hal itu bukanlah suatu kekufuran, tetapi hal itu menunjukkan pendustaan yang ada dalam hati.[ Syarh Ushûl I’tiqâd Ahlis Sunnah wal Jamâ’ah, karya Imam al-Lalikâ-i.]

CIRI-CIRI MURJI’AH MENURUT AHLI BID’AH TERDAHULU

Dahulu para ahli bid’ah –dari kalangan Khawarij dan selainnya- menuduh Ahlus-Sunnah wal- Jama’ah dengan irja`, dikarenakan perkataan mereka (Ahlus-Sunnah) bahwa pelaku dosa besar tidak dikafirkan, kecuali jika dia menghalalkan perbuatan tersebut. Dan mereka berpendapat, orang yang meninggalkan shalat karena malas atau meremehkannya tidaklah kafir yang dapat mengeluarkannya dari agama.[ Syarah Aqîdah ath-Thahâwiyyah, karya Imam Ibnu Abil ‘Izz al-Hanafi tahqiq para ulama dan takhrij Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani.]

Di antara dali-dalil yang menunjukkan hal itu ialah sebagai berikut.

Pertama. Atsar yang dikeluarkan Ishaq bin Rahawaih dari Syaibân bin Farrûkh, ia berkata:
"Aku bertanya kepada ‘Abdullah Ibnul-Mubârak: 'Apa pendapatmu tentang orang yang berzina dan meminum khamr atau selain itu. Apakah ia dikatakan mukmin?’. ‘Abdullah Ibnul Mubârak menjawab,‘Aku tidak mengeluarkannya dari iman,’ maka Syaibân berkata,‘Apakah pada saat tua nanti engkau menjadi Murji`ah?,’ lalu ‘Abdullah Ibnul-Mubârak menjawab,‘Wahai, Aba ‘Abdillah! Sesungguhnya Murji`ah tidak menerimaku, karena aku mengatakan iman itu bertambah, sedangkan Murji`ah tidak mengatakan demikian'.”[ At-Takfîr wa Dhawâbithuhu, karya Syaikh Dr. Ibrâhim ar-Ruhaili.]
Kedua. Apa yang disebutkan oleh al-Qâdhi Abul-Fadhl as-Saksaki al-Hanbali (wafat 683 H) dalam kitabnya, al-Burhân:
Bahwa ada sekelompok ahlul bid’ah yang dinamakan dengan al-Mansuriyyah -mereka adalah sahabat dari ‘Abdullah bin Zaid-, mereka menuduh Ahlus-Sunnah sebagai Murji`ah, karena Ahlus-Sunnah mengatakan, orang yang meninggalkan shalat, apabila ia tidak mengingkari kewajibannya maka ia tetap seorang muslim; demikian menurut pendapat yang shahîh dari madzhab Imam Ahmad.
Mereka (ahlu bid’ah) mengatakan: “Ini menunjukkan bahwa iman menurut mereka (Ahlus Sunnah) adalah perkataan tanpa amal.”[ Dirâsât fil Ahwâ’, karya Syaikh Dr. Nâshir bin Abdul Karîm al-‘Aql.]
CIRI-CIRI SESEORANG TERLEPAS DARI MURJI’AH, MENURUT AHLUS-SUNNAH

Para ulama Ahlus-Sunnah telah menyebutkan sejumlah ciri yang dapat diketahui bahwa seseorang terlepas dari bid’ah Irja`, di antaranya ialah:

[1]. Mengatakan bahwa iman itu adalah perkataan dan perbuatan.
Imam Ibnul-Mubarak rahimahullah pernah ditanya: “Engkau berpendapat Irja`?," maka ia menjawab,“Aku mengatakan bahwa iman itu perkataan dan perbuatan. Bagaimana mungkin aku menjadi Murji`ah?!”[ Wasathiyyah Ahlis Sunnah, karya Syaikh Muhammad Bakarim bin Muhammad Ba’abdullah.]

[2]. Mengatakan bahwa iman itu bertambah dan berkurang.
Imam Ahmad ditanya tentang orang yang mengatakan: “Iman itu bertambah dan berkurang,” maka ia menjawab,“Orang ini telah berlepas diri dari Irja`.”

[3]. Mengatakan bahwa maksiat mengurangi iman dan membahayakannya.

[4]. Mengatakan bahwa kekufuran dapat terjadi dengan perbuatan sebagaimana dapat terjadi dengan keyakinan dan perkataan. Dan ada di antara amal yang menjadi kufur karena melakukan amal tersebut tanpa keyakinan, dan menganggap halal perbuatan tersebut.[ Firaq Mu’âhirah, karya Ghâlib bin Ali ‘Awâji.]

CIRI-CIRI SESEORANG TERLEPAS DARI MURJI`AH MENURUT HIZBIYYUN DAN HARAKIYYUN

Di antara ciri seseorang terlepas dari Murji`ah menurut kaum Hizbiyyun dan Harakiyyun ialah:

[1].Mengkafirkan orang yang berhukum dengan selain hukum Allah dengan mutlak tanpa perincian yang telah disepakati oleh para salaf, Ahlus-Sunnah sejak dahulu sampai hari ini.

[2]. Mengkafirkan orang yang meninggalkan shalat karena malas dan meremehkan. Dalam masalah ini terjadi khilâf (perbedaan pendapat) di kalangan ulama Ahlus-Sunnah sejak dahulu hingga hari ini. Menurut mereka, apabila seorang muslim berpendapat dengan dua pendapat tersebut, maka ia telah terlepas dari Murji`ah.[ Mujmal Masâ-ilil Îmân wal Kufr al-‘Ilmiyyah fi Ushûl al-‘Aqîdah as-Salafiyah, Syaikh Musa Âlu Nashr, Syaikh ‘Ali Hasan al-Halaby al-Atsary, Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilaly, Masyhur Hasan Alu Salman, Husain bin ‘Audah al-‘Awaisyah, Baasim bin Faishal al-Jawabirah, cet. II-Markaz Imam al-Albany.] –selesai nukilan-

Di sini saya (Abu Hurairah) sertakan lagi poin-poin bahawa seseorang itu terlepas dari sifat irja’ (Murji’ah).
1) Menyatakan boleh mengucapkan "insya Allah" dalam keimanan.
Imam Abdur-Rahman bin Mahdi rahimahullah berkata: ''Jika seseorang meninggalkan pernyataan 'insya Allah' (istitsnâ) dalam keimanan, maka itu adalah prinsip irja`' (Diriwayatkan oleh al-Aajuri dalam asy-Syari’ah (2/644) Dinukil dari al-Imam Al-Albani wa Mauqifuhu minal Irja, karya Abdul Aziz bin Rayyis ar-Rayyis, hlm. 23)

2) Menyatakan bahwa kekufuran bisa terjadi pada amalan-amalan anggota badan.
Hal ini karena semua firqah Murji`ah menyatakan bahwa tidak terjadi kekafiran dengan sebab amalan-amalan anggota badan. (Dinukil dari artikel Ustadz Abu Isma'il Muslim al-Atsari )
Valid atau tidak vonis Murji’ah kepada Ahlu Sunnah?

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam : “Barangsiapa berkata tentang seorang mukmin sesuatu yang tidak ada padanya, Allah akan menempatkannya pada lumpur neraka, sehingga dia keluar dari apa yang telah dia katakan” [Shahih HR Abu Dawud, no. 3597, Ahmad (2/270 dan al-Baihaqi (6/82)]

Dari hadis di atas, maka saya menasihati diri saya dan teman-teman yang lain agar bertaqwa kepada Allah dan menjaga lisan kita dari menvonis seseorang itu khawarij, mubtadi’, Murji’i atau lainnya. Jangan kita mendahului para ulama dalam masalah ini. Kita serahkan kepada hal ini kepada ahlinya kerana hal ini dapat menjamin keselamatan dan kurangnya fitnah.

Jelasnya, vonis Murji’ah terhadap ahlu sunnah merupakan satu bentuk tuduhan yang melampau kerana tuduhan ini merupakan satu bentuk perlecehan terhadap para ulama ahlu sunnah wal jamaah dari kurun terdahulu hingga kini yang menyatakan bahawa ketaatan kepada pemerintah adalah antara persoalan aqidah. Inilah antara awal syiar kelompok khawarij yang gemar meremehkan ulama dalam upaya menyebarkan syubhat terhadap ahlu sunnah. Semoga Allah senantiasa menunjukkan kepada kita semua kepada jalan yang benar dan menjauhi syubhat-syubhat yang tersebar. Allahul Musta’an

046 - Sejenak Bersama Ust Bukhari

Sejenak Bersama Ust Bukhari

Usai solat isya' kelmarin, alhamdulillah kami berkesempatan bersembang dengan Ust Bukhari. Lulusan pesantren dari daerah Bogor, anak murid kepada Ust Yazid Abdul Qadir Jawas, Ust Abdul Hakim, Ust Muhammad Umar as-Sewed, Ust Luqman Ba'abduh -ini saja setakat yang aku ketahui guru-gurunya -, beliau di antara golongan terawal yang menerima dakwah salafiyah di Indonesia. Selevel juga dengan al-Akh Abu Salma -sapatutnya beliau dipanggil ust juga, namun beliau menolak kerna katanya masih belum layak, padahal bagiku kapasitas ilmunya menandingi Ustadz-ustadz yang gemar kepada bid'ah, begitu juga dengan akh Abul Jauzaa, mereka berdua menolak untuk dipanggil Ust-.

Baru aku ketahui gimana caranya akhlaq salaf. Kalo sekedar hanya diskusi di dalam forum, omong kosong dan lolucon sana sini, sampai kapan pun ngak kenal akhlaq salaf. Di mana kaum salaf di muka bumi ini yang akan kita temukan, mereka bercerita mengenai "film apa yang sudah antum tonton?", melainkan kita akan melihat dari satu forum nun di sana..Allahu akbar, aneh sekali.

Kembali membicarakan tentang Ust Bukhari. Ust yang lembut dan sentiasa melemparkan senyuman, menasihati supaya menuntut ilmu dan melazimi sunnah. Tidak terlontar dari mulutnya perkara-perkara dunia apalagi supaya mengejar dunia. Jauh, amat jauh dengan akhlaq orang-orang yang mengaku salafy di Malaysia ini. Sehinggakan terlihat di wajahnya, orang yang kasih kepada umat, bersemangat jihad dan relung jiwa yang penuh dengan ketaqwaan dan ilmu.

Beliau juga pernah menganggotai laskar jihad ketika berlakunya peristiwa di Ambon. Kerna itu aku melihat di wajahnya , wajah orang yang mengejar syahid. Inilah hasil tarbiyah dari para asatidzah di Indonesia.

Nasihat beliau kelmarin, memberikan motivasi kepada kami untuk terus belajar dan menjauhi syubhat. Jika ingin dibandingkan keadaan di Indonesia dan Malaysia sangat amat jauh sekali. Di Indonesia, jika ada saja orang yang mengaku salafy yang coba melemparkan syubhat, sedangkan dia adalah orang meletakkan loyalitasnya pada jemaah nya -hizbiyun-, pasti terus dibantah ngak ada kata dua. Berbeda dengan di Malaysia, antek-antek hizbi bertebaran mengaku sebagai salaf. Ketawa Ust Bukhari mendengar khabar aneh yang aku sampaikan.

Selanjutnya...Ust bercerita mengenai Ust luqman Ba'abduh. Subhanallah!! kalimat ini yang sering terpacul dari mulut Ust Bukhari ketika saat mengkhabarkan akhlaqnya Ust Luqman. Ust Luqman belajar di Yaman, kapasitas ilmunya seiring dengan para Ust lain yang menyambung pelajaran mereka di peringkat S2 bahkan mungkin S3. Subhanallah..bagiku setiap kuliyahnya, memberikan nasihat yang mendalam sampai saja ada mata-mata yang bergenang dengan air.

Hatta setiap kali Ust Luqman menyampaikan materi kajiannya, semua thulabul 'ilm tunduk diam mendengar. Mereka ngak mau ada poin-poin yang disampaikan oleh Ust Luqman berlalu tanpa mereka menangkap maksud dan isinya. Apabila membicarakan tentang ayat quran, Ust Luqman membahaskan wazn, fiqh lughoh, tafsir dan banyak lagi manfaat yang akan didapatkan dari hasil kajian beliau. Inilah yang dikhabarkan Ust Bukhari kepada kami. Subahnallah, akhlaqnya seorang Ust keluaran dari negeri Yaman.

Inilah akhlaqnya para salaf. Bukan saja baru mengambil S1 atau S2 sudah mulai berlagak. Ada lagi yang sudah tamat S1, namun akhlaq nya seperti orang yang ngak kenal akhlaqul karimah. Ini namanya salaf? Jauh sekali ya Syaikh...amat jauh. Sejenak bersama dengan Ust Bukhari, mengajar kami agar lebih optimis.

Aina Nahnu min akhlaqis salaf???


045 - Ahlu Sunnah tidak ‘gelojoh’ dalam ketaatan kepada pemerintah -Siri 1-

Ahlu Sunnah tidak ‘gelojoh’ dalam ketaatan kepada pemerintah Siri 1 – Cara Menghadapi Pemerintah-

Syaikh Shalih Ibn Fauzan al-Fauzan -hafizahullah- ditanya :

Soalan : Bagaimana manhaj yang benar dalam memberi nasihat terutama kepada pemerintah, apakah dengan mendedahkan perbuatan mereka yang mungkar di atas mimbar-mimbar ataukah menasihati mereka secara sembunyi-sembunyi? Saya mengharapkan perjelasan tentang manhaj yang benar dalam masalah ini?

Jawaban : Kemaksuman itu tidak dimiliki oleh seseorangpun kecuali rasululah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Para penguasa itu juga manusia biasa yang mempunyai kesalahan. Tidak diragukan bahawa mereka juga punya kesalahan dan mereka tidaklah maksum. Akan tetapi kita tidak boleh menjadikan kesalahan mereka sebagai celah untuk mendedahkan secara luas dan untuk membangkang dari ketaatan kepada mereka walaupun mereka berbuat kecurangan, kezaliman dan kemaksiatan selama mereka tidak berbuat kekufuran yang nyata sebagaimana hal itu telah diperintahkan oleh Nabi. Walaupun mereka melakukan kemaksiatan, kecurangan dan kezaliman sesungguhnya dalam kesabaran mentaati mereka menjadikan kesatuan kalimat, bersatunya kaum muslimin serta terjaganya negeri mereka.

Sementara menyelisihi dan tidak mentaati para penguasa tersebut terdapat kerosakan yang jauh lebih besar dari kemungkaran yang ada pada mereka. Dengan sikap pembangkangan tersebut akan terjadi kerosakan yang lebih besar dari kemungkaran yang mereka lakukan selama kemungkaran itu belum kekafiran dan kemusyrikan.

Kita juga tidak mengatakan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh penguasa tersebut boleh didiamkan begitu saja. Tidak, bahkan wajib diubati. Akan tetapi diperbaiki dengan cara yang benar iaitu dengan menasihati dan mengirim surat kepada mereka secara diam-diam.

Bukannya dengan tulisan yang disertai dengan tanda tangan dari orang ramai kemudian disebarluaskan kepada masyarakat. Ini tentu tidak boleh, tetapi tulis sepucuk surat secara rahsia yang berisi nasihat kemudian diserahkan kepada penguasa atau mengajaknya bicara dengan lisan (berdepan-depan).

Adapun dengan tulisan dan dicetak dan disebarluaskan kepada masyarakat, ini merupakan perbuatan yang dilarang kerana penyarluasan aib penguasa secara umum. Perbuatan ini sama seperti berucap di atas mimbar atau bahkan lebih parah lagi. Kerana ucapan sangat mungkin akan dilupakan, berbeza dengan halnya tulisan yang sentiasa ada dan tersebar luas. Sehingga ini bukanlah sesuatu yang benar.

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Agama itu adalah nasihat, agama itu adalah nasihat, agama itu adalah nasihat” kami para sahabat bertanya : Bagi siapa ya Rasulullah? Beliau menjawab : bagi Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin serta orang awamnya.” (HR Muslim no. 55)

Dalam Hadits lain : Sesungguhnya Allah meredhai kalian 3 perkara, supaya kalian menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apapun jua, kalian semua bersatu padu dengan tali Allah dan jangan bercerai-berai serta kalian menasihati orang yang telah Allah berikan kekuasaan untuk mengurusi urusan kalian.” (Shahih : al-Muwattha Imam Malik 2/756, Ahmad 2/367)

Orang yang paling berhak untuk menasihati penguasa adalah para ulama, ahli syura dan ahlul hallu wal ‘aqdi. Allah berfiman

“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).” (QS. an-Nisaa’ 4:83)

Tidaklah setiap orang pantas melakukan hal ini. tidak pula melariskan dan mendedahkan kesalahan para penguasa termasuk dalma upaya nasihat sama sekali. Bahkan itu merupakan tindakan penyebarluasan kemungkaran dan kejelekan di tengah-tengah kaum muslimin. Itu bukanlah manhaj salafusoleh walaupun niat dari orang yang melakukannya itu baik. Itu merupakan tindakan mengingkari kemungkaran mengikut anggapannya, tetapi perbuatannya lebih ingkar dari apa yang diingkari. Terkadang mengingkari kemungkaran itu justeru merupakan perbuatan mungkar jika tidak dilakukan di atas jalan disyariatkan oleh Allah Azza wa Jalla dan rasul-Nya.

Kerana dia tidak mengikut jalan rasul yang syar’i yang telah beliau gariskan, di mana beiau bersabda: “Barangsiapa yang melihat di antara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaknya dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu dengan lisannya. Jika tidak mampu juga dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.” (HR Muslim no. 49)

Rasul shallallahu 'alaihi wa sallam membahagikan manusia kepada tiga bahagian :

Di antara mereka ada yang mampu menghilangkan kemungkaran dengan tangannya iaitu orang yang memiliki kekuasaan ertinya penguasa atau orang yang diberikan urusan tersebut berupa badan-badan hukum, para pemimpin dan para tokoh.

Bagian kedua adalah orang yang mempunyai ilmu tetapi tidak mempunyai kekuasaan, maka dia mengingkari dengan menjelaskan memberikan nasihat dan hikmah dan nasihat yang baik juga menyampaikan kepada penguasa melalui lembaga peradilan.

Bagian ketiga adalah orang yang tidak mempunyai ilmu juga kekuasaan maka dia mengingkari dengan hatinya dengan membenci pelakunnya serta meninggalkannya. (-selesai jawaban- al-Ajwibah Mufidah, edisi terjemahan Jawab Tuntas Masalah Manhaj Pstka al-Haura’ ms. 57-61 -dengan sedikit perubahan bahasa-)

Adakah Syaikh memahami nash hadits secara gelojoh?

Islam anda tafsiran siapa? Persoalan yang ditujukan kepada kaum muslimin seluruhnya tetapi khusus membicarakan pemahaman kaum salaf dari negeri Yaman dan Madinah. Dalam menyingkap persoalan tersebut, saya berkeinginan untuk menyentuh isu pemerintahan ini sebagaimana yang telah dinyatakan Syaikh Shalih al-Fauzan, dan adakah Syaikh dan juga Ulama dari jazirah ini memahami isu pemerintahan sebagaimana yang difahami oleh salaf terdahulu?

Merujuk kembali kepada tajuk artikel ‘Islam anda tafsiran siapa’, penulis artikel tersebut menyeru kaum muslimin supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah ‘ala fahmis salaf-jika benar demikian seruannya- .Persoalan, adakah Syaikh dan Ulama dari Jazirah ini memahami persoalan ini sebagaimana pahamnya para salaf?

Saya rincikan hal ini satu persatu.

Persoalan “adakah poin-poin yang disampaikan oleh syaikh itu selari dengan pemahaman para salaf?”

Pertama: Pemerintah yang melakukan kezaliman terhadap rakyatnya, apakah perlu ditaati atau perlu dicabut ketaatan darinya? Syaikh menyatakan bahawa mereka masih perlu ditaati selagi tidak terlihat kekufuran yang nyata sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

Kedua: Adakah kita perlu sabar terhadap pemerintah yang zalim, adakah buah pikiran ini hasil dari pikiran syaikh atau ianya telah tsabit dari nash?

Jawaban:

Pertama: Bagi orang yang memiliki bashirah, mata hati yang bersih untuk meneliti nash dan berjalan di atas manhaj salaf yang murni sebagaimana warisan yang telah dijelajahi oleh sahabat nabi dan juga generasi setelah mereka, sepertimana jua yang ditelusuri oleh Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan dan ulama Jazirah arab lainnya, pasti orang-orang tersebut memahami bahawa tidak boleh mencabut ketaatan dari pemerintah selagi tidak terlihat kekufuran yang nyata.

Syaikh juga mengisyaratkan bahawa ketaatan itu dicabut setelah jelasnya kekufuran sebagaimana yang telah jelas di dalam nash :
Nabi mengundang kami kemudian kami membaiat beliau untuk sentiasa mendengar dan taat (kepada penguasa) baik dalam keadaan lapang dan terpaksa, susah dan mudah sehinggakan mereka (penguasa) mengutamakan diri mereka sendiri atas kami serta agar kami tidak mencabut urusan itu (keuasaan) atas pemiliknya kecuali kalian mempunyai kekafiran yang nyata yang kalian mempunyai buktinya dari sisi Allah.” (Fathul Bari 13/5)

Al-Imam Ahmad bin Hanbal menambahkan : walaupun kamu melihat dirimu –kamu meyakini bahawa dirimu- benar dalam masalah itu. Janganlah kamu melakukan berdasarkan prasangka itu bahkan tetaplah mendengar dan taat sampai dia mendatangimu, tanpa kamu keluar dari ketaan terhadapnya.

Dalam riwayat yang lain seperti yang dibawakan oleh al-Imam Ahmad dan al-Imam Ibnu Hibban “ Walaupun mereka memakan hartamu dan memukul punggungmu.” (Fathul Bari 13/8, dinukil dari Jawab Tuntas Masalah Manhaj)
Kedua : Kesabaran dalam menghadapi pemerintah yang zalim

Syaikh mengatakan : Walaupun mereka melakukan kemaksiatan, kecurangan dan kezaliman sesungguhnya dalam kesabaran mentaati mereka menjadikan kesatuan kalimat, bersatunya kaum muslimin serta terjaganya negeri mereka. Syaikh Furaihan hafizhahullah -penyusun kepada kitab ini- meletakkan footnote pada poin ini dengan membawakan hadits
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhuma dari nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda : Barangsiapa yang melihat dari pemimpinnya sesuatu yang dia benci, maka hendaknya dia bersabar. Kerana orang yang memisahkan diri dari jamaah walaupun sejengkal kemudian dia mati, maka matinya dalam keadaan jahiliyah. (Fathul Bari 13/8)

Juga hadits dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : sesungguhnya kalian akan melihat setelahku sikap adanya sikap mementingkan diri sendiri dan perkara-perkara yang kalian ingkari, para sahabat bertanya “Jika demikian apa yang engkau perintahkan kepada kami wahai Rasulullah?” beliau menjawab “Tunaikanlah hak mereka dan mintalah hak kalian kepada Allah” (HR Bukhari no. 7054)
Dari nash-nash yang disampaikan dan juga jawaban berupa poin-poin dari Syaikh, adakah ianya selaras dengan pahamnya para salaf? Hal ini kita nilai dari hujah dan dalil yang diutarakan oleh para aimmatus salaf. Inilah pelajaran yang kita ambil dari aimmatus salaf seperti

Imam Hasan al-Bashri Rahimahullah:
Sungguh menghairankan orang yang takut kepada seorang raja atau suatu kezaliman setelah dia beriman dengan ayat ini. Ketahuilah demi Allah seandainya manusia bersabar kerana perintah Allah tatkala diuji, nescaya Allah akan menghilangkan kesusahan dari mereka, akan tetapi mereka tidak sabar dengan pedang, maka mereka diserahkan dengan rasa takut. Dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan ujian. (Tafsir al-hasan 1/386, nukilan dari Keyakinan Imam Ahmad dalam Aqidah)
Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah berkata :
والسمع والطاعة للأئمة وأمير المؤمنين البر والفاجر ومن ولي الخلافة واجتمع الناس عليه ورضوا به ومن عليهم بالسيف حتى صار خليفة وسمي أمير المؤمنين

Mendengar dan taat dari para imam dan pemimpin kaum mukminin yang baik maupun buruk. Dan kepada khalifah yang manusia bersatu meredhainya. Dan juga kepada orang yang telah mengalahkan manusia dengan pedang hingga dia menjadi khalifah dan disebut sebagai amirul mukminin.

ومن خرج على إمام من أئمة المسلمين وقد كانوا اجتمعوا عليه وأقروا بالخلافة بأي وجه كان بالرضا أو الغلبة فقد شق هذا الخارج عصا المسلمين وخالف الآثار عن رسول الله صلى الله عليه و سلم فإن مات الخارج عليه مات ميتة جاهلية

Barangsiapa yang keluar (dari ketaatan) terhadap seorang pemimpin dari para pemimpin kaum muslimin, padahal manusia telah bersatu mengakui kekhalifahan baginya dengan cara apapun, baik dengan cara redha atau kemenangan (dalam perang), maka sungguh orang tersebut telah memecah belah persatuan kaum muslimin dan menyelisihi atsar-atsar dari rasulullah. Dan apabila dia mati dalam keadaan demikian maka matinya seperti mati jahiliyah. (Ushulus Sunnah Imam Ahmad bin Hanbal poin ke-15 dan ke-20, cetakan Dar Al-manar Saudi)
Imam at-Thahawi Rahimahullah berkata :

ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا وإن جاروا ولا ندعوا عليهم ولا ننزع يدا من طاعتهم ونرى طاعتهم من طاعة الله عز و جل فريضة ما لم يأمروا بمعصية وندعوا لهم بالصلاح والمعافاة

Kita tidak berpandangan bolehnya memberontak kepada imam dan penguasa kita walaupun mereka berbuat penyimpangan. Kita tidak boleh mendoakan kejelekan untuk mereka, tidak mencabut ketaatan dari mereka dan kita menyatakan bahawa ketaatan kepada mereka merupakan ketaatan kepada Allah dalam perkara yang wajib selama mereka tidak memerintahkan kepada maksiat. Kita juga mendoakan untuk mereka kebaikan dan ampunan. (Aqidah at-Thahawiyah, Maktabah Syamilah)
Imam Abu Ismail as-Shobuni Rahimahullah ketika menerangkan karakteristik Ashabul hadits beliau berkata :
ويرون الدعاء لهم بالإصلاح والتوفيق والصلاح، ولا يرون الخروج عليهم وإن رأوا منهم العدول عن العدل إلى الجور والحيف. ويرون قتال الفئة الباغية حتى ترجع إلى طاعة الإمام العدل.

Mereka juga menganjurkan untuk mendo'akan mereka (pemerintah) agar menjadi baik dan mendapat hidayah (serta menebarkan keadilan dalam masyarakat).

Mereka juga tidak membolehkan untuk memberontak kepada pemimpin-pemimpin fasiq tersebut, meskipun mereka menyaksikan penyimpangan pemerintah dari konsep keadilan dan menggantinya dengan diktatorisme dan penindasan.

Mereka juga berpendapat untuk memerangi para pemberontak sampai orang-orang itu kembali taat kepada pemerintah. (I’tiqod Ahlu Sunnah Syarah Ashabul Hadits lil Syaikh Muhammad bin Abdurahman Khumais ms. 103)
Ibnu Abil Izz al-Hanafi Rahimahullah berkata di dalam kitabnya Syarh Aqidah at-Thahawiyah:
Al-Quran dan Sunnah telah menunjukkan wajibnya mentaati para pemimpin, selama mereka tak menyuruh berbuat maksiat. Camkanlah firman Allah

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. (QS. an-Nisaa’ 4:59)

Allah berfirman “dan taatilah Rasul..” namun tidak menyatakan “dan taatilah pemimpin-pemimpin di antara kamu..”? kerana para pemimpin itu tidak ditaati secara menyendiri. Akan tetapi ditaati juga dalam ketaatan kepada Allah. Kerana Rasul tidak akan memerintahkan untuk bermaksiat. Justeru beliau terpelihara dari perbuatan itu, adapun para pemimpin terkadang mereka memerintahkan bukan untuk taat kepada Allah. Maka mereka hanya ditaati selama memerintahkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Adapun kewajiban untuk mentaati mereka (bukan dalam maksiat) meskipun mereka berbuat zalim disyariatkan kerana keluar dari ketaatan kepada mereka akan melahirkan kerosakan yang berganda-ganda dibandingkan kezaliman mereka sendiri. Bahkan bersabar terhadap kezaliman mereka dapat melebur dosa-dosa dan dapat melipat gandakan pahala. Kerana Allah tidak akan menguasakan mereka atas diri mereka atas diri kita melainkan kerana kerosakan amal perbuatan kita juga .

Ganjaran itu bergantung pada amal perbuatan. Maka hendaknya kita bersungguh-sungguh memohon keampunan, bertaubat dan memperbaiki amal perbuatan. Allah berfirman:
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu). (QS. asy-Syuraa 42:30)

Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan. (QS. al-An’aam 6:129)

Apabila rakyat ingin selamat dari kezaliman pemimpin mereka, hendaknya mereka meninggalkan kezaliman itu juga. (Tahdzib Syarah Aqidah at-Thahawiyah Syaikh Abdul Akhir –edisi terjemanhan Indonesia terbitan pustaka at-Tibyan-)
Bersambung.....

Penyusun : Abu Hurairah al-atsary






044 - Wafatnya Syaikh Abdullah Ibn Jibrin

Wafatnya Syaikh Abdullah Ibn Jibrin

Innalillah wa inna ilaihi roji’un

Bismillahirrahmanirrahim.

ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين * الذين إذا أصابتهم مصيبة قالوا إنا لله وإنا إليه راجعون * أولئك عليهم صلوات من ربهم ورحمة وأولئك هم المهتدون

“Dan sungguh akan kami uji kalian dengan sesuatu dari rasa takut,kelaparan dan kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar.Mereka yang apabila ditimpa musibah mengatakan “Innalilllah wainna ilaihi roji’un”.Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka.Dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk. QS. Al-Baqarah (155-157)

Telah berpulang kerahmat Allah Syaikh kita,Imam kita dan orangtua kita Syaikh Abdullah bin Abdirrahman Ibnu Jibrin jam 2 siang ba’da sholat dzuhur pada hari ini ,senin 20/7/1430 H.Dan rencana akan dishalatkan besok selasa 31/7/1430 di Jami’ Imam Turkiy bin Abdillah (Al Jami’ Al Kabir) di Riyadh.Kita memohon kepada Allah agar Allah limpahkan kepada beliau rahmat dan membalasnya dengan kebaikan sebaik-baik ganjaran.Serta menjadikan beliau bersama para malaikat di surga firdaus yang paling tinggi.Sesungguhnya Allah berkuasa dan mampu untuk itu.Innalillah wa inna ilaihi raji’un.

Maktab Syaikh Abdullah Ibn Jibrin
Senin,20/7/1430H bertepatan 13 Juli 2009
http//Ibn-jebreen.com

Dicopy dari : Forum Komunikasi Islam ITB



043 - Kewajiban Merapatkan Shaf

Kewajiban Merapatkan Shaf

Firman Allah Ta'ala:

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya (QS. al-Maa’un 107:4-5)

Al-Imam asy-Syanqithi menyebutkan tafsir ayat ini di dalam kitab Adwa`ul Bayan :
Telah terjadi khilaf di antara ulama tentang perkataan ‘mushollin’ orang-orang yang dihadapkan ancaman neraka Wail terhadap mereka.

Dan Jumhur mengatakan : sesungguhnya mereka (mushollin –orang-orang yang solat yang dimaksudkan mendapat ancaman) itu ialah orang yang lalai dari menunaikan solat, dan bermudah-mudahan dari perintah yang sepatutnya dipelihara olehnya (seperti rukun-rukun dan kewajiban yang ditetapkan di dalamnya).

Dan ada pula yang berkata : mereka yang lalai dari khusyu’ dan juga lalai dari mentadabburi maknanya.
Akan tetapi yang shahih adalah yang pendapat yang awal. (Adhwaul Bayan lil Imam asy-Syanqithi tafsir surah al-Ma’un ayat 4-5)
Di antara kewajiban dalam menunaikan solat terkhusus yang ingin dibicarakan di sini ialah etika solat berjemaah antaranya ialah meluruskan shaf.

Kerana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
Rapatkanlah shaf kalian kerana merapatkan shaf termasuk penegakan solat. (HR Buknari no. 723)
Di dalam riwayat yang lain : Termasuk kesempurnaan solat.

Dalam riwayat Abu Hurairah : Termasuk kebaikan solat. (HR Bukhari no. 722 dan Muslim no. 435)
Etika orang yang solat berjemaah adalah memelihara kewajipan meluruskan shaf, sekiranya dia melalaikan perintah ini maka dia tergolong di dalam kalangan orang-orang yang lalai dan dikhuatiri dia terancam dengan ancaman dari Allah –wal iyya dzubillah.

Perintah ini adalah mutlak dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana sabdanya:
Hadits dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu : Rasululah biasa mengatur bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata : Luruskanlah shaf dan janganlah berselisih hingga membuat hati kalian saling berselisih.

Hadits dari Ibnu Umar Radiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Rapatkanlah shaf kalian, rapatkanlah bahu kalian, tutuplah celah, berlemah lembutlah terhadap tangan-tangan saudara kalian yang meluruskan shaf, jangan biarkan ada celah untuk setan-setan, barangsiapa menyambung shaf maka Allah akan menyambungnya barangsiapa yang memutus shaf nescaya Allah akan memutusnya. (HR Abu Daud no. 666 dan Ahmad 2/98)
Sehinggakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkan umat islam untuk merapatkan shaf sebagaimana para malaikat yang beratur di hadapan Allah sebagimana di dalam hadits Jabir bin Samurah Radiyallahu ‘anhu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Maukah kalian bershaf sebagaimana para malaikat bershaf di hadapan Rabb-Nya? Kami berkata : Wahai rasulullah bagaimana Para malaikat bershaf di hadapan Rabb-Nya? Rasul bersabda : mereka terlebih dahulu menyempurnakan shaf pertama dan merapatkannya. (HR Muslim no. 430)
Dari hadits di atas jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya bagi setiap muslim yang mendirikan solat berjemaah untuk mengambil berat mengenai masalah merapatkan shaf.

Bagaimana shaf itu didirikan?
Berdasarkan kepada hadits dari Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu dia berkata :
Setiap orang merapatkan bahunya dengan bahu orang yang disampingnya dan merapatkan kakinya dengan kaki orang yang disampingnya. (HR Bukhari 722 dan Muslim 435)

Dari hadits Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu : Aku melihat mereka meraoatkan bahunya dengan bahu orang yang disampingnya, lututnya dengan lutut orang disampingnya serta mata kakinya dengan mata kaki orang disampingnya.” (HR Abu Daud no. 662 dengan sanad yang shahih)
Imam Bukhari membuatkan satu bab mengenai shaf di dalam solat dengan judul “Bab : merapatkan bahu dengan bahu dan kaki dengan kaki di dalam Shaf”dan ini merupakan pendapat Imam Bukhari bahawa shaf itu didirikan sebagaimana yang disebutkan di atas.

Dari sini kita dapat mengetahui bahawa shaf yang lurus dan rapat itu didirikan dengan cara merapatkan bahu dengan bahu dan kaki dengan kaki. Maka dengan itu baru shaf itu dikatakan lurus dan rapat.

Pendapat Para Ulama Mengenai Shaf

Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah berkata : Jika meluruskan Shaf termasuk kesempurnaan dalam solat, maka hukumnya wajib, kerana menjalankan solat itu hukumnya wajib, maka sesuatu yang termasuk bahagian wajib, hukumnya wajib”. (al-Muhalla 4/75, nukilan dari Bengkoknya Shaf Membawa Bencana oleh Syaikh Husain Bin ‘Audah al-Awayisyah)

Berkata al-Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah : Jika meluruskan shaf di dalam solat itu tidak wajib, tentu seseorang boleh berdiri berada di belakang seseorang dan seseorang.” (Majmu’ Fatawa 23/394, nukilan dari buku yang sama)

Orang-orang yang pergi ke masjid untuk mendirikan solat berjemaah dengan shaf yang rapat, teratur, kemas, lurus dan penuh disiplin, mereka adalah orang-orang yang terbaik dari sekian banyak orang.

Allah memilih mereka untuk mendirikan solat berjemaah, diberikan ganjaran dari 25-27 kali ganda pahala, dimuliakan dari manusia yang lain baik mereka yang solat sendirian atau yang tidak solat dan mereka yang solat berjemaah seolah-olah tentera yang berada di hadapan Allah sebagaimana para malaikat yang berbaris di hadapan Allah. Kepada sesiapa yang ingin menjadi sepertimana yang dilakukan oleh para malaikat yang berbaris di hadapan Allah, maka dia perlu memerhatikan shaf solat nya. Bukankah orang yang solat itu sedang menghadap Allah, lalu kenapa masih ada yang tidak mahu merapatkan shaf??

042 - Realiti Manusia

Realiti Manusia

Seorang peniaga, akan berusaha agar perniagaannya tidak merosot walau sedikit. Dia sentiasa memantau perjalanan bisnesnya pada setiap keadaan, waktu, hari, pendek kata setiap masa dia peruntukkan untuk memerhatikan perniagaannya agar tidak merosot. Kerana apabila bisnesnya merosot, maka duit atau hasil yang sepatutnya dia raih akan berkurangan dan boleh jadi juga dia akan mengalami kerugian.

Bagi seseorang yang mementingkan kesihatan dirinya, dia sentiasa mencuba untuk memastikan agar tidak ada penyakit yang terjangkit olehnya. Dia memastikan 100% makanan yang masuk ke dalam perutnya itu adalah makanan yang bersih, kandungan lemak, mineral, vitamin yang sepatutnya dia hadam semuanya berada di dalam kuantiti yang ideal yang sepatutnya dia hadamkan. Tidak ada ruang baginya untuk mencuba makanan-makanan yang enak, kerana baginya makanan seperti itu adalah makanan yang merosakkan badan, luaran sahaja yang memukau akan tetapi kandungan zatnya boleh membunuh sel-sel dan dirinya.

2 keadaan di atas merupakan contoh bagi manusia yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap hal yang bermanfaat baginya, bagi seorang peniaga, keuntungan adalah segala-galanya lalu dia memilih untuk memastikan keuntungannya tidak merosot. Begitu juga dengan manusia yang lain, bagi hal-hal yang bermanfaat untuknya maka dia akan mengerahkan seluruh tenaga dan usaha agar manfaat yang dia harapkan akan dia peroleh sepenuhnya.

Namun, berapa ramai peniaga yang sedar bahawa iman di dalam dirinya adalah sesuatu yang bermanfaat bagi dunia dan akhiratnya? Berapa ramai orang yang menjaga kesihatan dirinya sedar akan iman yang sepatutnya menerima zat-zat mineral yang dapat memastikan iman itu terus sihat dan tidak terjangkit oleh penyakit?

Tidak ramai manusia yang sedar akan hal ini. Sedikit dari mereka yang sedar dan ramai dari mereka yang lalai. Inilah realiti manusia zaman ini.

041 - Menjadi manusia yang bersegera kepada kebaikan

Menjadi manusia yang bersegera kepada kebaikan

Manusia terbahagi kepada 3 golongan sebagaimana yang Allah sebutkan di dalam kitab-Nya yang mulia di dalam surah al-Fathir ayat 32
di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar.(QS. al-fathir 35:32)
Orang yang biasa mentadabburi al-quran, mesti akan terdetik di hatinya tatkala dia sedang membaca atau melewati ayat ini, "di kelompok mana satukah aku ini?"

Ayat ini memberikan pengaruh yang besar kepada hati orang-orang yang takut kepada Allah. Dia mentadabburinya dengan penuh cermat. Dia cuba mengaplikasikan makna dan pengajaran dalam ayat ini di dalam kehidupannya.

Bagaimana cara yang sepatutnya kita beramal dengan ayat tersebut?

Sebahagian orang berkeluh kesah, merintih kepada nasibnya, "Mengapa aku sering bermaksiat kepada Allah?", "Mengapa aku susah untuk menjadi hamba Allah yang soleh sebagaimana manusia yang lain?"..inilah ragam sebagian manusia, dia menangisi dirinya kerana dosa dan kesalahan yang dilakukan.

Namun, dia akan tersedar apabila melihat ayat yang sedang kita bicarakan di atas.

Pertama, Keluhannya terhadap dirinya membuktikan bahawa dia adalah orang yang masih mengakui keagungan Rabb-Nya, mengakui bahawa Malaikat yang berada di kiri dan kanannya mencatit dosa dan amal yang dilakukan, ini adalah bagian dari keimanannya kepada perkara ghaib.

Kedua, Allah tetapkan manusia untuk menjadi beberapa kelompok, jika seandainya dia memilih untuk menjadi kelompok yang bersegera kepada melakukan kebaikan, pasti dia tidak akan mengeluh kepada nasibnya yang sering bermaksiat. Jika dia memilih untuk melengah-lengahkan masa untuk mengerjakan kebaikan, maka dia tergolong kepada kelompok yang pertengahan, kerana orang yang berlengah-lengah lebih mudah untuk terlibat dalam maksiat kepada Allah.

Kerana apabila masa atau keadaan pada saat itu tidak ditegakkan dengan kebenaran dan amal soleh, pasti maksiat dan kebatilan yang akan datang bertandang, inilah saat yang dinanti-nanti oleh Syaitan yang sekian lama memerhatikan peluang untuk menambahkan temannya di dalam neraka.

Tapi, jika dia memilih untuk menunda kebaikan dan taubat kepada Allah, kemudian dia lebih memilih dosa dari pahala, maka dia tergolong di dalam kelompok orang-orang yang menzalimi diri sendiri. Di sinilah petunjuk atau check point bagi diri seorang muslim itu, apakah dia seorang yang sering mendahulukan redha Allah atau redha hawa nafsunya. Semuanya tergantung daging yang ada di dalam dirinya yang bernama hati.

Ketiga, ayat ini memberikan kesedaran kepada manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, sering salah dan terleka. Namun sebaik-baik orang tersalah adalah orang yang bertaubat kepada Allah. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam
Setiap bani adam itu melakukan dosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang bertaubat kepada Allah (Hasan: Shahih wa Dhaif Jami'us Shaghir no. 8644)
Lalu dengan dosa yang telah dilakukan tadi, membuatkan dia mengeluh/menyesal dari perbuatan dosanya tadi. Ini juga satu bentuk dari taubat kepada Allah kerana sabda Nabi
"Penyesalan itu adalah taubat" (Shahih : Sunan Ibnu Majah no. 4252)
Apa yang perlu dilakukan oleh orang yang berdosa?

Jawabnya, hendaklah mereka kembali bertaubat kepada Allah dan mempertingkatkan amal dan ketaqwaan mereka kepada Allah. Jangan sesekali mereka lemah dengan dosa yang telah lalu, kerana lemah dari bertaubat kepada Allah adalah satu bentuk keterputus asaan. Sedangkan Allah adalah Dzat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dia akan menukarkan satu kaum yang tidak berdosa kepada-nya kepada kaum yang melakukan dosa dan kemudian mereka bertaubat kepada-Nya.

Jadi, kembalinya seseorang itu kepada Allah dengan mengakui kelemahan dirinya, maka akan memberikan motivasi kepada hatinya bahawa dia perlu menjadi hamba yang bersegera kepada ketaatan kepada Allah agar dia tidak lagi termasuk di dalam kalangan orang-orang yang bermaksiat kepada Allah, dan inilah golongan yang paling utama. Paling tidak pun di kalangan kelompok yang kedua iaitu yang berada di pertengahan, kadang-kadang dia melakukan ibadah kepada Allah, dan terkadang dia bermaksiat kepada-Nya.

Allahu Ta'ala a'lam







040 - Doa Apabila Ditimpa Kesusahan

Doa Apabila Ditimpa Kesusahan

Allah yang menciptakan kesusahan dan Dialah juga yang menciptakan kemudahan. Tiada kemudahan melainkan perkara itu telah Allah tetapkan ia menjadi mudah dan tiada perkara yang susah, melainkan ia boleh menjadi mudah apabila Allah kehendaki. Begitulah doa yang kita dapat lihat dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً.

Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah dapat Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.”

[HR. Ibnu Hibban dalam kitab Shahih-nya no. 2427 (Mawaarid), Ibnus Sunni no. 351. Al-Hafizh berkata: Hadits di atas sahih, dan dinyatakan shahih pula oleh Abdul Qadir Al-Arnauth dalam Takhrij Al-Adzkar oleh Imam An-Nawawi, h. 106.]

Rujukan : Hisnul Muslim


039 - Gurauan dan Tawa Syaikh Ibnu Baz

Gurauan dan Tawa Syaikh Ibnu Baz

Syaikh Abdul ‘Aziz bin Abdillah bin Baz pernah menjabat sebagai ketua Al Lajnah Ad Da’imah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’ (komisi fatwa di Saudi Arabia). Meski beliau adalah seorang ulama besar bertaraf antarabangsa, namun di antara sisi-sisi kehidupan beliau juga terdapat gurauan dan jenaka. Seorang ulama tidak sepatutnya hanya menjalani hidup dengan begitu serius. Gurauan yang tepat dan proposional adalah bagaikan garam bagi kehidupan kita.

Jika ada seorang yang berkunjung ke rumah Syaikh Ibnu Baz maka beliau pasti menawarkan kepada orang tersebut untuk turut serta makan malam bersama beliau. Jika orang tersebut beralasan, “Wahai Syaikh, saya tidak dapat” maka dengan nada berkelakar Ibnu Baz berkata, “Engkau takut dengan istrimu ya?! Marilah makan malam bersama kami”.

Ada salah seorang suami dari cucu Syaikh Ibnu Baz menemui beliau dan berkata, “Wahai Syaikh, kami ingin agar engkau mengunjungi dan makan di rumah kami”. Jawab beliau, “Tiada masalah, jika engkau menikah untuk kali kedua maka kami akan datang ke acara walimah insya Allah”.

Setelah pulang, orang ini bercerita kepada istrinya tentang apa yang dikatakan oleh datuknya. Dengan pantas cucu perempuan dari Syaikh Ibnu Baz menghubunginya. “Wahai Syeikh, apa maksudnya?”. Ibnu Baz berkata kepada cucunya, “Kami hanya berlawak dengan dia. Kami tidak mengharuskannya untuk nikah lagi. Kami akan berkunjung ke rumahmu meski tidak ada acara pernikahan”.

Ketika Syaikh Ibnu Baz hendak menjalani rakaman untuk acara Nurun ‘ala Darb (acara soal jawab di radio Al Qur’an Al Karim di Saudi), biasanya beliau menanggalkan kain serbannya dan dengan nada bergurau beliau berkata, “Siapa yang mau memikul amanah?”. Jika ada salah seorang yang ada di tempat tersebut mengatakan, “Saya” maka beliau berkata, “Silahkan ambil”.

Suatu ketika, ketika Syaikh Ibnu Baz hendak menjalani rakaman untuk acara Nurun ‘ala Darbi, ada seorang yang berada di tempat tersebut sedangkan Syaikh ingin agar dia keluar namun dengan cara baik-baik. Beliau berkata, “Wahai fulan, kami hendak buat rakaman untuk dua sesi sekaligus dan aku rasa ia mengambil waktu yang cukup lama”. “Tidak apa-apa, insya Allah. Aku akan duduk dan mendapat banyak ilmu”, jawab orang tersebut. Ibnu Baz berkata, “Aku khuatir engkau akan batuk. Bukankah kau tahu bahwa dalam proses rakaman tidak boleh ada suara batuk ataupun suara lainnya”. Orang tersebut berkata, “Insya Allah, aku tidak akan batuk”. Syaikh berkata, “Tidak, batuk yang akan mendatangimu”. Akhirnya orang tersebut faham apa yang diinginkan oleh Syaikh Ibnu Baz. Orang tersebut lantas keluar meninggalkan ruangan rakaman.

Disamping bercanda, beliau juga terkadang menangis. Beberapa kali acara pengajian berhenti dan putus di tengah jalan dikarenakan beliau menangis.
Ketika Syeikh Ibnu Qasim membaca kitab Zaad al Ma’ad di hadapan beliau, ketika sampai pembahasan tuduhan dusta terhadap Aisyah, beliau menangis. Jadilah pengajian terputus di tengah jalan karena tangisan.

Ketika dibacakan di hadapan beliau kejadian wafatnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tepatnya ketika Abu Bakr berkata, “Siapa yang menyembah Muhammad maka sungguh Muhammad telah meninggal dunia” maka Syeikh Ibnu Baz menangis keras.
Demikian pula, beliau menangis ketika di sampaikan kepada beliau berbagai musibah yang menimpa kaum muslimin, meski ketika beliau sedang makan atau mengisi pengajian.

Inilah gurauan dan tangisan seorang ulama, menangis ketika keadaan menuntut demikian. Sebaliknya, bergurau juga pada kondisi yang tepat.
Terkait dengan canda, Syeikh Ibnu Sa’di mengatakan,
“Canda itu bagaikan garam untuk makanan. Jika terlalu banyak tidak enak, terlalu sedikit juga tidak enak”.
Jangan pula bercanda dengan semua orang. Canda adalah bagian dari dakwah.
Dalam kitab Al Istiqomah, Ibnu Taimiyyah berkata,
“Nabi tidak pernah bercanda dengan para sahabat senior baik dari kalangan muhajirin ataupun anshar. Beliau hanya bercanda dengan wanita, orang miskin, anak-anak dan orang-orang lemah semisal budak yang memang memerlukan perhatian khusus”.
[Dicopy dari blog Ust Aris Munandar]

038 - jagalah akhlaqmu wahai ustat

jagalah akhlaqmu wahai ustat

ustat? siapa yang layak dilabelkan sebagai ustat? dan siapa yang memberi label ustat pada dirinya?
apa dia sendiri atau orang lain?
apa benar peletakan label ustat pada dirinya? antum yakin yang antum benar?

kita biasa melihat gaya seorang ustat. berkopiah berserban janggut atau kumis, bergamis atau lainnya yg menampakkan ciri-ciri islamik.
tapi yang sebetulnya dengan ini saja tidak menunjukkan peribadi seorang ustat.

jika ada orang mengatakan "kemaren ada saya lihat ustat itu nyolong ikan di toko sana", lantas dijawab oleh si pembela sang ustat ini, "gak mungkin, dia kan ustat, lihat dirinya. gak ada lagak kaye seorang maling? lebih2 lagi ustat ini pandai kok bahasa arabnya. gak mungkin ustat ini pantas mau mencuri"

yang sebetulnya, zahir manusia tidak menyatakan yang dia itu maksum. apa dia seorang ustat, kiyai, atau lainnya. tidak ada ayat Allah di dalam al-Quran yang menyatakan orang yang pandai bahasa arab makanya dia ahli syurga dan maksum dari dosa.

begitu juga setiap manusia keseluruhannya tidak ada yang terlepas dari dosa, baik besar maupun kecil. namun sebaik-baik orang yang tersilap/berdosa adalah orang yang bertaubat.

begitu juga tadi, sang ustat tidak semestinya maksum, bebas dari penyakit riya', kibr, 'ujub. bisa aja Allah uji dia dengan kehebatan bahasa arabnya. apa dengan anugerah Allah ke atasnya dia berlagak di hadapan manusia "woi manusia, aku ini pandai arab, kamu ni jahil tidak mengerti mazhab bahasa dll"

itu omongan sang ustat ini yang bertele-tele. mau dipamerkan keahliannya, dialah yang bijak, pandai, cerdas..lagaknya ini membuatkan orang rimas dengannya.

mungkin sebagian orang perasan lagak si ustat ini, namun ingin ditegur "ishhh...apa-apaan sih, dia kan lagi ustat".
si ustat, sedar atau tidak. terkadang menjerit hati kecilnya "apa pantas aku mengucapkan ayat ini?"
lalu berbisik pula suara di sudut hatinya yang lain "gak apa-apa kok, bocah kecil seperti ini memang pantas dilayan kaye gini. biar dia rasakan, bukan dia
paham bahasa arab.apa yang aku lakukan ini, moga-moga bisa membungkam mulutnya"..si ustat bersangka baik dengan amalnya.
suara yang baru muncul tadi adalah penyejuk kegelisahan hatinya. saat hatinya gelisah "apa aku telah berbuat riya', takabbur dengan kata-kataku?
apa kata-kataku tadi merupakan satu bentuk perlecehan terhadap saudaraku?"
kata-kata penyedap hatinya menguburkan amalnya beserta akhlaq mulia seorang ustat.
hilang kemuliaan, diganti dengan kehinaan. hina di mata manusia, teman maupun musuh. hilang pula rahmat dari Allah.
saat Allah menguji hamba-Nya dengan nikmat yang diberi.
wa iyya dzubillah

sekali lagi, setiap manusia itu ada
silapnya dan setiap orang yang silap yang terbaik adalah orang yang bertaubat kepada Allah.

Syair yang digubah, milik asal Imam Syafie

"Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku
Toh, diamku dari orang hina adalah suatu jawaban
Bukanlah artinya aku tidak punya jawaban, tetapi
Tidak pantas bagi seorang manusia meladeni seekor beruk"

037 - Antara Dua Kebun.


Antara dua kebun.


Allahu azza wa jalla menurunkan al-Quran kepada hamba-Nya dalam bahasa arab yang jelas. Di dalamnya penuh dengan misal-misal yang membuatkan manusia dapat menganalisa mesejnya dengan baik sehinggakan mereka bersegera kepada perintah dan syariat Rabb-Nya sambil menyungkur sujud serta bergenang air mata mereka. Seperti mana jawapan orang-orang yang beriman setelah mendengar seruan Rabb mereka.

"Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad." (QS. al-Maidah 5:84)

Setiap orang yang mengucapkan kalimah thayyibah; syahadah Laa ilaaha illa Allah Muhammadur Rasulullah maka akan lahirk pohon keimanan di hatinya. Apabila cukup baja, siraman air dan penjagaan maka akan makin subur pohon tersebut. Ibarat pohon yang tumbuh di kebun di atas tanah tinggi. Cuba perhatikan tanaman di kawasan tanah tinggi, berapa banyak pohonnya yang subur. Hujan gerimis saja sudah cukup untuknya. Itulah perumpamaan pohon keimanan.

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (kalimat thayyibah) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, " (QS. Ibrahim 14:24)

Sabda nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam : Iman itu mempunyai 70 lebih cabang, yang tertinggi adalah mengucap kalimah Laa Ilaaha Illa Allah. (HR Bukhari no. 9 dan Muslim no. 35)

Allah menerangkan kepada hamba-Nya betapa besar nilai iman yang ada dalam diri seseorang insan itu dengan membandingkan dua jenis kebun.

Kebun yang pertama

“seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.” (QS. al-Baqarah 2:265)

Siapa yang tidak menginginkan kebun yang kaya dengan hasil (buah-buahan) yang ada di dalamnya? Alangkah ruginya orang yang tidak menginginkan kebun yang sebegini. Kebun yang pertama ini hanya akan dimiliki oleh orang yang merealisasikan iman di dalam dirinya. Mereka menginfakkan harta mereka kepada Allah sebagai bukti Iman mereka kepada-Nya. Di mana Allah berfirman di awal ayat tersebut :

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, “seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.” (QS. al-Baqarah 2:265)

Maka akan berkembanglah pohon keimanan yang ada di dalam dirinya seperti mana perumpamaan ayat di atas. Mereka menyuburkan lagi iman, dan mendapatkan buahnya berupa ganjaran dan pahala.

Kebun Yang kedua

"Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya." (QS. al-Baqarah 2:266)

Ini adalah perumpamaan balasan bagi orang yang mementingkan hawa nafsunya dari Iman kepada Allah. Mereka menginfakkan harta kepada Allah bukan di atas dasar Iman, sedangkan Rasulullah menyebutkan bahawa sedekah itu adalah bukti (kepada iman) [HR Bukhari no. 233]. Akibat hawa nafsu yang didahulukan dari Imannya kepada Allah, maka pohon keimanan dan pahalanya menjadi sirna dengan berlalunya masa.

Dua hal yang penting

Pertama : Iman terhasil dari amal dan akan terus berkembang senada dengan bertambahnya amal. Ibarat pohon yang tumbuh di kebun yang memiliki tanah yang subur di tempat yang tinggi (robwah –tanah yang tinggi-). Selagi mana kita beramal dengan iman dan ikhlas serta mengharapkan ganjaran dari Allah, maka makin berkembanglah Iman dan pahala. (Tafsir Ibnu Katsir)

Kedua : Iman berkurang sesuai dengan keingkaran yang dilakukannya terhadap Allah. Tidak kira samada pengingkarannya akibat syubhat ataupun syahwat. Maka kedua hal ini akan merosakkan pohon keimanan dan ganjaran yang sepatutnya dia dapat.

Sungguh indah apa yang diturunkan oleh Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui. Orang yang berakal pasti akan memelihara pohon keimanannya agar terus subur. Orang yang Allah telah berikan taufiq untuk memahami modal yang agung ini (iman), dipertanggung jawabkan untuk terus mengusahakan dua hal :

Pertama : merealisasikan pohon keimanan dan cabang-cabangnya, serta membuktikannya dengan ilmu dan pengamalan sekaligus.

Kedua : berusaha menolak segala hal yang menafikan, membatalkan atau menguranginya berupa fitnah-fitnah yang zahir dan batin. Dia mendahulukan perkara yang sepatutnya dilakukan untuk menyempurnakan apa yang belum disempurnakannya dan apa yang perkara yang paling segera dilakukannya dengan taubat nasuha serta mengejar perkara yang tertinggal sebelum hilang kesempatan baginya. (2 poin di atas dinukil dari at-Taudhih wal Bayan Li Syajaratil Imaan, Ibnu as-Sa’di)

Begitulah keadaan seorang mukmin, memiliki pohon yang bermacam buahnya di dalam kebun yang tanahnya subur, mereka pasti akan berusaha menjaga kesuburan pohon-pohon yang ada di dalamnya.

Untuk merealisasikan iman di dalam dirinya, diperlukan bukti pada amal zahirnya agar terus dia mendapatkan buah dan pohon iman yang subur. Dan setelah itu dituntut pula istiqamah, siapa yang tidak mahu mendapatkan pohon yang subur yang menghasilkan buah? Orang yang memikirkan permisalan antara 2 kebun di atas pasti akan berusaha menjaga 2 hal tersebut, agar imannya sentiasa berkembang dan membuahkan hasil ibarat pohon yang tumbuh di dalam kebun yang tanahnya subur.